TERKINI :

Monday, November 2, 2015

Bajet Najib umpama candu

Oleh: AFEEQA AFEERA


SHAH ALAM, 2 NOV: Bajet Kerajaan Persekutuan yang mengekalkan Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) disifatkan sebagai ‘candu’ untuk rakyat.

Ng Suee Lim (DAP-Sekinchan) berkata, ia diberi tanpa perancangan khusus dan satu bentuk ‘rasuah’ bagi meraih sokongan masyarakat.

BAJET 2016“Bajet dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dengan pemberian BR1M adalah ‘candu’ diberikan kepada rakyat tanpa perancangan.

“Ini adalah rasuah sesuai dengan BR1M sebagai pemberian rasuah satu Malaysia, berbeza di Selangor apabila kita membantu rakyat melalui peruntukan besar,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sesi perbahasan Belanjawan 2016 di Dewan Negeri Selangor (DNS), hari ini.

Pada masa sama, Suee Lim berkata, peruntukan besar Kerajaan Selangor merangsang gencatan ekonomi meskipun belanjawan itu adalah defisit.

Bagaimanapun, katanya Kerajaan Negeri tidak ragu untuk mengakui kebenaran disebalik kritikan diberikan Barisan Nasional (BN).

“Pembangkang kritik tidak kira perkara itu baik atau tidak dengan memberi pelbagai komen kononnya belanjawan defisit, gula-gula, bersifat sementara dan memudaratkan masa depan.

“Itu memang sifat mereka,” katanya.

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...