TERKINI :

Sunday, November 29, 2015

Bila BN nazak, pembangkang pula kejang otot

Bila BN nazak, pembangkang pula kejang otot

SHAH ALAM - Disaat BN sedang mengalami situasi kritikal, Pakatan Pembangkang pula dilihat tidak mengambil kesempatan malah bercakaran sesama sendiri.

Perwakilan dari Selangor, Najwan Halimi berkata, parti dalam pakatan pembangkang tidak patut memikirkan untuk memerintah negara sekiranya kemelut dalam pakatan tidak diselesaikan terlebih dahulu.

"Kalau kita nak bicara soal menakluk Putrajaya, kita lihat kembali kemelut yang sedang berlaku.Adakah kita akan berjaya merampas Putrajaya sekiranya kemelut belum selesai?

"Di saat musuh kita sedang nazak menunggu ajal,kita pula yang kejang otot," katanya semasa membahaskan usul politik dalam Kongres Nasional PKR 2015.

Menurutnya, rakyat menaruh harapan cukup tinggi kepada pakatan pembangkang untuk bersatu dan tumbangkan BN.

"Sejak 2008, rakyat kata pakatan pembangkang ini adalah kerajaan penantian,cuma kita belum bernasib baik pada PRU13.

"Tetapi bila mana BN berhadapan isu cukai barang dan perkhidmatan (GST) dan skandal 1 Malaysia Development Berhad, kita pula boleh berpecah.Adakah tuan-tuan rasa kita mampu takluk Putrajaya," soalnya.

Beliau turut menyambut baik keputusan PKR menjalinkan kerjasama dengan semua pihak.

"Keputusan Menteri Besar Selangor,Mohamed Azmin Ali yang meneruskan kerjasama dengan Pas dalam pentadbiran negeri perlu dipuji.

"Sekarang bukan masa untuk brmain politik tetapi untuk bekerja demi rakyat,"katanya.

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...