TERKINI :

Monday, November 16, 2015

Beri penjelasan segera jika hendak elak andaian - Azmin

SHAH ALAM: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak seharusnya memberi penjelasan segera berhubung mana-mana tuduhan yang dilontarkan terhadap beliau supaya dapat mematikan andaian negatif, kata Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali.

"Selagi Perdana Menteri tidak beri jawapan, maka perkara ini (andaian) akan berterusan," kata Azmin kepada pemberita di lobi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Shah Alam hari ini.

Beliau yang juga Menteri Besar Selangor diminta mengulas kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa Mahkamah Malaysia perlu menerima gaya hidup mewah seseorang individu sebagai bukti wujud elemen rasuah.

"Tun Mahathir dah keluarkan banyak kenyataan.

"Saya kira, soal beliau beri pandangan atau teguran, itu hak dia sebagai rakyat Malaysia," kata Azmin.

Walau bagaimanapun, tegas Azmin, Kerajaan harus bersedia memberi penjelasan berlandaskan fakta bagi mengelakkan andaian-andaian negatif.

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...