TERKINI :

Tuesday, November 17, 2015

Dasarnya baik, pelaksana dan pemimpin yang tidak jujur.. itu yang menjahanamkan Malaysia..!!

Aspan Alias


Ketika negara sedang melalui zaman muram politik dan ekonomi tentulah usaha wajar dilakukan untuk melalui nya dengan tabah sambil mencari jalan bagi penyelesaiannya. Untuk mencari penyelesaiannya, semua pihak wajar mencari jalan penyelesaiannya dan mengetahui sebab kenapa kita sampai menjadi begitu buruk dalam politik dan ekonomi sekarang ini. Dalam ilmu pengurusan ada disebut, ‘we must understand the real problems up to specific even before we think how to solve it’. Lain-lain perkataan tidak akan terjumpa penyelesaiannya jika kita tidak memahami masalah sebenar yang membawa kita ke situasi yang sangat mencabar ini.

Selalunya bagi sesebuah negara masalah besar yang kita hadapi itu tentu lah ia bermula lama sebelum kita merasakan kesan buruknya. Ia bermakna kita telah berulang-ulang dan terus melakukan kesilapan dan kesalahan terhadap negara kita begitu lama sebelum kita sedari yang situasi itu sudah menjadi barah kepada negara dan rakyatnya.

Salah satu dari penyebab kenapa kita menghadapi masalah perpaduan negara adalah dasar-dasar ‘economic and social re-engineering’ negara telah di perkosa dan tidak diperkayakan. Jika dasar yang gubal dahulu ialah untuk menjadikan rakyat di antara kaum berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah sekarang ini diantara orang Melayu sendiri telah terdampar di kalangan orang Melayu sendiri sedang menghadapi masalah yang tinggi bertambah tinggi dan yang rendah bertambah rendah. Belum lagi kita ukur kedudukan orang Melayu berbanding dengan bangsa-bangsa lain dalam negara ini.

Kita tidak akur kepada kenyataan jika bangsa yang dominan dimana-mana negara sekali pun jika kedudukan mereka ketinggalan dalam bidang ekonomi dan industri ia akan menggagalkan apa-apa sahaja dasar yang digubal, walau secantik mana pun dasar itu digubal. Sesebuah dasar itu wajar dilaksanakan dengan teliti dan tidak menyimpang dari asas dasar itu digubal. Lemah kedudukan kaum dominan sesebuah negara itu maka lemahlah negara dengan ketidakstabilan politik nya dan kadangkala membawa negara itu ke satu huru hara yang tidak terkawal.

Dinegara ini sememangnya ada dasar-dasar untuk memperimbanagi kedudukan social dan ekonominya tetapi sejak tiga dekad yang lalu dasar-dasar itu diabaikan dimana peruntukan dan kemudahan untuk orang Melayu dan Bumiputranya telah di ‘hijacked’ oleh kumpulan Melayu yang hampir dengan yang berkuasa. Kesempatan dan projek-projek mega diwujudkan secara runding terus dan di berikan projek-projek tersebut kepada kumpulan elit ini diatas nama Bumiputra dalam anggaran yang berbillion-berbillion ringgit dan dalam masa yang sama elemen dan budaya rasuah telah berkembang tanpa dikawal. Tiada siapa yang mahu mengawalnya kerana yang sepatut mengawalnya sendiri terlibat dengan kegiatan rasuah yang hina itu.

Bumiputra hanyalah diberikan projek-projek ‘class F’ di peringkat daerah dan disitulah tumpuan kerajaan untuk mendapatkan sokongan dari rakyat biasa bawahan. Itu sebabnya kita melihat UMNO Bahagian-Bahagian di banyak daerah dikuasai oleh kontraktor-kontrak kelas F yang tidak mempunyai agenda lain selain dari monopoli kerja-kerja kontrak kelas F kesemuanya. Rasuah di peringkat daerah begitu menular sehinggakan ramai ketua-ketua jabatan di daerah sendiri mempunyai syarikat-syarikat kontraktor mereka sendiri tanpa kawalan.

Oleh yang demikian kita terbukti bahawa dasar yang baik sekali pun tidak akan membawa apa-apa makna jika ia tidak dilaksanakan oleh ‘implementers’ dengan baik. Dasar yang baik wajar dituruti dengan pelaksana yang jujur dan bertanggungjawab. Tetapi masalahnya pelaksana boleh melaksanakan dasar dengan tidak jujur kerana pembuat dasar yang sepatutnya membuat pemantauan itu sendiri terlibat dalam melakukan rasuah dan kerja-kerja tidak bermoral itu.

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...