TERKINI :

Thursday, October 29, 2015

Mana pie Projek Lapangan terbang KULIM..tak ada pun dalam bujet 2016???

Oleh Zulkifli Yahaya

1) Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim (KXP) tidak tersenarai dalam Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK-11) seperti yang diumumkan Perdana Menteri Datik Seri Najib Razak. Tidak juga muncul dalam ucapan Bajet 2016 di Parlimen baru-baru ini.

2) Mukhriz Mahathir membayangkan bahawa Kerajaan Negeri mampu untuk meneruskan projek pembinaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim (KXP) jika tanpa pembiayaan Kerajaan Persekutuan sekalipun.

3) Kata Mukhriz: "Sekiranya kerajaan Persekutuan ada sebarang masalah soal kewangan, jangan menolak cadangan kami. Hal ini kerana (kami) masih boleh menerokai pelbagai opsyen yang lain untuk membiayai projek itu. Kenyataan itu jelas membuktikan kita tidak bergantung harap walaupun kita mengalu-alukan bantuan kewangan, jangan menolak cadangan kami".

4) Kenyataan Mukhriz itu tidak berpijak di bumi nyata. Pembiayaan untuk membina sebuah lapangan terbang bertaraf antarabangsa adalah memakan belanja yang sangat besar - dianggarkan melebihi RM2 billion. Jumlah tersebut adalah bajet negeri Kedah kira-kira untuk dua tahun.

5) Jika sepanjang menanggung hutang pembinaan kampus induk Kolej Universiti Insaniah (KUIN) sebanyak RM330 juta (fasa pertama) pun, kerajaan negeri pimpinan Mukhriz susah puas 'meracau' menyalahkan kerajaan terdahulu, maka apakah mungkin mereka mampu memberi komitment dalam projek yang jauh lebih besar?

5) Projek mega KXP turut menimbulkan tandatanya berhubung statusnya. Pada bulan Jun 2014, Mukhriz mengumumkan bahawa Kerajaan Negeri telah mengemukakan cadangan KXP itu kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. Lokasi lapangan terbang tersebut dikenal pasti berdekatan dengan Taman Teknologi Tinggi Kulim (KHTP) membabitkan tanah seluas 600 hektar.

6) Apa yang mengejutkan ialah pendedahan seorang Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah, Dato' Suraya Yaakob baru-baru ini berhubung isu KXP. Beliau dengan terus terang menulis dalam media sosial bahawa KXP sebenarnya masih di peringkat kajian dan akan siap pada penghujung November. Apakah pendedahan ini menunjukkan bahawa Kerajaan Negeri mengemukakan cadangan kepada Pusat setahun lalu tanpa kajian?

7) Selepas setahun berlalu, bila ditanya di Sidang DUN kerajaan negeri jawab; baru di peringkat kajian kemungkinan (Feasibility Study). Maknanya pelaksanaannya masih di peringkat cadangan. Perlis beriya-iya nakkan airport sebab belum ada. Perak yang luas itupun mahu juga airport kat Utara negerinya. Kedah dah ada dua airport, satu darinya international. Munasabahkan Pusat nak lulus bajet untuk bina KXP? Hmmm nampak macam rakyat Kedah ‘diauta’ lagi…

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...