TERKINI :

Thursday, October 29, 2015

Kulim - Gagal larikan lembu guna kereta

 Gagal larikan lembu guna kereta

KULIM - Seorang pencuri yang cuba mencuri lembu seorang penternak di Kampung Bukit Sarang Ayam berjaya diberkas penduduk dalam kejadian kira-kira jam 1 petang kelmarin.

Penternak yang hanya ingin dikenali Pak Andak berkata, kejadian berkenaan berlaku ketika dia sedang memantau haiwan ternakannya meragut rumput di dalam ladang kelapa sawit.

"Kemudian datang empat lelaki, seorang daripada mereka terus menyumpit lembu saya dengan ubat pelali dan cuba memasukkannya ke dalam kereta Proton Waja.

"Mungkin mereka tidak perasan saya ada berhampiran kawasan berkenaan. Saya kemudiannya terus hubungi penduduk kampung,"katanya.

Pak Andak berkata, setelah menyedari kehadiran penduduk, tiga lelaki berkenaan melarikan diri, manakala pemandu kereta tidak sempat berbuat demikian.

"Berlaku sedikit pergelutan namun pencuri itu akhirnya berjaya ditangkap,"katanya.

Pak Andak berkata, sebelum ini lebih 15 lembu dicuri di kawasan ini yang melibatkan beberapa penternak lain.

"Sebab takut lembu kena curi lagi, saya ambil keputusan untuk jaga sendiri ternakan terutama pada waktu tengah hari.

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Abdullah Arshad berkata, hasil semakan kereta yang digunakan suspek adalah kenderaan curi yang dilaporkan dicuri di Sungai Senam.

"Suspek yang ditangkap juga dibawa ke Hospital Kulim untuk mendapatkan rawatan,” katanya.

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...