TERKINI :

Monday, November 23, 2015

Isu RM2.6 bil, Obama enggan komen


KUALA LUMPUR: Presiden Amerika Syarikat Barack Obama mengaku ada membangkitkan mengenai kepentingan membanteras penyelewengan dalam pertemuan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Bagaimanapun, apabila ditanya mengenai penyiasatan berhubung dana RM2.6 bilion dalam akaun Najib, Obama enggan memberi sebarang komen.

"Sebagai menghormati Najib, saya tidak memberi komen tentang siasatan di Amerika Syarikat dan sudah pasti saya tidak akan memberi komen bagi apa-apa siasatan yang mungkin dijalankan di sini.

"Namun saya ada bangkitkan kepentingan ketelusan dan akauntabiliti serta membanteras gejala korupsi dalam pertemuan saya dengan Najib sama seperti apa yang saya bangkitkan bila bertemu dengan pemimpin di serata dunia," katanya dalam sidang media merumuskan lawatannya ke Malaysia, hari ini.

Katanya, gejala begini membantutkan pertumbuhan mana-mana negara jika dibiarkan berleluasa.

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...