TERKINI :

Tuesday, November 24, 2015

Bahasa Inggeris di Sarawak, Apa komen pejuang UMNO & PERKASA..!


Tan Sri Adenan Satem, Ketua Menteri Sarawak amat berani. Bukan sahaja berani tetapi tegas dalam usahanya melaksanakan dasar menjadikan Bahasa Inggeris sebagai bahasa rasmi di Sarawak seiring dengan Bahasa Malaysia. Sudah dua hari pengumuman tentang hal ini dibuat namun tidak banyak komen yang diberikan terhadap tindakannya itu.

Apakah kerajaan pusat yang terasnya diterajui oleh UMNO bersetuju dengan tindakan yang dilakukan oleh Ketua Menteri Sarawak itu? Apakah para pejuang PERKASA yang sentiasa menitikberatkan tentang ‘Melayu’ juga akur dengan perkembangan yang berlaku di Sarawak ini. Dimanakah hilangnya ‘suara-suara’ para pejuang bahasa yang kebiasaannya akan menjerit, terpekik dan terlolong apabila ‘disentuh’ saja tentang soal bahasa dan agama di negara ini.

Bagi aku TS Adenan Satem bukan sahaja berani dan tegas tetapi amat praktikal dalam melaksanakan dasar yang diperlukan bagi kepentingan rakyat Sarawak. “Defending his decision in making English, along with Bahasa Malaysia (BM) as the preferred official language of the state administration, he said it would be unrealistic to expect people in other countries to speak in BM when doing business here. He said this in front of the captains of the industry at the Sarawak Chambers of Commerce and Industry's 64th annual dinner” Malaysian Insider 21 November 2015.

Tambahnya lagi, “We are not living on the moon and I am being practical…..It is not only the language of the Anglo-Saxons. It is the language of the world, not Bahasa Malaysia” Dan kenyataan yang lebih kurang sama telah diucapkan oleh Tun Mahathir pada suatu ketika dahulu. Pernah Tun menyatakan,’ “All journals on advances in science and research are in English. Therefore, if we want to make progress and stay par with the developed world, we must master the English language,” he said in his keynote address at the Malaysia-Africa Summit 2014.(Malay Mail Online 18 September 2015).

Persoalannya sekarang ialah mengapakah setelah setengah abad kita merdeka, baru disedari tentang keadaan ini? Mungkin tidak perlu lagi menangisi keadaan ‘nila setitik yang merosakkan susu se belanga’. Dan orang putih kata, ‘don’t cry over the spilt milk’. Ataupun mungkinkah tindakan TS Adenan Satem ini amat tidak kena dalam soal untuk mewujudkan identiti bahasa dan bangsa Melayu.
Antara pengkritik yang kurang senang dengan tindakan kerajaan Sarawak itu ialah Ketua Eksekutif Yayasan Karyawan Malaysia, Datuk Zainal Abidin Borhan yang menyatakan bahawa tindakan TS Adenan Satem itu bercanggah dengan artikel 152 Perlembagaan Malaysia yang berkaitan dengan kedudukan Bahasa Malaysia. Beliau menyarankan agar Ketua Menteri sarawak itu menimbangkan semula keputusan yang telah dibuat.

Saranan beliau itu disanggah pula oleh Datuk Amar Abang Johari Tun Openg, Menteri Perumahan Sarawak yang mengatakan bahawa oleh kerana Dewan Undangan Negeri Sarawak tidak pernah mengesahkan Akta Bahasa Kebangsaan 1967, maka katanya Bahasa Inggeris masih lagi bahasa rasmi di negeri itu walaupun menerima Bahasa Malaysia sebagai bahasa rasmi.

Keadaan di Sarawak berbeza dengan keadaan di Sabah. Mengikut Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Datuk Salleh Said Keruak bahahwa semenjak tahun 1971 lagi, Sabah telah melaksanakan Baasa Malaysia sebagai bahasa rasmi. Katanya lagi,“In 1971, the state government announced the enactment that we recognise Bahasa Malaysia as the official language…That is why we are different from Sarawak. Sarawak did not do so. This should be emphasised to make the people understand that the official language in Sabah is Bahasa Malaysia,” (Free Malaysia Today 21 November 2015).
 
Terlintas pula aku tentang pandangan Saudara Lee Kuan Yew ketika ditemui oleh Fareed Zakaria (CNN) pada suatu ketika dahulu yang berkaitan dengan penggunaan bahasa di Singapura. Pada awal pentadbirannya selepas sahaja perpisahan dengan Malaysia, Saudara Lee merasakan bahawa Bahasa Inggeris adalah amat penting sebagai bahasa antarabangsa. Namun para pejuang bahasa Cina dan bahasa lain masih mahu menegakkan bahasa masing-masing. Beliau membiarkan keadaan sedemikian berterusan tetapi memberatkan penggunaan Bahasa Inggeris dan sekolah Inggeris sehinggakan rakyat Singapura dari keturunan Melayu, Cina dan India sedar tentang kepentingan bahasa Inggeris dan mengubah haluan dan menggantar anak-anak mereka ke sekolah Inggeris.

Seingat aku di Tanah Melayu, sebelum dan selepas beberapa tahun selepas merdeka sikap rakyat Malaysia juga begitu. Ramai keluarga Cina menghantar anak-anak mereka ke sekolah Inggeris dan ‘meninggalkan’ sekolah Cina. Dan begitu juga dengan keluarga Melayu yang sedar tentang kepentingan Bahasa Inggeris telah menghantar anak-anak mereka ke sekolah Inggeris sehinggalah aliran kebangsaan diperkukuhkan bermula pada tahun 1970an.

Kini TS Adenan Saten telah mengorak langkah dan pasti ‘mengocakkan’ air yang tenang. TS Adenan Saten berani berbuat demikian atas keyakinannya bahawa tindakannya itu akan menguntungkan rakyat Sarawak yang dipimpinnya. Apatah lagi seolah-olah beliau telah mendapat sokongan padu dari rakyat, termasuk pihak pembangkang.

Namun begitu tindakan beliau agak bertentangan dengan hasrat kerajaan pusat sebagaimana yang dikatakan oleh Datuk Zainal Abidin Borhan. Tentunya rakyat ingin melihat reaksi dari ‘pejuang-pejuang’ UMNO dan PERKASA tentang tindakan TS Adenan Saten ini. Dan gelanggang ini amat sesuai ‘dibuka’ seiring dengan Persidangan Agung UMNO yang akan diadakan tidak berapa lama lagi.
Selamat berjuang….

abuhassanadam
23 November 2015’

London

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...