TERKINI :

Thursday, November 26, 2015

Dimana suara Mufti?

Oleh Syed Iskandar Syed Jaafar Al Mahdzar

http://www.pmo.gov.my/images/gallery/images/?i=vvFW319675_PTJ14_210314_SELAWAT.jpg
Hadith Sahih yang di laporkan Imam Muslim mengingatkan kita kepada Sabda Nabi Muhammad saw mengenai keperluan mengambil beberapa pendekatan dalam menghadapi kemungkaran. Pertamanya, dengan tangan, keduanya dengan bersuara dan akhirnya jika masih tidak berupaya dengan kedua dua cara tadi maka memadailah dengan sekadar menentang di dalam hati dan sesungguhnya penentangan dalam hati adalah selemah lemah Iman.

Semenjak kebelakangan ini modus operandi menyalah gunakan hak hak asnaf terutamanya fakir miskin anak yatim dsbnya semakin terbongkar dan berulang terutamanya selepas episod seorang bekas menteri yang ketika menjadi menteri menyalah gunakan peruntukan rakyat termiskin lebih rm40 juta.

Selepas itu orang yang sama menjadi pengerusi sebuah institusi kerajaan dan tidak menghairankan bila membeli bangunan asrama pelajar di Australia dengan cara terlebih bayar. Institusi berkenaan yang di tubuhkan puluhan tahun yang lalu untuk asalnya membantu orang orang melayu bumiputra supaya dapat turut maju dalam bidang pelajaran dan perniagaan namun wang peruntukan institusi berkenaan menjadi wang percuma kepada manusia seperti bekas menteri berkenaan. Justru makin berkuranglah atau hampir tiada pelajar yang akan di hantar ke luar negara untuk melanjutkan pelajaran selepas berhempas pulas mendapat keputusan peperiksaan yang baik.

Seterusnya badan statutori kerajaan yang sekian lama membantu memudahkan ummat Islam dalam mengerjakan rukun Islam ke 5 dengan mudah dananya di salah guna untuk membeli tanah dengan harga berkali ganda lebih tinggi daripada sebuah syarikat yang memperolehi tanah berkenaan daripada kerajaan dengan harga yang amat murah. Entah apa kelayakan seorang bekas mat rempit dan bekas peniaga kereta terpakai dapat dilantik menjadi pengerusi badan berkenaan. Sedikit masa dulu wang derma Palestin yang dilaporkan di amanahkan kepadanya bernilai jutaan USD gagal di sampaikan sepenuhnya di mana selepas acara penyampaian derma di Palestin, sejumlah kira kira USD500 ribu di lapor media di jumpai pihak berkuasa sempadan dalam milikannya ketika hendak merentas sempadan salah sebuah negara lain di timur tengah.

Kemudian keluarga seorang bekas menteri yang dilapor mendapat kemudahan pinjaman kerajaan sebanyak RM250 juta dan geran RM6 juta untuk membantu rakyat Malaysia mendapat bekalan daging lembu dengan lebih mudah murah kerana di ternak dalam negara dilapor menyalah gunakan dana berkenaan dengan membeli beberapa unit kondominium mewah serta membuka perniagaan pasaraya di Singapura yang selepas itu di tutup kerana tak laku. Suami dan anak bekas menteri berkenaan di bayar gaji dengan begitu tinggi sekalipun tiada pengalaman menternak lembu yang tentu lebih sesuai di berikan pada Pak Mat, Pak Ali, Pak Awang hatta Pak Pandir sekalipun jika berpengalaman di kampong kampong seluruh negara. Rakyat sudah lama membuat kesimpulan sendiri sekalipun mahkamah kemudiannya mendapati suami bekas menteri berkenaan tidak bersalah atas tuduhan pecah amanah.

Isu membocor dokumen di jadikan isu namun hakikat sebenarnya membocorkan perbuatan jenayah bukanlah satu perbuatan jenayah namun undang undang yang biasanya di pakai untuk urusan sulit yang tidak melibatkan elemen jenayah perbankan di salah guna untuk mendakwa pihak yang menjadi whistle blower. Justru apa gunanya Akta Whistle Blower elok di jadikan kertas cuci najis di tandas awam lah jika begitu.

Begitu juga kisah seorang menteri yang membayar yuran guaman menggunakan tabung zakat dan bila di ketahui umum maka beliau menggantikan amaun berkenaan.

Begitu juga dengan kejadian lebih 15 tahun lepas di selatan tanah air dimana wang zakat sejuta ringgit di salah guna dan pengarahnya di dakwa di Mahkamah.

