TERKINI :

Saturday, October 10, 2015

Tak mati pun kalau tak tandatangan TPPA, kata Ibrahim Ali

Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali semasa di sidang media tentang Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) di Kuala Lumpur hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Najjua Zulkefli, 9 Oktober, 2015.
Datuk Ibrahim Ali menggesa Putrajaya agar tidak menandatangani Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) kerana ia merupakan satu bentuk "penjajahan alaf baru".

Ibrahim yang bercakap sebagai wakil Majlis NGO-NGO Malaysia berpendapat perjanjian itu kelak akan mengancam agenda Bumiputera yang selama ini menjadi agenda nasional.

"Saya rasa tidak mati kalau kita tidak tandatangan TPPA. Tidak perlu terburu-buru.

"Kalau kerajaan tandatangan, nampaknya kita sudah menjadi alat Amerika Syarikat dan tidak mampu berdiri megah lagi," katanya pada sidang media di Kelab Sultan Sulaiman Kampung Baru, Kuala Lumpur petang ini.

Menurut Ibrahim, majlis ini berpegang kepada janji dan pendirian kerajaan agenda Bumiputera adalah agenda nasional.

"Oleh itu, kerajaan wajib terus mengukuhkan agenda Bumiputera dan menolak TPPA kerana ia akan mengurangkan keberkesanan agenda Bumiputera," kata Ibrahim, presiden kumpulan pendesak Melayu, Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) yang turut menganggotai majlis NGO tersebut.

Sebelum ini, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed mengumumkan Putrajaya masih belum menandatangani TPPA walaupun rundingannya dimuktamadkan pada 5 Oktober lalu.

Katanya, keputusan menandatangani perjanjian perdagangan bebas itu hanya akan diputuskan Parlimen selepas sesi perbahasan mengenainya.

“Kita hendak bawa ke Parlimen dan dibahaskan. Kita buat keputusan di Parlimen, maknanya mengundilah," kata Mustapa. – 9 Oktober, 2015.
  •  
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/tak-mati-pun-kalau-tak-tandatangan-tppa-kata-ibrahim-ali#sthash.4vEvKzuT.dpuf

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...