TERKINI :

Saturday, November 28, 2015

Baru kena penjara tak sampai beberapa bulan, bila keluar terus suruh bebas Anwar

Khairuddin sokong gesaan bebaskan Anwar

Individu yang menerbitkan buku '50 dalil mengapa Anwar tidak boleh jadi perdana menteri', hari ini menyokong gesaan supaya bekas ketua pembangkang itu dibebaskan.

Bekas Ketua Umno bahagian Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan dalam satu kenyataan berkata, beliau menyokong penuh mana-mana dayausaha untuk membebaskan Anwar dari penjara Sungai Buloh.

"Datuk Seri Anwar telah pun dihukum sebelum ini dan kini saya berpendapat beliau harus berada di luar penjara Sungai Buloh untuk menyemarakkan lagi landskap serta senario politik tanahair.

"Biar landskap politik tanahair kita bertambah warna-warni! Apa yang harus kita gusarkan sekiranya mentadbir negara ini secara amanah?" kata Khairuddin.

Sebagai pemimpin akar umbi Umno yang memihak kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, Khairuddin baru dibebaskan dengan jaminan selepas didakwa mensabotaj ekonomi Malaysia berhubung laporan-laporan yang dibuatnya terhadap 1MDB.

Katanya, amat wajar Anwar berada di luar bagi memainkan peranan sebagai ketua pembangkang yang effektif bagi 'semak dan imbang' pentadbiran negara.

"Kini kita tidak boleh harap lagi pada pihak 'backbenchers' Barisan Nasional yang terlalu kuat mengampu secara membuta tuli dan tidak berani lagi untuk membuat teguran membina ke atas pucuk kepimpinan tertinggi," katanya.

Mereka ini. dakwanya, adalah kalangan kaki bodek yang lemah minda yang tidak amanah pada Allah SWT serta rakyat jelata.

"Mereka lebih takut pada manusia dari tuhan." katanya sambil menggesa penolakan pemimpin seumpama itu.

Beliau berkata pemimpin itu sepatutnya harus berani membuat teguran secara jujur dan ikhlas demi kebaikan atau kepentingan parti agar menjaminkan survival Umno mahupun BN dalam pilihan raya umum ke-14 kelak.

Kumpulan Kerja Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Penahanan Arbitrari (WGAD) mengeluarkan kenyataan awal bulan ini yang menyatakan pandangan mereka yang mendakwa bahawa Anwar telah dinafikan perbicaraan yang adil.

Amnesty International juga telah mengiktiraf Anwar, yang dijatuhi hukuman penjara lima tahun pada bulan Februari atas sabitan tuduhan liwat, sebagai tahanan politik.

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...