TERKINI :

Sunday, November 1, 2015

Azmin punca DAP nak letak calon di DUN PAS

DAP lawan PAS di Selangor selepas Azmin tolak ubah gabungan

Pengerusi DAP Selangor Tony Pua berkata parti itu terpaksa membuat keputusan melawan PAS pada PRU akan datang kerana Menteri Besar Mohamed Azmin Ali enggan mengubah gabungan yang memerintah negeri itu selepas berakhirnya Pakatan Rakyat. – Gambar The Malaysian Insider oleh Seth Akmal, 1 November, 2015.
Keputusan DAP bertanding di 8 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) PAS pada Pilihan Raya Umum ke 14 (PRU14) diambil selepas Menteri Besar Mohamed Azmin Ali enggan mengubah gabungan di Selangor walaupun Pakatan Rakyat (PR) berkubur, kata Tony Pua.

Pengerusi DAP Selangor itu berkata, partinya terus kekal dalam kerajaan negeri yang dibentuk semasa PR masih wujud dahulu kerana tidak mahu menimbulkan lagi pergolakan politik di negeri terkaya itu selepas Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim disingkirkan sebagai menteri besar.

"Sebab itu, DAP terus berada dalam sebuah kerajaan gabungan 'ad-hoc' dan DAP akan menjalankan peranan supaya dasar bersama Pakatan Rakyat yang disokong rakyat semasa pilihan raya dahulu akan dikotakan.

"Akan tetapi, gabungan ini tidak akan kekal selama-lamanya. Masa depan kita adalah bersama Pakatan Harapan.

"Apatah lagi PAS sudah berulang-kali menegaskan mereka memutuskan segala kerjasama politik dengan DAP dan akan meletak calon PAS untuk bertanding di kawasan yang dipegang DAP," kata Pua yang juga ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, semasa berucap di Konvensyen Biasa Negeri DAP Selangor 2015 di Petaling Jaya, hari ini. – 1 November, 2015.

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...