TERKINI :

Friday, September 11, 2015

Mat Taib, Kamaruddin Jaffar tinggal PAS, masuk PKR

PKR hari ini mengumumkan penyertaan ahli Parlimen Tumpat Datuk Kamaruddin Jaffar dan mantan menteri besar Selangor Tan Sri Muhammad Muhd Taib ke dalam PKR.

"Sebagai parti yang mendapat jumlah undi kedua terbesar dalam pilihan raya umum lalu, PKR meraikan serta membuka pintu seluas-luasnya kepada sesiapa sahaha yang komited dengan agenda reformasi demi menyelamatkan Malaysia.

"Kita mengalu-alukan dan berbesar hari dengan penyertaan Datuk Kamaruddn Jaffar dan Tan Sri Muhammad Muhd Taib ke dalam keluarga besar PKR," kata Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Ismail.

Muhammad atau lebih dikenali sebagai Mat Taib sebelum ini membuat keputusan mengejut dengan menyertai PAS.

Baru-baru ini, ketika pergolakan dalaman parti Islam itu, beliau dilihat rapat dengan kumpulan serpihan PAS Gerakan Harapan Baru (GHB), yang kemudiannya membentuk Parti Amanah Nasional (AMANAH).

Sementara Kamaruddin juga dikaitkan dengan AMANAH, sehingga menimbulkan kesangsian Pemuda PAS Kelantan yang semalam mendesak beliau menyatakan pendirian sebenar.

Penyertaan kedua-dua tokoh itu sukar difahami dalam perkembangan politik pembangkang ketika mereka cuba membentuk gabungan baru melibatkan PKR, DAP, PAS dan AMANAH.

Pemimpin AMANAH Khalid Samad turut hadir dalam sidang media itu.

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...