TERKINI :

Wednesday, November 11, 2015

Anwar: Apa berlaku kepada Saravanan, debat 1MDB?

Sementara menunggu perbicaraan kes saman sivilnya, bekas Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim cuba mengikuti perkembangan isu-isu semasa dengan bertanya mengenai keadaan politik negara dan dunia.

Anwar bertanya apa yang berlaku kepada Datuk M Saravanan dan diberitahu bahawa Timbalan Menteri Belia dan Sukan itu dikalahkan oleh Speaker Dewan Undangan Negeri Perak Datuk SK Devamany dalam pertandingan merebut jawatan timbalan presiden MIC.

Bulan ini, ketua umum PKR itu memasuki tempoh lapan bulan menjalani hukuman penjara selama lima tahun di Sungai Buloh, selepas didapati bersalah dalam kes liwat II.

Walaupun Anwar sibuk bertanya soalan, kira-kira empat anggota Jabatan Penjara memerhati rapat manakala penyokongnya cuba bersalam dengannya.

Bekas timbalan perdana menteri itu berada di mahkamah kira-kira selama 15 minit dalam saman fitnah RM100 juta terhadap bekas rakan tenisnya yang kini adalah presiden Parti Bersatu India Malaysia, Datuk S Nallakaruppan, di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...