TERKINI :

Tuesday, November 24, 2015

Apa Sudah Jadi Dengan Utusan & Harakah..??

ULASAN GREENBOC
 
http://1.bp.blogspot.com/-ScY5QpaB6Wk/VlMrFULEIjI/AAAAAAAB5Y8/F6Iy3AwmLMs/s1600/utusan_harakah1.jpg

Kerana banyak sangat memfitnah, Utusan telah diheret beberapa kali ke mahkamah dan telah tewas dalam banyak kes yang melibatkan bukan saja puluhan malahh ratusan ribu ringgit.

Entah siapa lagi yang bebal sangat nak beli dan baca utusan. Ia adalah sama seperti menggalakkan akhbar itu untuk terus menabur fitnah ditambahi dengan isu-isu perkauman yang tebal.

Membeli dan membaca Utusan berererti meredhakan fitnah itu berterusan dan kemudian mendapat "saham dosa" dari fitnah-fitnah yang dipaparkan.

Penyakit Utusan nampaknya sudah berjangkit kepada akhbar lidah rasmi PAS juga yang bernama Harakah. Salinan surat dari pejabat agung PAS kini berlegar di media sosial yang meminta setiap cawangan PAS melanggan 10 naskah Harakah setiap keluaran. Alasan yang diberikan ialah agar ahli-ahli PAS mendapat maklumat yang terkini dan tepat.


Namun semua orang tahu Harakah kini sudah tidak laku di pasaran. Ramai pengedarnya sudah lari dan enggan menjual Harakah lagi.

AHLI PAS ENGGAN BELI HARAKAH

Ketua Cwg Pas Flat Seri Perak, Bandar Baru Sentul, KL, Hj Abdul Kadir Tauhid terpaksa berhenti drpd menjadi pengedar utama Harakah bg kws Bandar Baru Sentul berikutan semakin ramai ahli enggan membeli lidah rasmi Pas itu sebaik slps Muktamar Pas ke-61 awal Jun ini. Ini berikutan senario yg semakin buruk membadai parti Islam itu. Katanya, ramai lg pengedar2 kecil Harakah terpaksa berhenti kerana ahli2 sudah tidak berminat. Ujarnya, terdapat 6-7 orang yg memberitahu beliau, mereka sudah tak mahu jadi ahli Pas, kerana sangat flip flop, tak ada pendirian dan ada seorang yg mematah2kan kad keahlian Pas di hadapannya sehingga berkecai.

Difahamkan juga beberapa orang wartawan dan editor Harakah telah meletakkan jawatannya. Sebelumnya Harakah telah bertindak memberhentikan secara serta-merta khidmat Pengarang Harakah, Datuk Tarmizi Md Jam, pada 1 Oktober 2014, kerana mengkritik UG (kerajaan campuran) dalam pimpinan PAS. Diikuti pertengahan Disember tindakan yang sama ke atas Roslan Hamid (editor rencana) kerana menyiarkan tulisan Dinsman yang mengkritik ulama dalam pimpinan PAS.

"Dan yang paling zalim ialah tindakan ke atas Ketua Pengarang, Ahmad Lutfi Othman, atas alasan kesihatan, ketika beliau sedang bercuti sakit dan masih dalam rawatan doktor.

Sebelum ini, salah seorang pengasas lidah rasmi PAS, Harakah, Ishak Surin pernah mendedahkan selama dua dekad Datuk Mustafa Ali memegang jawatan Pengerusi Harakah, sudah terlalu banyak pembaziran yang dilakukan Setiausaha Agong PAS itu.

"Sehinggakan perjuangan dan imej Islam yang dibawa oleh PAS sedikit sebanyak tercemar," tambah beliau.

Secara terus terang, Ishak memberitahu, malah Mustafa juga menggunakan wang hasil jualan akhbar Harakah untuk kepentingan dirinya dan keselesaan dirinya sendiri.

"Terlalu banyak pembaziran yang dilakukan oleh Mustafa, sehingga melakukan apa yang tidak perlu dilakukan. Mustafa membazirkan wang hasil jualan akhbar Harakah untuk mengubahsuai biliknya menjadi bilik yang sangat mewah," katanya dalam satu forum pendedahan bertajuk Harakah Dalam Bahaya, di Gombak awal tahun ini.

Ishak yang merupakan Yang Dipertua PAS kawasan Batu turut mempersoalkan apakah kepentingan bilik yang sebegitu mewah di Ibu Pejabat Harakah kepada pengarah urusan kerana menurutnya, permulaan wang jualan akhbar Harakah adalah daripada titik peluh rakyat (ahli) khususnya.

Bukan itu sahaja, Ishak turut melahirkan kekesalannya apabila melihat pihak pengurusan Harakah gagal untuk mengurus wang tersebut dengan baik.

Selain itu, veteren PAS itu juga turut kesal apabila mendapat tahu kebajikan kakitangan akhbar Harakah tidak dijaga sebaiknya.

"Gaji kakitangan Harakah tidak dicarum ke dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP). Bagaimana perkara ini boleh berlaku, kerana kita sering bercakap soal Islam, tetapi adakah ini gambaran sebuah parti yang membawa perjuangan Islam?

Ishak turut mendedahkan kewangan Harakah tidak pernah diaudit walaupun perkara ini sering dibangkitkan dalam muktamar PAS.

Demikianlah kisah Harakah yang kini persis saudara kembar Utusan.

SUMBER

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...