TERKINI :

Sunday, October 4, 2015

Gotong-royong bersihkan tapak geologi Langkawi

Gotong-royong bersihkan Tapak Geologi Langkawi
LANGKAWI - Taman Geologi Kilim Karst yang menjadi satu tarikan utama tapak geologi di sini telah menjadi lebih bersih berikutan program Pembersihan Bakau yang dijalankan Kelab Rotary Langkawi.

Disokong Lambaga Pembangunan Langkawi (Lada), Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan beberapa agensi kerajaan serta swasta, program kebersihan itu berjaya menarik kira-kira 1,000 peserta yang berjaya mengumpul 20 meter padu bahan buangan di dalam dan sekitar taman.

Program yang dilancarkan oleh Komander Wilayah Tiga TLDM Laksamana Pertama Rosli Yoob merupakan acara tahunan kelab sejak tahun lepas sebagai inisiatif memelihara alam sekitar di taman geologi itu.

Presiden kelab Dr Gerard Lawrence berkata program tahun ini adalah sebagai penanda kepada kejayaan yang dicapai Langkawi mengekalkan status Taman Geologi Global Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu UNESCO) dengan penarafan kad hijau baru-baru ini.

Selain kerja-kerja pembersihan aktiviti lain yang dijalankan termasuk pertandingan fotografi dan esei serta kempen kesedaran awam mengenai kaedah kitar semula dan pelupusan buangan yang betul. - Bernama

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...