TERKINI :

Friday, November 13, 2015

Isu Air Naik di Selangor - Khalid Ibrahim 'tweet' TV3 lapor.. last MB Selangor suruh tunjuk bukti dimana kata naik..!!

 http://www.freemalaysiatoday.com/wp-content/uploads/2015/11/azmin-khalid.jpg
Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali menempelak Tan Sri Khalid Ibrahim yang memberikan kenyataan melalui laman media sosial, sedangkan bekas menteri besar Selangor itu adalah Ahli Dewan Undang Negeri (Adun) dan boleh mendapatkan jawapan pada sidang DUN.

Azmin berkata, sebagai Adun Pelabuhan Klang, Khalid seharusnya datang dan mengemukakan pertanyaan pada sidang DUN kepadanya.

"Sebentar tadi dia (Khalid) Tweet. Tak perlu Tweet, sebab dia Adun... datang (sidang DUN).. kalau Tweet panjang saya nak kena jawab panjang. Duduk sebab kerusi dah ada. Kalau tak mahu kerusi, beritahu," katanya merujuk kepada Khalid yang tidak menghadiri sidang DUN hari ini.

Khalid sebelum ini dilaporkan mengeluarkan kenyataan berhubung laporan media mengenai kemungkinan kerajaan negeri Selangor akan menaikkan tarif air susulan penstrukturan semula industri itu.

"Dia Tweet tidak ada rasional munasabah untuk naikkan tarif air Selangor. Apabila dia Tweet, TV3 ikut.. kita ikut benda yang baik, yang tak baik jangan ikut," kata Azmin ketika perbahasan dalam sidang DUN, di Shah Alam hari ini.

Khalid di laman Twitter miliknya sebelum ini dilaporkan berkata:"Tiada rasional munasabah untuk menaikkan tarif air Selangor."

Azmin berkata, beliau turut melahirkan kekecewaan kerana ada media yang melaporkan kerajaan negeri Selangor akan menaikkan tarif air sedangkan beliau tidak mengatakan sedemikian.

"Saya kecewa kerana ada pihak media yang tidak bertanggungjawab yang melaporkan seolah-olah kerajaan negeri bersetuju menaikkan tarif air.

"Ini satu pembohongan, fitnah dan saya tidak akan teragak-agak mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana media khususnya TV3 sekiranya mereka terus membuat pembohongan ini," katanya.

Adun Bukit Antarabangsa itu berkata, kenyataannya di dalam DUN semalam tidak menyebut berhubung perkara itu.

Beliau turut membaca hansard persidangan DUN semalam dan menegaskan Pengurusan Air Selangor Bhd akan mengkaji kos yang perlu ditanggung kerajaan negeri sebelum membuat keputusan untuk menaikkan tarif air.

"Dalam mana-mana program atau skim penstrukturan ini pastinya akan memberikan implikasi kos.

"Bagi memastikan pengurusan air lebih efektif dan memberikan perkhidmatan bertanggungjawab dan holistik, namun pendirian kerajaan negeri Selangor adalah memastikan sebarang kenaikan tarif air tidak akan membebankan pengguna dan rakyat Selangor," kata Azmin, membaca kandungan hansard DUN semalam.

"Di mana saya sebut kerajaan negeri setuju naikkan tarif air? Ini satu pembohongan.

"Sekiranya ada keperluan kenaikan kadar tarif, maka ia akan ditentukan setelah kerajaan negeri ambil alih seluruh syarikat berkenaan, belum ada keputusan,” katanya.

Azmin berkata, kerajaan negeri juga memberi jaminan kenaikan tidak akan beri kesan kepada rakyat Selangor.

"Saya cabar TV3 atau Adun yang bersekongkol dengan mereka, di mana saya sebut kerajaan negeri bersetuju menaikkan tarif air?," soalnya. – 12 November, 2015.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/azmin-tempelak-khalid-datang-dun-jangan-hanya-pandai-tweet#sthash.55cAP2ts.dpuf

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...