TERKINI :

Wednesday, October 14, 2015

"PAS tiada maruah ke? Tiada prinsip? Tak malu? " - Datuk Tajuddin Abdul Rahman

http://www.thestar.com.my/~/media/Images/TSOL/Photos-Gallery/Nation/2014/11/06/Datuk%20Tajuddin%20Abdul%20Rahman.ashx/?w=620&h=413&crop=1& 
KUALA LUMPUR: "PAS tiada maruah ke? Tiada prinsip? Tak malu? Hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong," itu kata ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Tajuddin Abdul Rahman ketika diminta mengulas berkenaan persetujuan PAS untuk mengadakan kerjasama politik dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Tegas Tajuddin, PAS sepatutunya sedar bahawa PKR kini menjalin hubungan kerjasama politik dengan Parti Amanah Negara (Amanah) dan DAP, yang mana DAP secara jelas 'menendang' PAS.

"Amanah yang kini dalam Pakatan Harapan, mereka memang tidak sebulu dengan PAS. DAP sudah tendang dia (PAS) keluar.

"Jadi boleh dikatakan ketiga-tiga komponen dalam Pakatan Harapan ini tidak menerima PAS," katanya ketika dihubungi Astro AWANI hari ini.

Justeru, beliau berpandangan PAS tidak perlu menjalinkan kerjasama politik dengan parti pembangkang yang lain.

Katanya, persamaan hala tuju dan matlamat perjuangan UMNO dan PAS dilihat sebagai sinergi untuk kedua-dua parti itu bekerjasama.

"Saya menyeru kepada pihak PAS, lebih baik kita bekerjasama, kita bersatu, matlamat perjuangan kita sama dan kita akan lebih berjaya lagi.

"Lebih berkesan lagi perjuangan kita kalau kita bersama daripad dia (PAS) masih lagi nak bergantung harap pada PKR ataupun puak pakatan yang secara terang-terang menolak mereka," katanya.

Bagaimanapun, Tajuddin yang juga Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani menegaskan, kesediaan UMNO untuk bekerjasama dengan PAS tidak bermakna UMNO berada dalam keadaan terdesak.

"Saya rasa UMNO bersedia untuk bekerjasama dengan PAS. Bukan kata UMNO ini terdesak.

"Kita tidak terdesak, tapi kalau PAS mahu bekerjasama alangkah cantiknya, kerana ia akan wujudkan kesatuan orang Melayu, kesatuan orang Islam yang boleh menjayakan agenda perjuangan kedua-dua belah pihak," ujar Tajuddin.

Katanya, Pakatan Harapan yang baru ditubuhkan dilihat semakin bercelaru tatkala PAS pula terpinga-pinga mencari rakan sinergi.

Sebelum ini, Naib Presiden PAS Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata PAS kini hanya menjalin kerjasama politik dengan PKR dan tiada keperluan untuk menjalin kerjasama politik dengan Amanah dan DAP.
Kerjasama politik dengan PKR itu termasuk dari segi agihan kerusi agar tidak bertembung pada pilihan raya nanti.

"Kita dengan PKR masih meneruskan kerjasama termasuk dalam pengagihan kerusi, (tetapi) DAP dan Amanah kalau masuk kawasan PAS, kita akan lawan walaupun tiga atau empat penjuru," kata Mohd Amar.

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...