TERKINI :

Monday, November 16, 2015

Adakah Najib akan jatuh sepertimana krisis perlembagaan PERAK pada 2009 dahulu?

Najib mungkin alami nasib sama krisis Perak 2009 - Zaid

Jika Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak boleh merekayasa krisis perlembagaan Perak pada tahun 2009, tidak ada sebab mengapa bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad tidak boleh melakukan perkara yang sama ke atasnya, kata bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim.

"Ia adalah prinsip asas yang sama bagi melucutkan pemimpin melalui cara demokratik.

"Awak (Najib) tidak boleh kata hanya saya boleh lakukannya tetapi awak (Mahathir) tak boleh," kata Zaid pada sidang akhbar di rumahnya di Petaling Jaya, hari ini.

Krisis perlembagaan Perak menyaksikan kerajaan negeri pimpinan Pakatan Rakyat yang hanya berusia sembilan bulan digulingkan selepas tiga ADUN berpaling tadah menyokong BN.

Zaid awal hari ini disiasat polis mengikut Akta Hasutan 1948 berhubung kandungan ucapannya yang disampaikan di Kelab Diraja Selangor pada bulan September lalu.

Dalam ucapannya, Zaid menggesa rakyat untuk berdiri teguh di belakang Mahathir yang menjadi pengkritik yang paling lantang membidas pentadbiran Najib.

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...