TERKINI :

Thursday, October 29, 2015

UMNO bukan parti gangster – Shahidan

 shahidan-UMNO
Kedudukan Muhyiddin Yassin selaku pemimpin nombor dua dalam UMNO masih kekal utuh dan sebarang tindakan menyingkir ahli perlu mematuhi perlembagaan parti.

shahidan-UMNOKUALA LUMPUR: Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Seri Shahidan Kassim menafikan wujudnya komplot untuk menjatuhkan Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin seperti yang didakwa Datuk Jamal Yunos.

Malah, katanya, kedudukan Muhyiddin sebagai pemimpin nombor dua dalam parti masih kekal utuh.

Shahidan berkata, UMNO bukan parti gangster yang sesuka hati boleh memecat pemimpin yang tidak disukai kerana parti terbesar di negara ini mempunyai Perlembagaan yang perlu dipatuhi.

“UMNO bukan parti gangster tetapi parti yang mengamalkan panduan kehidupan, agama, bangsa dan negara. Saya selaku Ahli Majlis Tertinggi (MT) dan Pengerusi UMNO Perlis tidak pernah tahu mengenai rancangan untuk menjatuhkan Muhyiddin.


“Kalau ada seperti yang disebutkan seperti Ketua UMNO Sungai Besar, Datuk Jamal Yunos, maka ia perlu dilaporkan kepada parti dan akan dibincangkan,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen pada Khamis.

Sebelum ini, Jamal mengesahkan bahawa beberapa ketua bahagian UMNO sedang dalam perbincangan untuk menyingkirkan Muhyiddin.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu berkata, jika ada komplot seperti diperkatakan Jamal, ia harus dilaporkan kepada Setiausaha Agung parti dan perkara itu akan dibincangkan dalam mesyuarat MT.

“Kami masih kekal menyokong kepimpinan UMNO dan kerajaan yang ada sekarang,”katanya.

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...