TERKINI :

Wednesday, November 4, 2015

Adakah kenyataan menteri supaya bangun awal untuk pergi kerja sebuah pandangan yang praktikal?


Adakah kenyataan menteri Datuk Abdul Rahman Dahlan supaya bangun awal untuk mengelakkan tol ke tempat kerja sebuah pandangan yang praktikal?

Pusat Aduan Pengguna Kebangsaan Fomca (NCCC) melihatnya sebaliknya, dengan mengambil kira kualiti hidup di bandar.

“Inilah yang berlaku sebenarnya. Orang yang tinggal di Rawang (dan kerja di Kuala Lumpur) keluar rumah lepas sembahyang Subuh dan balik bila langit gelap (untuk elak kesesakan).

“Inikah kehidupan yang dicadangkan oleh kerajaan?” soal anggota lembaga pusat itu Muhammad Shaani Abdullah (gambar).

NCC sebuah badan bawah Gabung Persatuan-persatuan Pengguna Malaysia (Fomca).

Abdul Rahman dilapor menyarankan orang ramai merancang perjalanan dengan bangun lebih awal ke tempat kerja jika tidak mahu membayar tol.


Rakyat terperangkap

Menteri kesejahteraan bandar, perumahan dan kerajaan tempatan (gambar) itu mencadangkan jalan alternatif yang disediakan kerajaan bagi pengguna yang mahu mengelak membayar tol.

Kadar tol di 15 lebih raya di Lembah Klang naik sehingga 100 peratus.

Sementara itu, Shaani juga berkata cadangan Rahman tidak boleh diterima kerana masalah sebenar berpunca daripada perjanjian konsesi.

“Jika tidak selesaikan perkara itu, kita tidak selesaikan apa-apa pun,” katanya lagi.

Beliau juga berkata rakyat Malaysia terperangkap dalam keadaan sukar apabila kos peningkatan awam juga naik.

Tambang Kereta api LRT, Komuter dan Monorail naik sehingga 102 peratus mulai 2 Disember ini.

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...