TERKINI :

Thursday, November 19, 2015

Ahli UMNO desak Najib berundur bukan kumpulan pro-Muhyiddin

Faiz Zainudin | November 19, 2015

Kumpulan itu juga tidak mewakili majoriti akar umbi UMNO Bahagian Sepang tetapi lebih kepada memenuhi kehendak individu.

123

SEPANG: UMNO Bahagian Sepang menafikan kumpulan yang mendesak Datuk Seri Najib Tun Razak supaya meletak jawatan Perdana Menteri dan Presiden parti adalah kumpulan pro-Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Ketua Bahagiannya, Datuk Marsum Paing berkata, desakan itu juga bukan menggambarkan kehendak akar umbi ahli UMNO Bahagian itu tetapi lebih kepada kehendak peribadi.

Katanya, beliau telah menerima aduan daripada ahli UMNO lain yang tidak berpuashati dengan tindakan kumpulan itu yang diketuai Rusdan Mohamad.

“Kumpulan tersebut tidak mewakili keseluruhan UMNO Bahagian sebaliknya bersifat individu.

“Saya telah menerima maklum balas daripada beberapa kepimpinan peringkat cawangan yang dilibatkan menyatakan rasa kesal dan kecewa terhadap tindakan yang dibuat oleh saudara Rushdan,” katanya pada sidang media pada Khamis.

Marsum berkata, selepas meneliti rakaman video sidang akhbar kumpulan itu, lebih banyak kekeliruan timbul.

“Saya telah melihat video di youtube kenyataan dan ia bersifat prejudis dan menggelirukan,” katanya.

Mengulas tindakan yang bakal diambil terhadap kumpulan itu, Marsum berkata beliau akan mengemukakan penuh laporan kepada kepimpinan tertingi parti itu dan menyerahkan kepada parti mengambil tindakan.

“Saya serahkan kepada parti untuk mengambil tindakan kepada mereka yang terlibat,” katanya.

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...