TERKINI :

Friday, November 20, 2015

Amanah nafi curi ahli PAS, penyertaan 40% anak muda


Meskipun penyertaan tertinggi ahli baharu Parti Amanah Negara (Amanah) masih didahului Kelantan, parti itu menegaskan hari ini, sasaran utamanya bukan daripada ahli PAS, kata Setiausaha Agung Amanah Mohd Anuar Tahir pada sidang media di Kuala Lumpur, hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Ahmad Muslim, 20 November, 2015.
Meskipun penyertaan tertinggi ahli baharu Parti Amanah Negara (Amanah) masih didahului negeri Kelantan, parti itu menegaskan hari ini, sasaran utamanya bukan daripada ahli PAS.

Setiausaha Agung Amanah Mohd Anuar Tahir berkata, penyertaan ahli baharu parti itu merangkumi 40% daripada golongan muda bawah 30 tahun.

"Kita tidak tumpu pada ahli PAS, bukan itu tujuan kita. Kita nak ada hubungan yang baik dengan semua parti dalam negara ini. Bukan ambil ahli parti lain.

"Sebab, ramai lagi golongan tidak berparti seperti orang muda," kata Anuar pada satu sidang media di Wisma Amanah, Jalan Ipoh, Kuala Lumpur hari ini.

Meskipun mengakui penyertaan di Kelantan majoritinya ahli PAS namun Anuar menegaskan, ia hanya secara kebetulan.

"Kebetulan saja. Orang Umno pun ada. Di Perak, diumumkan bekas menteri besar Perak Datuk Seri Nizar (Jamaludin), dia menerima keahlian 200 ahli Umno di Ipoh untuk sertai parti. Tidak cuma PAS.

"Ramai (penyertaan Amanah) tidak berparti. Kita bukan sasar yang ada parti. Kita lebih selesa dengan pimpinan muda," kata Anuar yang mendedahkan daripada 10 penyertaan baharu, 4 daripadanya golongan muda. – 20 November, 2015.

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...