TERKINI :

Saturday, October 3, 2015

Angkara tak hadir majlis kahwin

SEPASANG suami isteri dari Amerika Syarikat terkejut selepas menerima surat menuntut mereka membayar ganti rugi kerana gagal menghadiri sebuah majlis perkahwinan di United Kingdom.

Jessica Baker dan suaminya pada mulanya mahu menghadirkan diri ke perkahwinan keluarga itu, namun terpaksa membatalkannya di saat akhir kerana tiada siapa dapat menjaga anaknya.

Memadangkan perkahwinan tersebut tidak membenarkan mereka untuk membawa kanak-kanak, pasangan itu tidak mempunyai pilihan lain kecuali membatalkan hasrat mereka itu.

Memetik laporan Metro.uk, pasangan itu juga kesuntukan masa untuk memberitahu pasangan tersebut mengenai ketidakhadiran mereka.

Bagaimanapun, selepas dua hari, mereka terkejut menerima bil AS$75.90 (RM335) menuntut ganti rugi untuk kos makanan dan caj servis daripada pasangan pengantin tersebut.

Pasanganya itu khabarnya enggan menjelaskan bil berkenaan.

Sementara itu, editor sebuah majalah perkahwinan, Sarah Baumann Rogers berkata, pasangan tersebut bertindak demikian mungkin kerana kecewa dan tidak dapat menerima kenyataan selepas terpaksa membayar bil untuk mereka yang gagal menghadirkan diri.

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...