JANGAN TERBUAI DENGAN VAPE, ISU SEBENAR NEGARA IALAH NAJIB
Entah
sampai bila isu vape ini akan terus berlarutan berikutan satu demi satu
isu berkaitan dengannya sentiasa saja muncul di hadapan kita.
Bermula
dengan Mufti WP sudah mengisytiharkannya haram, kemudian kabinet
membuat keputusan bertentangan dengan tidak mengharamkannya, menteri
yang tidak berkaitan membuat pengumuman mengenai vape dan selepas itu
Kementerian Kesihatan pula membuat serbuan kepada kedai-kedai yang
menjual vape berhubung kandungan nikotin dalam perisanya.
Ia
kemudian bertukar menjadi isu perkauman dan politik apabila kononnya
ramai pengusaha vape adalah Melayu dan timbul pula dakwaan yang entah
kajian daripada mana bahawa gangguan terhadap vape akan menyebabkan BN
kehilangan sejuta sokongan pengundi muda dalam pilihanraya akan datang.
Adakah
untuk mengekalkan kuasa, BN akhirnya bukan saja perlu menghalalkan
vape, bahkan juga perlu membenarkan semua perbuatan lain yang menjadi
kesukaan anak-anak muda tanpa memikirkan kesan buruk atau halal
haramnya?
Kemudian
ada pula sebuah kementerian mengeluarkan kenyataan mahu menetapkan
harga vape yang seragam, manakala menteri yang lain pula mahu kreativiti
anak Malaysia dikenali di peringkat dunia kerana perisa vape yang
berbagai dan macam-macam.
Selain
menteri-menteri berbeza pendapat sesama sendiri, Timbalan Menteri
Kesihatan, Hilmi Yahya pula mengakui tindakan pasukan penguatkuasa
kementeriannya melakukan serbuan adalah tindakan yang dianggap drastik.
Kenapa
Hilmi memilih mengecam pasukan penguatkuasa kementerian sendiri
berbanding bercakap mengenai keburukan vape kepada generasi muda serta
kandungan nikotinnya?
Selain itu, ditubuhkan juga sebuah jawatankuasa di bawah Kementerian Kesihatan mengenai vape ini.
Bukankah
isu vape ini boleh diselesaikan dengan mudah melalui kerjasama dan
mesyuarat pelbagai agensi dan kementerian sebelum sesuatu keputusan yang
konkrit diambil?
Kenapa
semua orang yang berkuasa bercakap dengan nada yang berbeza sedangkan
berada dalam kerajaan yang mendukung aspirasi yang sama?
Tidakkah semua kenyataan yang berlarutan dan berbeza-beza ini kelihaan mengarut saja keadaannya?
Tidakkah
juga seolah-olah semua isu berkaitan vape bagaikan sengaja direka dan
ditimbulkan untuk menutup isu sebenar yang sedang melanda negara?
Kenapa Najib diam tidak berkata apa-apa berkaitan vape secara terbuka?
Apakah
isu vape ini semata-mata bertujuan untuk melekakan rakyat dan
membuatkan mereka lupa seketika daripada menumpukan perhatian kepada
permasalahan sebenar berkaitan Najib, 1MDB, derma RM2,600 juta dan
sebagainya?
Bagi
sesiapa yang melihat permasalahan negara dalam konteks yang lebih luas,
tentulah mengakui bahawa isu pokok kita ialah Najib dan hal-hal
berkaitan kepimpinan dan perlakuannya.
Biarpun
kita turut mengambil berat kesan buruk vape yang tidak jauh bezanya
dengan rokok atau mungkin nanti perisanya dikreatifkan dengan disaluti
ganja, heroin atau dadah sintetik (perisa ketum dan syabu khabarnya
sudah ada), tetapi janganlah semua itu membuatkan kita leka dengan isu
pokok sebenar sehingga lupa kepada iltizam perubahan yang seharusnya
lebih diutamakan.
Berbanding
isu vape yang barangkali sengaja direka dan diperbesar-besarkan, jika
kita leka dan terbuai dengan isu pokok yang sebenar, lalu Najib dapat
berkuasa dengan lebih lama lagi, kesannya akan menimpa keseluruhan lebih
30 juta rakyat negara ini. ( SH 09/11/2015)
No comments:
Post a Comment