TERKINI :

Wednesday, November 18, 2015

Episode Isu "CARI MAKAN" Pengerusi PAC..akhirnya macam makan diri..!!!

Saya nak cari makan juga, kata pengerusi PAC


Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) Datuk Hasan Arifin berkata, badan itu tidak perlu memanggil Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk memberi keterangan berhubung isu 1MDB.

"Tak perlu," kata Ahli Parlimen Rompin itu apabila ditanya media mengenai langkah selanjutnya yang diambil PAC menyiasat kes syarikat tajaan kerajaan itu.

Apabila diasak lebih lanjut, Hassan berkata: "Janganla, saya pun nak cari makan juga."

Kenyataan itu dibuat apabila beliau dimaklumkan Pengerusi PAC terdahulu Datuk Nur Jazlan Mohamed mengakui mungkin memanggil Najib membantu siasatan isu 1MDB jika dirasakan perlu.

Dalam kenyataan media selepas itu, Hasan berkata terdapat salah faham terhadap penggunaan “ayat cari makan” dalam sidang medianya hari ini.

Beliau menyifatkan mana-mana portal berita, termasuk Malaysiakini, yang menyiarkan kenyataan itu sebagai tidak beretika.

'Cari makan' - DAP tuntut Ketua PAC letak jawatan

PARLIMEN l Ahli parlimen DAP menuntut supaya Datuk Hasan Arifin meletakkan jawatannya sebagai pengerusi Jawatankuasa Kira Wang Negara (PAC) kerana mengeluarkan kenyataan memalukan 'mahu cari makan' hari ini.

Pada sidang akhbar petang ini, Hasan berkata beliau “pun nak cari makan juga” ketika ditanya wartawan sama ada PAC akan memanggil Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk siasatan kes 1MDB.

"Ini kelakuan Ketua PAC? Ia sangat memalukan," kata Gobind Singh Deo (DAP-Puchong), selepas membaca artikel Malaysiakini bertajuk ‘Saya nak cari makan juga, kata pengerusi PAC’

"Jika ini adalah benar, pengerusi PAC mesti letak jawatan kerana adalah jelas sekarang bahawa Pengerusi PAC tidak bebas," kata Gobind ketika membahaskan Bajet 2016.

"Bolehkah kita bayangkan apa tanggapan ini kepada orang ramai? Adakah ini standard seorang Ahli Parlimen kita ada sebagai pengerusi (PAC) yang mengetuai jawatankuasa yang begitu berkuasa?

"Bolehkah kita hanya duduk dan biarkan sahaja? Ini sangat memalukan," kata Gobind.

Dalam kenyataan media selepas itu, Hasan berkata terdapat salah faham terhadap penggunaan “ayat cari makan” dalam sidang medianya hari ini.

Beliau menyifatkan mana-mana portal berita, termasuk Malaysiakini, yang menyiarkan kenyataan itu sebagai tidak beretika.

Pengerusi PAC perjelas 'ayat cari makan'

Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) Datuk Hasan Arifin berkata terdapat salah faham terhadap penggunaan “ayat cari makan” dalam sidang medianya hari ini.

Hasan berkata beliau sebenarnya menyediakan makan tengah hari untuk petugas media bagi mengeratkan hubungan dengan kumpulan itu.

“Ketika sidang media hampir tamat, saya menjemput petugas media untuk makan tengah hari dan selepas itu secara bergurau saya bercakap 'saya pun cari makan' bagi mewujudkan suasana lebih mesra dengan petugas media.

“Saya memaklumkan kepada petugas media bahawa percakapan saya itu mengenai 'saya pun cari makan' tidak harus dilaporkan disebabkan ia adalah sekadar gurauan kerana sebelum ini saya menyatakan buat masa ini tidak perlu untuk memanggil perdana menteri,” katanya.

Hasan sebelum ini dilaporkan berkata PAC tidak perlu memanggil Datuk Seri Najib Razak untuk memberi keterangan berhubung isu 1MDB.

Apabila diasak lebih lanjut, Hassan berkata: "Janganlah, saya pun nak cari makan juga."

Kenyataan itu dibuat apabila beliau dimaklumkan pengerusi PAC terdahulu Datuk Nur Jazlan Mohamed mengakui mungkin memanggil Najib bagi membantu siasatan isu 1MDB jika perlu.

Dalam kenyataan hari ini, beliau menyifatkan mana-mana portal berita, termasuk Malaysiakini, yang menyiarkan kenyataan itu sebagai tidak beretika.

Ini kerana, kata beliau, tindakan itu menjejaskan hubungannya dengan petugas media serta reputasinya sebagai pengerusi PAC dan ahli politik.

VIDEO :

Pengerusi PAC ajak wartawan pie makan.... :-)

Posted by KedahLanie on Wednesday, 18 November 2015

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...