Baru baru ini seorang Uztaz di dakwa kerana menyalah guna wang zakat sekalipun kemudian Uztaz berkenaan sudah pun menggantikannya. Inilah perbezaan antara 2 darjat, menteri yang salah guna wang zakat tapi menggantikannya kemudian terlepas namun Uztaz ikan bilis terus jadi sambal nasi lemak petai. Kini sebuah yayasan yang sepatutnya membantu memajukan ekonomi ummat Islam serta membantu asnaf asnaf fakir miskin anak anak yatim dsbnya tidak semena mena di laporkan dananya berjumlah lebih RM200 ribu di serahkan kepada salah seorang pemegang jawatan dalam yayasan berkenaan atas kapasiti untuk membantu satu pilihanraya kecil. Di sinilah terbongkarnya perbuatannya yang mendapat gaji, elaun dan pelbagai tuntutan yang begitu tinggi di samping juga menjadikan suami dan anaknya sebagai kakitangan bergaji lumayan di yayasan berkenaan. Gabungan cuma beberapa orang pengurusan tertinggi mendapat kira kira RM2 juta setahun.

Seterusnya jika Menteri di jemput ke Amerika, kenapa pula perlu guna peruntukan yayasan sampai lebih RM400 ribu? Penganjur tentu ada peruntukan mereka sendiri ataupun setidak tidaknya menteri mempunyai peruntukan sebagai menteri. Bagaimana dengan segala aktiviti yang di senaraikan seperti membeli belah, bermain golf dsbnya? Sesuaikah menggunakan peruntukan yayasan sekalipun di jawap yang yayasan mempunyai keuntungan RM1 billion. Wah, untung RM1 billion, bolehkah auditor bebas memeriksa apa yang di buat dengan untung RM1 billion. Adakah sebarang justifikasi untuk menggunakan keuntungan yayasan untuk tujuan tujuan yang tidak membantu asnaf asnaf? Apa kata para mufti?

Seterusnya apakah keperluan mengadakan kursus perkahwinan di Paris cuma untuk beberapa puluh orang peserta dengan kos ratusan ribu ringgit? Perkahwinan diluar negara tidak memerlukan sebarang sijil meghadiri kursus kahwin. Ini perniagaan yang mewah di Malaysia tetapi tidak di luar negara. Pernikahan perlu di lakukan di Masjid di mana mana negara Imam bertauliah negara berkenaan dan para pelajar boleh memaklumkan penaja mereka serta kedutaan yang akan merekodkan perkahwinan mereka. Selepas pulang ke Malaysia selepas tamat pengajian maka maklumkan kepada pejabat agama mengikut negeri untuk di daftarkan untuk sijil nikah dan kad nikah. Isu denda pernikahan di luar kawasan biasanya hanya untuk mereka yang berpoligami dan bernikah di Thailand. Malah sepatutnya berpoligami tanpa kebenaran isteri pertama tidak timbul lagi kerana ada negeri negeri yang memudahkan prosesnya umpamanya Perlis yang cuma memerlukan bayaran yuran untuk berpoligami di bayar di pejabat agama dan dengan resit rasmi boleh ditunjukkan kepada mana mana jurunikah bertauliah di Perlis yang akan menikahkan pasangan tanpa apa apa masalah. Inilah cara sebenar Syariah tidak perlu kebenaran isteri pertama malah ada professor daripada Universiti Al Azhar pernah secara berseloroh berkata jika perlu kebenaran ianya bermaksud orang itu bukan isteri tetapi ibu. Malah, segolongan lelaki jika tidak di izinkan berpoligami akan melakukan pelbagai cara yang mungkin berdosa seperti menyimpan perempuan, melanggani pelacur ataupun bernikah di Siam atas kefahaman sempit prosedur poligami terkini di beberapa negeri di tanahair.

Yayasan berkenaan juga di lapor media dengan meluas sedang turut di siasat SPRM kerana isu salah guna dana bantuan banjir di Kelantan. Apa kata Mufti agaknya?

Laporan polis dari yayasan jika di buat dengan niat yang tidak baik berkemungkinan boleh menjadikan pihak yayasan di dakwa atas laporan palsu kemudian hari.

Seterusnya siasatan tentang kebocoran dokumen sepatutnya tidak perlu kerana membocorkan sebarang dokumen yang disyaki melibatkan elemen jenayah patut di puji dan diberikan ganjaran bukannya di hukum. Ini dijelaskan meneruskan artikel terdahulu yang bertajuk, “Tiada kerahsiaan terpakai bagi perbuatan jenayah” , yang boleh di buat carian google.

