TERKINI :

Thursday, November 12, 2015

Dakwaan Husam : Hadi tidak boleh kunci mulut

ABDUL HADI AWANG

SHAH ALAM - Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak boleh terus mengunci mulut terhadap dakwaan yang dilemparkan bekas Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa.

Pensyarah Kanan Fakulti Sains Sosial, Universiti Malaysia Sarawak (Unimas), Dr Jeniri Amir berkata, Presiden Pas itu perlu menjawab dakwaan terhadap dirinya itu secepat mungkin bagi mengelakkan isu persepsi terus menebal.

“Jika benar, beliau harus menjawab. Jika tidak betul, beliau harus buktikan dengan testimoni-testimoni ataupun saksi-saksi yang boleh (membuktikan) beliau tidak melakukan.

“Hadi harus mengambil pendirian untuk segera bangkit memberi penjelasan apa sebenarnya yang berlaku," katanya kepada Sinar Online.

Sebelum ini, Husam yang juga Adun Salor mendakwa Abdul Hadi merancang untuk bekerjasama dengan Umno bagi menubuhkan kerajaan perpaduan di Selangor dan menuntut presidennya itu menafikan dakwaan itu sekiranya ia tidak benar.

Namun sehingga hari ini, Abdul Hadi belum membuka mulut sebaliknya hanya pimpinan Pas yang lain mengeluarkan kenyataan mempertahankan Ahli Parlimen Marang itu.

Menurut Jeniri, sikap berdiam diri Abdul Hadi itu hanya akan memburukkan keadaan terutama melibatkan kredibilitinya sebagai presiden parti.

Pensyarah Kanan Pusat Pengajian Antarabangsa Kolej Undang-undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa, Universiti Utara Malaysia, Prof Madya Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani turut senada dengan Jeniri.

“Abdul Hadi kena jawab dakwaan. Jika tidak jawab, makin sukar untuk parti,” katanya.

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...