TERKINI :

Sunday, November 1, 2015

DAP pertikai kem tentera dipindah, tapak dijual harga rendah

tentera
KUALA LUMPUR 30 OKT: Pemimpin DAP mempertikai tindakan pemindahan beberapa kem tentera berikutan penjualan tapak lokasi itu kepada pemaju swasta untuk pembangunan komersil pada nilai bawah pasaran.

liew chin tongWalaupun dinafi Kementerian Pertahanan, Ahli Parlimen Kluang, Liew Chin Tong, berkata ia terus berlaku membabitkan kem Sungai Besi dan Pangkalan Udara Sungai Besi di sini, Pangkalan Udara Butterworth, Pulau Pinang dan Kem Majidee, Johor.

Katanya, kerajaan menganggap penjualan itu sebagai program pertukaran tanah dengan kementerian dan pemaju swasta memperoleh keuntungan bersama sedangkan sebarang kerugian ditanggung rakyat selaku pembayar cukai.

“Persoalannya, mengapa kerajaan memindahkan kem tentera yang dikendalikan Kementerian Pertahanan (Mindef) dan menjual tanah kepada syarikat swasta?” katanya pada kenyataan media, hari ini.

Beliau sebelum ini membuat pertanyaan bertulis kepada Menteri Pertahanan mengenai hal itu tetapi mereka menafikannya walaupun beberapa kejadian beberapa tahun kebelakangan ini menunjukkan sebaliknya.

Dalam penjualan kem tentera Sungai Besi yang dijual kepada 1Malaysia Development Berhad (1MDB) pada harga RM1.6 bilion atau RM74.20 kaki persegi sedangkan nilai tanah di sekitar bandar raya ini, antara RM500 hingga RM1,000 kaki persegi.

men12188682_10153405634803863_674026483_n 

Chin Tong berkata, kerajaan perlu mempertimbang aspek keselamatan yang boleh menggugat negara berikutan faktor maklumat dan aktiviti di kem tentera sebelum membuat penjualan sedemikian.

“Saya mendesak Mindef mendedahkan berapa kem tentera akan dijual untuk pembangunan semula dan jumlah kerugian akibat penjualan itu. Siapa pula yang mendapat manfaat hasil jualan berkenaan.

“Menteri Pertahanan juga perlu menerangkan kriteria yang diguna pakai untuk memilih pemaju kerana kerajaan menjalankan rundingan terus tanpa amalan tender terbuka,” katanya.

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...