Seterusnya amat menarik bila membaca kenyataan belanjawan Jakim berjumlah RM1 billion setahun, bolehkah di lantik auditor bebas untuk menyemak jumlah sebegini banyak agar semua asnaf asnaf yang layak tidak lagi hidup sengsara. Jakim sebenarnya tidak memerlukan pejabat mewah, komputer canggih, penghawa dingin terkini dan juga tidak memerlukan apa apa program sumbangan yang kos penganjuran agak tinggi. Jakim Cuma memerlukan kakitangan yang bertugas 24 jam mencari asnaf dan membantu dengan bantuan segera jangka pendek dan jangka panjang sehingga para asnaf mampu berdikari dan layak menjadi pembayar zakat pula. Apa kata rakyat melawat pejabat Jakim dan melihat segala kemudahan canggih yang di miliki samada ianya setimpal dengan kesan yang diharapkan untuk faedah ummat dari segi perlaksanaannya pada kumpulan sasar.

Segala majlis majlis mewah tidak perlu di adakan, jika hendak membantu, bantu sajalah. Jangan kata tak jumpa fakir miskin. Pergilah ke mana mana kampong seluruh negara Inshaa Allah berjumpa ramai fakir miskin. Jangan pula semata mata kerana rumah berkenaan mempunyai peti televisyen buruk dan peti sejuk buruk maka terus membuat kesimpulan golongan berkenaan bukan fakir miskin.

Menteri hal ehwal agama patut sedar insaf diri dan berhenti membaca Khutbah Jumaat. Manakala amat menghairankan pelik bin ajaib yang pada kebiasaannya ada sekurang kurangnya 2 mufti yang amat aktif mengeluarkan pendapat yang diterima masyarakat sebagai fatwa yang menyakitkan hati ummat Islam namun kini menjadi bisu seribu bahasa, apa takut tak boleh cari makan kah, macam ungkapan seloroh Pengerusi PAC yang baru baru ini yang di lapor meluas dari media. Wahai Encik Mufti berdua, rezeki di tangan Allah swt bukannya di tangan manusia kot kot lah manusia boleh selamatkan dari siksa kubur dengan lambakan wang ringgit mana tau.

Malah yang amat menarik lagi bekas Mufti Terengganu Datuk Ismail Yahya di lapor Malaysiakini pada 19 November 2015 mengeluarkan pendapat yang amat kontroversi iaitu berdosa dan tidak sah jika tak bayar zakat pada negeri. Mungkin ilmu beliau tinggi sangat kot sampai atas pokok tinggi barangkali, nas nas Sahih sebut asnaf yang layak dan teratas ialah fakir dan miskin serta lain lain lagi termasuk anak yatim dsbnya. Mengapa Mufti pencen mengeluarkan kenyataan sedemikian? Sehari sebelum ini Pengerusi Majlis Agama Wilayah Persekutuan Dato Che Mat Che Ali turut di laporkan media yang berdosa jika membayar terus zakat kepada pihak tertentu dan tidak membayar zakat kepada pihak berkuasa sekalipun ianya masih sah. Pihak tertentu tentunya bermaksud fakir, miskin dsbnya yang layak dalam kategori susunan asnaf kerana jika tidak, beliau tidak akan membuat kenyataan yang ianya masih sah.

Agaknya kedua dua nama yang sepatutnya hebat dalam bidang agama ini terpengaruh dengan pendapat seorang penceramah penglipurlara terkenal yang menjadi Murshid dan menyatakan perkara yang sama di siaran langsung sebuah pertandingan realiti program agama di mana si penglipurlara ini beria ia menekankan kepentingan membayar zakat yang utama sekali ialah kepada pihak berkuasa agama sekalipun peserta pertandingan tidak beria ia menimbulkan isu asnaf semasa berceramah dalam program berkenaan. Malah si Penglipulara berkenaan gagal menyampaikan sumber ayat Quran ataupun Hadith Sahih.

Uztaz Penglipulara berkenaan pernah menjadi isu selepas Mufti Perlis mempertikaikan kenyataan beliau yang mengatakan Nabi Muhammad saw makan roti jala sebagai satu makanan yang di anggap mewah ketika kenduri . Walhal kata Mufti Perlis, kari berasal dari India lapor KiniTV pada 4 Mac 2015 yang boleh di tonton kenyataan Penglipurlara berkenaan di youtube. Selepas itu beliau menafikan kenyataannya dan beliau berdamai dengan Mufti Perlis sekalipun hakikatnya riwayat Sabda Nabi berkenaan tetap tidak dapat di buktikan.

Apa juga kata mana mana Mufti lah bila sebuah lagi organisasi kerajaan yang di tubuhkan untuk membantu golongan miskin berniaga dengan meminjamkan modal cuma beberapa ribu ringgit sebagai modal permulaan berniaga menganjurkan majlis rumah terbuka hari raya Eid ul Fitri Al Mubarak 2015 di sebuah hotel mewah Palace of the Golden Horse?

