TERKINI :

Wednesday, October 21, 2015

Sekolah tutup lagi esok

Indek Jam 6.00 petang tadi

Semua sekolah di Negeri Sembilan, Selangor, Perak, Pulau Pinang, Kedah, Perlis serta wilayah persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya ditutup esok.

Bagi negeri Pahang pula, sekolah di kawasan Bentong akan ditutup esok selain tiga lagi kawasan di Sarawak, iaitu, Kuching, Samarahan, Sri Aman Betong.

Langkah itu diambil susulan kualiti udara mencatatkan bacaan Indeks Pencemar Udara tidak sihat dan sangat tidak sihat.

Penutupan melibatkan 4,778 buah sekolah dan 2.6 juta pelajar itu diumumkan dalam kenyataan media Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) hari ini.

Kementerian juga mengarahkan jabatan pendidikan negeri dan pejabat pendidikan daerah memaklumkan kepada sekolah dan ibu bapa di kawasan masing-masing.

“Pihak jabatan pendidikan negeri, pejabat pendidikan daerah termasuk pengurusan sekolah di seluruh negara juga hendaklah secara berterusan memantau bacaan IPU yang dikeluarkan dari masa ke semasa oleh pihak berwajib.

“Sekiranya berlaku peningkatan ke tahap tidak sihat dan sangat tidak sihat, maka pihak berkenaan boleh mengambil tindakan di peringkat masing-masing seperti yang telah ditetapkan oleh KPM,” katanya.

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...