TERKINI :

Tuesday, November 10, 2015

Cara Felda gerakkan 10,000 hadir demo ‘baju merah’

Jawapan yang diberikan kepada Dewan Rakyat memberi petunjuk bagaimana Felda menggerakan 10,000 peneroka bagi menyertai perhimpunan 'baju merah' di Kuala Lumpur.

Menurut Ahli Parlimen Kulai Teo Nie Ching, agensi kerajaan yang membantu golongan miskin menerokai penempatan baru di luar bandar mengadakan perhimpunan sempena sambutan Hari Malaysia pada 16 September

Peneroka diberitahu bahawa Felda menganjurkan perhimpunan di ibu negara itu sebagai sebahagian daripada program komuniti untuk menggalakkan semangat patriotik dan menanamkan rasa syukur di kalangan peneroka.

"Bagaimanapun, seperti yang diketahui umum, 16 Sept tahun ini adalah perhimpunan baju merah," kata Teo.

"Adakah perhimpunan peneroka Felda sengaja diadakan pada hari yang sama untuk meningkatkan bilangan peserta perhimpunan baju merah?" soal pemimpin DAP itu.

Teo berkata, jawapan di Parlimen memaklumkan jumlah peneroka Felda yang menyertai perhimpunan tersebut dianggarkan 10,000.

Justeru, beliau mengandaikan kira-kira 10,000 peneroka Felda menyertai perhimpunan itu yang sebahagian besar mereka diangkut ke Kuala Lumpur dengan bas.

Teo juga membidas Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Tanah Rancangan (JKKR) dan Gerakan Persatuan Wanita (GPW)yang didukung oleh kerajaan pusat kerana memberikan peruntukan RM925,000 bagi membiayai ‘perhimpunan Felda’.

"Wang itu sepatutnya digunakan untuk kepentingan awam, bukan untuk tujuan politik ...," katanya.

Menurut Teo, peneroka Felda juga tidak mempunyai sebab untuk bersyukur, kerana saham Felda Global Ventures (FGV) jatuh daripada RM4.45 bagi setiap unit pada tahun 2012 kepada RM1.93 seunit.

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...