TERKINI :

Tuesday, November 17, 2015

Dato Husam : Fatamorgana atau Fenomena?


Fokus rakyat Malaysia sekarang tertumpu kepada tokoh anak Kelate, YB Dato Husam..atas sebab keberanian mempertahankan prinsip Islam dan keyakinan berteraskan apa yang telah diteladani dan dididik oleh Tok Guru Nik Aziz.

Bagaikan seorang hero yang muncul ketika rakyat Malaysia ternanti-nanti seseorang bagi mengisi kehilangan 2 figure utama pemimpin pembangkang tanahair tercinta iaitu Tok Guru Nik Aziz yang pergi meninggalkan kita buat selama-lamanya dan Dato Seri Anwar Ibrahim yang dipenjara bagi tempoh masa yang lama.

Saat kemunculannya tepat pada masa pemimpin parti-parti pembangkang sudah hilang arah pedoman membawa bahtera masing-masing berlegar-legar entah menuju kemana.

Ketika Umno-BN sedang terumbang-ambing, pembangkang masih bercakaran. Skrip drama seolah-olah dalam pembikinan filem Melayu yang jalan ceritanya boleh dibuat andaian kesudahannya walaupun intro cerita baru dipaparkan. Kesudahannya PRU akan datang, BN akan terus perintah, pembangkang kekal sebagai pembangkang dengan kerusi berkurangan.


Rakyat mula kecewa dengan pembangkang tetapi tetap tidak redha dengan umno-bn yang segala-galanya dilihat hudoh dan berkepentingan puak.Tiada satupun menarik perhatian rakyat...isu 1MDB dan RM2.6B yang tiada penjelasan cukup untuk rakyat menolak parti dacing ini dalam pilihanraya akan datang.

Tiba-tiba entah bagaimana timbul seorang ketua parti Islam menawar diri jadi penasihat kerajaan BN. Apa lah keputusan begini teruk diputuskan oleh ahli Jawatankuasa Pusat parti berkaitan sehingga sanggup menghancur harapan 52% pengundi Pakatan Rakyat daripada keseluruhan pengundi PRU 13 yang lalu, kalau sekadar hendak jadi penasihat kerajaan BN.

Pas perlu diislahkan. Seramai-ramai ahli Pas tidak sebodoh itu untuk mengiktiraf pendekatan penasihat kerajaan yang pernah diisytihar toghut (zalim)oleh pemimpin tersebut pada zaman kepemudaannya.

Bagi ahli Pas anak Kelate tidak pernah lupa apa yang telah diperlakukan kepada kerajaan Kelate dan Tok Guru Nik Aziz selama ini. Tak perlu disebut satu persatu pengkhianatan umno-bn kepada rakyat Kelate....hakikatnya Tok Guru kerap mengalirkan air mata ketika berdoa memohon Allah menyelamatkan Kelate dari dirampas kerajaan zalim umno-bn. Gambar almarhum menangis ini jadi bekal sampai bila2 kepada anak Kelate untuk terus melawan parti umno-bn ini.

Sekarang Kelate sudah sejuk senyik setelah hilang aura Tok Guru. Semua pihak menerima hakikat YB Ustaz Ahmad Yaakob dan pasukan exconya termasuk pegawai-pegawai politiknya tidak 'performed' untuk terus mengekalkan sokongan pengundi pas yang asal. Tanpa sebut masalah peribadi exco-exco tertentu, pentadbiran sekarang masih dilihat tidak bermaya. Maka pemimpin sekarang perlu dikejutkan dari lena dibuai kehebatan fastaqim yang memenuhi stadium lepas.

Akhirnya pada 1 Safar lepas apa yang dinantikan telah tiba, Dato Husam muncul dalam Program Dialog menjawab semua persoalan yang ditanya secara terbuka. Dato Husam menjawab secara anak jantan dan berani menafikan segala andaian bahawa beliau akan meninggalkan Pas dan menyertai Amanah, bahkan akan terus membawa hasrat rakyat dan melakukan islah di dalam parti Pas sendiri.

Ahli Pas Kelate cerdik berpolitik. Dato Husam dianggap pemimpin rakyat sebenar. Mereka hadir beramai-ramai mendengar penjelasan sambil menunjukkan isyarat kepada pemerintah negeri ini, kalau anta tidak berubah, kami tidak akan mengundi anta pada pilihanraya akan datang.

Sejauhmana ahli Pas menyahut hasutan dan ratib sesetengah pemimpin yang memegang tampuk Badan Perhubungan Negeri dengan restu Pas Pusat yang melabel Dato Husam pengkhianat, kaki ponteng mesyuarat, pembocor rahsia dan lain-lain masih jadi tandatanya.

Yang pasti, ada yang akan berjaya dan ada yang akan terkorban. Kalau Dato Husam terkorban dalam politik kali ini, maka rakyat akan hilang satu lagi tokoh yang sepatutnya ditonjolkan sebagai pemimpin kebangkitan rakyat peringkat nasional. Badan Perhubungan Pas Kelantan dan Pas Pusat sudah semestinya membuang namanya dari senarai calon pilihanraya akan datang hanya kerana alasan kelantangannya menegur kelemahan pentadbiran yang mampu dibuktikan secara jelas.

Yang menghairankan yang menjatuhkannya bukan umno-bn tapi rakan-rakan seangkatannya dahulu dalam parti kesayangannya iaitu Parti Islam Semalaysia( Pas )dibantu oleh jentera pencacai terdiri daripada ustaz-ustaz muda berkepentingan dibiayai pula oleh taukey-taukey balak yang terus menerus menyimpan dendam kesumat kepada Dato Husam.

Maka sekiranya jalan cerita sedih ini berlaku, tercatat dalam lipatan sejarah hitam tahun dukacita 2015 Dato Husam adalah tokoh ketiga yang hilang selepas Tok Guru Nik Aziz dan Dato Seri Anwar Ibrahim.

Maka apabila lirik lagu Pas dinyanyikan di setiap kali pembukaan muktamar, berbunyi;

"Selamatlah Parti Islam melangkah,
Memimpin Ummah ke medan siasah
Berpedomankan AlQuran dan Sunnah
Suburlah hidupmu dan pasti berbuah"

..hati kecil anak muda dan golongan profesional akan berkata "Bakpo Pas loni koho Belawok?"

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...