TERKINI :

Friday, November 6, 2015

Berita Dari Pulau Pinang Yang Mungkin Disorokkan


Kerajaan PAKATAN HARAPAN Pulau Pinang hari ini membentangkan Bajet 2016 bagi negeri itu dengan anggaran defisit sebanyak RM292.13 juta.

Ketua Menteri Lim Guan Eng ketika membentangkan bajet itu, berkata jangkaan defisit itu bertambah sebanyak RM61.82 juta berbanding defisit dalam bajet 2015 sebanyak RM230.31 juta.

"Mengambil kira anggaran hasil 2016 sejumlah RM687.40 juta berbanding perbelanjaan mengurus sebanyak RM979.53 juta, akan menjadikan Bajet 2016 mengalami defisit.
"Anggaran defisit atau kekurangan RM292.13 juta yang dijangka dalam Bajet 2016 itu akan dibiayai daripada Simpanan Terkumpul Negeri yang berbaki RM880.75 juta pada akhir 2014," katanya semasa membentangkan Bajet 2016 Pulau Pinang pada persidangan Dewan Undangan Negeri di George Town.

Beliau berkata kerajaan negeri mula mencadangkan bajet defisit sejak 2008.


Bagaimanapun, kerajaan negeri dapat mengakhiri setiap tahun kewangan dengan lebihan, justeru, lebihan terkumpul selama 7 tahun dapat meningkatkan jumlah rizab kerajaan negeri daripada RM373.57 juta pada akhir 2007 kepada RM880.75 juta pada akhir 2014, katanya.

Lim berkata jumlah keseluruhan RM1,105.65 juta dicadangkan untuk perbelanjaan bagi 2016, pertambahan sebanyak RM112.83 juta atau 11.36% berbanding perbelanjaan keseluruhan Bajet 2015 iaitu RM992.82 juta.

"Anggaran perbelanjaan mengurus sebanyak RM979.53 juta diperuntukkan pada 2016 manakala RM346.12 juta disediakan bagi peruntukan pembangunan," katanya.

Beliau berkata pertambahan anggaran perbelanjaan mengurus sebanyak RM92.29 juta atau 10.4% berbanding tahun lepas berpunca daripada pertambahan caruman sebanyak RM220 juta kepada Kumpulan Wang Pembangunan berbanding hanya RM120 juta pada 2015.

"Caruman sebanyak RM220 juta kepada Kumpulan Wang Pembangunan merupakan caruman terbanyak sehingga kini, dan caruman itu perlu dibuat untuk tujuan pembiayaan projek pembangunan yang dirancang pelaksanaannya pada 2016 serta menyediakan rizab perumahan dan ekonomi sebanyak RM100 juta," katanya.

Lim berkata pertambahan peruntukan pembangunan yang dicadangkan sebanyak RM120.54 juta atau 53.44% berbanding tahun lepas mengambil kira usaha kerajaan negeri dalam menyediakan rizab berjumlah RM100 juta jika diperlukan dalam menangani kemelut ekonomi dan meneruskan dengan pelaksanaan projek pembangunan yang dirancang.

Beliau berkata kerajaan negeri menganggarkan hasil yang boleh dikutip pada 2016 berjumlah RM687.40 juta iaitu pertambahan sebanyak RM30.47 juta atau 4.63% berbanding anggaran hasil 2015 iaitu RM656.93 juta.

"Punca peningkatan hasil 2016 itu adalah daripada bayaran premium tanah kawasan Bayan Mutiara, peningkatan hasil keuntungan daripada pelaburan kerajaan negeri serta pertambahan hasil-hasil lain," katanya.

Persidangan dewan ditangguh sehingga 16 November.

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...