TERKINI :

Thursday, November 5, 2015

Apa IJTIHAD PAS Sebenarnya - Menumbangkan UMNO BN atau PAKATAN HARAPAN..???

Nordin Said


MEMAHAMI IJTIHAD PAS DALAM MENUMBANGKAN UMNO ATAU BERSAMA PAKATAN HARAPAN

PAS dah tiada hasrat lagi menumbangkan umno. Bagi Ulama PAS dan Majlis Syura Ulama, menumbangkan Umno (yang mereka rasakan majoriti melayu) dan menaikkan PR (yang mereka rasakan berkongsi kuasa dengan non-muslim) adalah tidak mengikut Syarak.

Almarhum Tuan Guru Nik Aziz (TGNA) dan pimpinan Amanah yang berada dalam PAS dulu mempertahankan ijtihad bahawa kita perlu jatuhkan BN melalui PR, isu dominasi Melayu tidak timbul disebabkan jumlah kerusi yang ditandingi Melayu dan Perlindungan yang ada pada perlembagaan.

Apabila TGNA meninggal dunia dan bekas pimpinan PAS tubuhkan Amanah (yang mana Presiden PAS arahkan disebabkan berbeza pandangan dalam hal ini), Majlis Syura Ulama dan Pimpinan utama yang tinggal dalam PAS adalah mereka yang mempunyai ijtihad bahawa menjatuhkan UMNO adalah tidak Syarie.
Selepas PRU12 (2008), 2 kelompok ini terus berkembang. Presiden PAS sendiri dalam siri-siri ucapannya membawakan dalil-dalil untuk mewajarkan Kerjasama dengan UMNO berbanding PR. Tetapi ahli PAS masih tidak percaya apa sebenarnya Pimpinan PAS cuba sampaikan dan anggap berkerjasama dengan UMNO adalah dakwaan kosong.

Keputusan PRU12 dan PRU13 yang menyaksikan gelombang pengundi bukan melayu menolak umno dalam masa sama pengundi Melayu masih setia dengan UMNO satu ancaman kepada kedudukan PAS dalam PR memandangkan PAS bertanding di kerusi Majoriti Melayu. PAS merasakan mereka perlu ketuai Pakatan. oleh kerana itulah PAS mengadakan hubungan dengan PERKASA untuk menarik sokongan pengundi Melayu.

Bagaimana cara menukar pendirian Ahli PAS, seterusnya menukar keputusan Tahaluf dalam Muktamar serta membuang semua jawatankuasa Pusat yang cenderung kepada pendirian TGNA untuk bersama PKR dan DAP?

Salah satu caranya ialah dengan membina permusuhan dengan DAP. Hubungan baik yang terbina selama ini perlu dirobek supaya ahli-ahli boleh menerima bahawa DAP adalah musuh Islam dan ianya adalah ancaman kepada perjuangan PAS seterusnya keputusan muktamar dapat dipengaruhi.

Lalu apakah isu yang boleh digunakan untuk tujuan ini? Jawapannya Hudud. Hudud boleh digunakan untuk membuat provokasi menjarakkan DAP dengan PAS. Lalu bermulalah drama Private Bill yang akhirnya menjadi asbab Hubungan PAS dan DAP dapat dihentikan.

Walaupun Menteri Jamil Khir bersetuju untuk membawa pindaan Akta 355 pada persidangan parlimen bulan Jun, tetapi Kerajaan Kelantan melanggar roadmap itu dengan sengaja mempercepatkan ke Bulan Mac melalui private bill sebagai sebahagian agenda mempengaruhi keputusan Muktamar pada bulan Jun 2015, menyingkirkan kelompok progresif dan membunuh Tahaluf dengan DAP.

Setelah objektif ini tercapai maka sudah tidak ada lagi kesungguhan untuk membawa Private Bill dengan alasan sedang dibicarakan di Mahkamah. Walhal tiada halangan undang-undang pun melainkan ada perintah injunksi dari Mahkamah.

Peringkat awal PAS berjanji untuk berbincang sesama rakan PR sebelum Private Bill ini dibawa, tetapi akhirnya PAS mungkirinya dengan membawanya secara bersendirian tanpa sepatah kata kepada rakan-rakan PR lain.

Sekarang proses ini berjalan lancar tanpa apa-apa halangan sebagaimana dulu. Teori 'Jentik Dr Zuhdi' sedang dalam proses direalisasikan tanpa tentangan dari Individu seperti TG Nik Aziz dan bekas pimpinan PAS yang sertai Amanah. Dan ahli PAS sudah dapat diyakinkan dan dirasionalkan ini adalah pilihan terbaik 'Demi Menyelamatkan Islam' melalui keputusan Muktamar yang lepas.

Hari demi hari langkah PAS semakin jelas untuk berbaik dengan UMNO tidak kira sebesar mana jenayah UMNO dan BN kepada rakyat sekalipun..

Mari kita pakat2 fikir, tepuk dada jgn tanya Tuang Penasihat, tapi tanya Iman..

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...