TERKINI :

Saturday, November 14, 2015

Apa lagi JAMIL KHIR...SAMANLAH!!


Pengarah Pusat Pemantauan dan Pendedahan Maklumat Kebangsaan atau NOW, Akmal Nasir memutuskan tidak akan meminta maaf atau menarik balik pendedahannya mengenai pemergian Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Jamil Khir Baharom ke Amerika Syarikat yang didakwa menggunakan wang YaPEIM.

Dengan ini, desakan Jamil Khir semalam yang memberi tempoh selama 24 jam kepada Akmal untuk menarik balik dakwaannya atau berdepan tindakan undang-undang, sudah pun terjawab dengan sendirinya.

Kini segala-galanya terserah kepada Jamil Khir untuk tindakan seterusnya.

Esok hari Ahad dan lusa hari Isnin, maka sepatutnya tindakan undang-undang terhadap Akmal Nasir sudah boleh dimulakan tanpa ada alasan lagi.

Jangan pula tunggu hari Selasa, Rabu, Khamis, minggu seterusnya atau bulan depan untuk tindakan mahkamah itu.

Atau jangan juga cuba menghantar surat penjelasan lain lagi kepada Akmal sebelum saman mahu diteruskan atau sebaliknya.

Cukuplah hanya Najib Razak yang berbuat demikian.

Ruang alasan atau helah sudah pun tertutup dan kata-kata yang sesuai buat Jamil Khir hanyalah - tunggu apa lagi...samanlah!!(SH 14/11/2015)

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...