TERKINI :

Saturday, October 31, 2015

Kerajaan BN dayus dalam isu VAPE - memperlekeh keputusan fatwa yang dibuat mufti dan ulama.

vape-isma

PETALING JAYA: Keputusan kerajaan untuk tidak mengharamkan rokok dan vape dilihat sebagai memperlekeh keputusan fatwa yang dibuat mufti dan ulama.

Ketua Penerangan Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), Mohd Hazizi Abd Rahman berkata, kalaupun ia tidak diharamkan kepada semua orang, paling tidak ia dikuat kuasa terhadap orang Islam.

“Sekurangnya-kurangnya diharamkan ke atas umat Islam.

“Kerajaan sendiri yang mengajar rakyat tidak menghormati fatwa,” katanya dalam satu kenyataan di akaun Facebook.

Menulis lanjut di kenyataan yang sama, dia menyifatkan kerajaan yang membiarkan rakyat merosakkan diri sendiri dengan rokok dan vape merupakan ‘dayus’.

“Seperti bapa yang tidak bertanggungjawab,” katanya.

Menurut Hafizi lagi, lebih setengah abad negara menikmati kemerdekaan dan rakyat patut sudah bebas daripada unsur-unsur yang merosakkan.

“Sepatutnya fatwa sudah didaulatkan dan rakyat bahagia dengan cara hidup Islam.

“Inilah yang berlaku apabila neraca pertimbangan yang digunakan ialah kebendaan; hasil cukai dan kepentingan pelabur syarikat multinasional Yahudi,” katanya yang disiarkan ismaweb.net

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...