TERKINI :

Wednesday, November 18, 2015

Aduhai PAC..boleh pula jawab kata tak perlu panggil Najib & Jho Low untuk siasat 1MDB

Tiada keperluan panggil Najib, Jho Low untuk siasatan 1MDB- PAC
Adam Abu Bakar | November 18, 2015

Kenyataan Hasan Ariffin itu bercanggah dengan kenyataan yang dibuat bekas Pengerusi PAC, Datuk Nur Jazlan Mohamed sebelum ini.

hassan-ariffin,najib-razak

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tidak perlu dipanggil untuk disiasat dalam skandal syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

“Tidak perlu pada masa ini,” kata Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC), Datuk Hasan Arifin di Parlimen pada Rabu.

Ahli Parlimen Rompin itu berkata, jutawan Low Taek Jho (Jho Low) juga tidak akan dipanggil memandangkan nama jutawan itu tidak ada dalam skop siasatan PAC.

“Kita kena tengok terlebih dahulu kerangka kerja sama ada dia perlu dipanggil atau tidak dalam isu ini (1MDB). Sehingga kini, pihak polis sendiri tidak tahu di mana dia berada,” katanya.

Kenyataan Hasan mengenai keperluan Najib dipanggil untuk disiasat itu bercanggah dengan kenyataan yang dibuat bekas Pengerusi PAC, Datuk Nur Jazlan Mohamed sebelum ini.

Sebelum ini, Nur Jazlan berkata, PAC mungkin akan memanggil Najib bagi membantu siasatan berhubung kes pelaburan dan hutang yang dibuat oleh 1MDB.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB, Arul Kanda akan dipanggil untuk siasatan PAC pada 1 Disember manakala bekas CEO 1MDB, Datuk Shahrol Halmi telah diarahkan hadir pada 25 November ini.

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...