TERKINI :

Sunday, November 8, 2015

Banjir - Jumlah mangsa di Baling meningkat kepada 608

Banjir

BALING - Jumlah mangsa ditempatkan di pusat-pusat pemindahan banjir di sini meningkat kepada 608 orang daripada 349 semalam, setakat 1 tengah hari ini.

Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat Baling, Syamsul Izrin Isahak ketika dihubungi Bernama berkata, ia melibatkan 106 buah keluarga berbanding 87 semalam.

Sebanyak tujuh pusat pemindahan terlibat iaitu Dewan Baru Bongor, Banggol Derum, Kompleks Rakan Muda, Tabika Gua Reban, Dewan Kg Charok Sikin, Dewan Kg Lahar dan Dewan Kg Bawah Gunung.

Menurutnya, Kompleks Rakan Muda setakat ini mempunyai jumlah mangsa yang paling ramai iaitu 200 orang, diikuti Kg Bawah Gunung (100), Dewan Baru Bongor (90 orang), Tabika Gua Reban (80), Banggol Derum (76), Kg Lahar (57), dan Charok Sikin (5).

Pihak JKM Baling juga turut menyediakan pelbagai bantuan kepada mangsa terlibat di pusat pemindahan termasuk makanan dan minuman, tikar serta tilam, katanya. - Bernama

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...