TERKINI :

Thursday, November 5, 2015

Adakah Pengerusi KTMB penaik untuk dera pengundi bandar.. "Masyarakat bandar, BN dah confirm kalah"

  

Pengerusi KTMB Datuk Nawawi Ahmad percaya kenaikkan tambang komuter baru-baru ini tidak memberi kesan kepada penumpang.

Bermula 2 Disember depan, KTMB menaikkan tambang pada kadar kira-kira 4 sen bagi setiap kilometer yang menyebabkan kenaikan sehingga 58 peratus bagi sesetengah laluan.

"Naik pun lagi penuh orang (penumpang) naik (keretapi)., memberi maksud tak ada apa-apa (kesan),” katanya ketika ditanya mengenai reaksi kenaikkan itu di laman Facebook.

Nawawi yang juga Ahli Parlimen Langkawi, berkata demikian ketika mengulas aduan oleh penumpang.

Beliau juga menolak andaian bahawa kenaikan tambang boleh memberi kesan kepada sokongan masyarakat bandar dan golongan muda terhadap BN.

"Dato, tengok undi popular, undi masyarakat bandar, undi anak muda. Kalau menurun, maknanya ada apa-apa walaupun train penuh macam biasa,” kata seorang pengguna Facebook yang dikenali sebagai Nabieh Rahmat.

Nawawi seterus menjawab: "Masyarakat bandar, BN dah confirm kalah.

“Dari segi politik tak memberi erti kerusi parlimen.”

Beliau juga memberi alasan mengapa KTMB terpaksa menaikkan tambang berkenaan.

“Bagi lojik la. Kami pun ada staff yang perlu gaji nak bagi anak bini makan nasi,” katanya.

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...