TERKINI :

Friday, November 27, 2015

Bekas presiden Abim sertai PKR

http://www.freemalaysiatoday.com/wp-content/uploads/2015/11/Amidi-Abdul-Manan1_pkr_600.jpg

PETALING JAYA - Sikap pemimpin negara yang tidak mengendahkan suara rakyat antara faktor mendorong bekas Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim), Amidi Abdul Manan menyertai PKR.

Menurut Amidi, kegagalan tersebut juga menyebabkan tidak banyak ruang perbaikan boleh dilakukan.

“Urus tadbir beberapa institusi berkaitan kepentingan umat Islam seperti Tabung Haji dan Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (Yapeim) memudarkan kepercayaan dan keyakinan umat terhadap institusi tersebut.

“Sikap yang tidak konsisten khususnya dalam bidang pendidikan juga menjadi bukti kelemahan kerajaan dalam mempertahankan kepentingan masyarakat,” katanya dalam sidang media pengumuman kemasukan tokoh muda NGO Islam ke dalam PKR.

Pengumuman itu dibuat oleh Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Selain Amidi, tiga anak muda lain yang turut menyertai PKR ialah Muhammad Muszaki Mohd Ozir, Mohamad Khalis Khan Ghani dan Mahadi Deraman.

Dalam pada itu, Amidi berkata, beliau dan rakan-rakan memilih PKR kerana parti itu meraikan kepelbagai ras, agama dan budaya.

“Oleh itu, mesej Islam sebagai agama rahmat dapat diterjemahkam bersama rakan-rakan dalam parti dan seterusnya ke dalam masyarakat dan negara,” katanya.

Sementara itu, Wan Azizah berkata, pelbagai kepincangan dalam pentadbiran kerajaan membuatkan rakyat cenderung kepada perubahan.

“Trend ini terus membesar dan merebak menyaksikan ramai rakyat termasuk tokoh-tokoh pemimpin masyarakat menyatakan secara terbuka ketidak percayaan terhadap pentadbiran Umno dan BN,” katanya.

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...