Apa juga kata mufti bila majlis makan-makandi satu majlis agama sebuah negeri untuk menyampaikan bantuan kepada golongan kurang berkemampuan hanya sekadar antara 10-20 meja daripada lebih seratus meja untuk majlis mewah berkenaan?

Utusan Malaysia online melaporkan pada 14 Disember 2014 yang anak syarikat Felda membeli hotel kedua di London. Apakah faedah daripada perlaburan ini dapat memberi pulangan kewangan kepada para peneroka yang tinggal di kampong kampong terutamanya bila pelbagai media turut melaporkan yang harga pembelian adalah lebih tinggi daripada harga pasaran?

Apa pula kata mufti bila pembaziran mega wang rakyat di pelopori golongan paling berkuasa negara? Bisu sebisu bisunya, sia sia jadi Mufti elok berhenti jual capati sekurang kurangnya berkat sumber rezeki. Berapa agaknya kos menaiki jet rasmi kerajaan ke Kota Bharu di sambut dengan acara karpet merah di lapangan terbang untuk seorang isteri pemimpin melawat seorang budak orang asli di hospital Kota Bharu. Perlukah sambutan sedemikian, perlukah jet rasmi negara di gunakan? Kenapa tidak menaiki bas express Transnasional milik MARA ke Kota Bharu dengan membeli tiket, sekurang kurangnya ada pendapatan di jana MARA walaupun cuma harga sekeping tiket. Sebenarnya keluarga orang asli tidak memerlukan pelukan di depan media yang mereka amat perlukan masalah mereka untuk meneruskan kehidupan dapat diselesaikan dengan sebaik mungkin.

Dimana Mufti agaknya? Jika hendak di katakan Mufti cuma menjaga hal ehwal agama negeri masing masing tetapi kenapa jika ada isu yang memberi faedah kepada mereka tiba tiba mereka bersuara dengan lantang menyebelahi pemerintah. Namun bila golongan fakir miskin yang menjadi isu, mereka begitu lambat bersuara barangkali Mufti terlupa golongan di terainaya doa mereka InshaaAllah makbul.

Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah mengingatkan pemimpin di negara ini agar bertindak sebagai pemegang amanah yang boleh dipercayai dan menjalankan fardu kifayah serta tugas awam mereka dengan berintegriti dan bertakwa, lapor akhbar Sinar Harian pada 30 September 2015 di JW Marriot Putrajaya. Saidina Umar Ibn Abd Aziz terkenal kerana sifat amanah dan negara kita pernah mempunyai insan paling beramanah negara Al Marhum Tuan Guru Nik Abd Aziz Nik Mat namun Iman tetap tak dapat di warisi, itulah senikata lagu Iman Mutiara dendangan kumpulan Raihan.

Selepas ketiadaan Sheikh Wahba Az Zuhaily dan Al Marhum Tok Guru Nik Aziz dizaman ini tidak ramai lagi yang boleh mengeluarkan Fatwa dengan mempunyai kredibiliti dan antara yang masih ada contohnya Sheikh Yusoff Al Qaradhawi. Proses sukarnya membuat Fatwa juga pernah di bincangkan sebelum ini. Namun sebagai tambahan kepada artikel berkenaan, perlu di ingati yang pembuat Fatwa (Mufti) sepatutnya tidak mendapat apa apa faedah secara langsung daripada Fatwa yang di keluarkannya untuk mengelakkan ‘bias’ atau konflik kepentingan.

Mungkin jika Mufti tampil ke depan dengan lebih berani bersuara dengan nas nas yang Sahih, sedikit sebanyak ianya dapat memberi kesan positif pada kehidupan rakyat negara ini, InshaaAllah.

Akhir sekali, lihat bukti terkini ketiadaan pembaziran yang di lakukan Paduka Seri Sultan Perak pada 24hb November 2015 ketika melancarkan laman sesawang ayahandanya www.sultanazlanshah.com sempena Siri Kuliah Undang Undang Sultan Azlan Shah ke 29 yang di sampaikan Lord Dyson, The Master of the Rolls, England & Wales. Baginda Sultan Nazrin Muizuddin Shah cuma mengumumkan menerusi titah baginda di rostrum yang laman sesawang www.sultanazlanshah.com dengan ini di lancarkan, tiada sebarang gimik dan juga tiada keperluan menekan butang komputer langsung . Agaknya sudah berapa banyak institusi institusi yang berbentuk keagamaan dan amanah menjaga kepentingan asnaf melancarkan sesuatu penuh dengan gimik yang mahal mahal? Wallahualam.

* Dr Syed Iskandar Syed Jaafar Al Mahdzar adalah peguambela dan peguamcara.

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...