TERKINI :

Saturday, November 28, 2015

Imigresen Kedah tahan 16 Pati dalam operasi

Pati

ALOR SETAR - Jabatan Imigresen Kedah menahan 16 pendatang asing tanpa izin (Pati) pelbagai warganegara dalam 'Ops Sapu' di Jitra, Pendang dan Alor Setar, semalam.

Pengarahnya Mohamad Yusri Hashim berkata kesemua Pati itu ditahan dalam operasi bermula 7.45 malam di lima premis perniagaan dan kediaman di kawasan terbabit.

16 yang ditahan terdiri dari lapan lelaki Bangladesh, tiga lelaki Pakistan dan warga Mynmar terdiri daripada tiga lelaki, seorang wanita dan seorang kanak–kanak lelaki berumur tujuh hingga 34 tahun, katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, anggota Imigresen Kedah turut menahan seorang lelaki tempatan berumur 21 tahun kerana melindungi Pati.

Kesemua warga asing itu ditahan di lokap Imigresen, Bangunan Kementerian Dalam Negeri, Alor Setar sebelum dihantar ke Depot Tahanan Imigresen Belantik, Sik, katanya. -Bernama

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...