TERKINI :

Thursday, October 29, 2015

Adu diekori, polis jawab 'kami bukan superman'

Adu diekori, polis jawab 'kami bukan superman'
SEORANG pelayar bertindak berkongsi kekecewaannya apabila didakwa diberi jawapan yang mengecewakan oleh seorang anggota polis selepas mengadu diganggu sekumpulan mat motor.

Dalam perkongsian semalam, pelayar wanita berkenaan mendakwa diganggu tiga penunggang motosikal yang bertindak mengacah dan menyimbah cecair ke cermin kereta yang dipandu ketika melalui daerah Kahang, Johor.

Walaupun sudah menelefon polis, mangsa terpaksa meneruskan perjalanan sambil diganggu dan akhirnya berjaya singgah di Balai Polis Kahang.

Pelayar berkenaan juga berkongsi dialog perbualan yang didakwa berlaku antara mangsa dengan seorang pegawai polis yang dikatakan berpangkat Inspektor.

Mangsa: Jadi, pihak tuan tidak dapat pergi cari suspek itu sekarang, memandangkan kita ada no plat salah seorangnya, jadi kita boleh kesan alamatnya? Saya risau kalau mereka tidak ditahan sekarang, mereka mungkin mengekori saya lagi sekejap lagi. Keselamatan kami sekeluarga dalam ancaman.

Polis: Saya tahu apa yang saya kena buat puan.
Mangsa: Tapi adakah tuan akan ambil tindakan segera?

Polis: Saya tahu apa yang saya kena buat puan.

Mangsa: Tapi kalau tuan tidak dapat beri kepastian bahawa tuan akan mencari suspek, saya masih risau tentang keselamatan kami.

Polis: Keselamatan puan saya tak boleh jamin. Puan bawalah apa-apa senjata dalam kereta.

Mangsa:  ??????. Tuan, saya telefon 999 dan datang buat aduan kerena saya takut dan mengharapkan ada bantuan atau penyelesaian dari pihak tuan. Kalau inilah caranya, saya rasa tak ada guna saya datang minta bantuan polis.

Polis: Oh, kalau puan nak bantuan, puan boleh telefon bomba atau ambulan.

Mangsa: (speechless). Tuan, kalau lah pihak tuan respons segera masa saya telefon 999 tadi, rasanya tak sempat mereka rosakkan kereta saya. Mereka pun mungkin dah boleh diberkas sekarang.

Polis: Eh puan. Kami bukan superman. Bila dipanggil terus ada.

Mangsa: Baiklah.

Selain daripada perkongsian perbualan tersebut, mangsa juga memuatnaik sebuah rakaman video yang menunjukkan tiga buah motor yang dinaiki oleh empat individu yang didakwa mengganggu mangsa.

Perkongsian tersebut menarik perhatian dan dikongsi oleh lebih 10,000 pelayar lain.

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...