TERKINI :

Thursday, October 29, 2015

'Pemimpin lemah terpaksa pantau ahli supaya taat'

Pemimpin veteran Umno, Tengku Razaleigh Hamzah berkata, pemantauan terhadap ahli parti adalah perkara lumrah bagi pemimpin yang lemah.

Katanya, pemantauan ini bertujuan untuk memastikan setiap ahli sentiasa mematuhi peraturan.

"Semua pertubuahn mempunyai peraturan [...] pertubuhan seperti kesatuan sekerja dan parti komunis juga mempunyai peraturan seumpama itu.

"Mereka siasat, kesan pergerakan (ahli). Terutama organisasi yang mempunyai pemimpin yang lemah, yang mereka mahu memastikan ahli sentiasa taat kepada mereka," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas siasatan Umno terhadap kepada tujuh pemimpin yang dikatakan akan dihadapkan untuk tindakan disiplin.

Bagaimanapun, Tengku Razaleigh yang lebih mesra dengan panggilan Ku Li tidak mahu berterus terang apabila ditanya sama ada beliau mendakwa pemimpin Umno hari ini adalah lemah.

"Saya tidak kata apa-apa, menurut (pepatah) Inggeris jangan letakkan perkataan dalam mulut saya," katanya sambil tersenyum.

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...