TERKINI :

Friday, September 11, 2015

Dr Tanaka Mustafa - kenapa mereka kecewa dengan PAS..????

Oleh: Dr Tanaka Mustafa


1) Berdasarkan pemerhatian, mereka yang join Parti Amanah adalah golongan yang kecewa dengan sikap PAS sejak kebelakangan ini.

2) Saya tidak fokus kepada G18 yang tewas pemilihan. Saya membuat pemerhatian dari satu kawasan ke satu kawasan yang dilanda gelombang GHB.

3) Rata-rata akar umbi yang join Parti Amanah adalah mereka yang kecewa dengan PAS berdasarkan pengalaman kerja mereka bersama Pakatan Rakyat.

4) Kawasan mereka rata-rata tidak mempunyai konflik dengan PKR dan DAP, malah kerjasama mereka erat. Mereka rasakan peluang dakwah terhadap bukan Islam terbuka luas disamping harapan untuk memenangi pilihanraya wujud jelas.

5) Mereka memperkenalkan PAS yang membawa Islam yang syumul kepada rakan-rakan DAP dan PKR. Mereka meyakinkan PAS for All kepada pengundi-pengundi bukan Islam.

6) Apabila MSU bertindak memutuskan hubungan dengan DAP, mereka menjadi serba salah dengan rakan-rakan DAP dan PKR yang sudah terjalin persahabatan selama ini. Mereka rasa di mana mahu letak muka atas dakwah mereka sebelum ini.

7) Dengan itu mereka bertindak keluar PAS dan bersama Parti Amanah yang dianggap boleh meneruskan kerjasama mereka.

8 ) Antara faktor lain, mereka kecewa dengan sikap golongan ulamak PAS yang mereka anggap kasar, kurang bekerja untuk dakwah kepada bukan Islam, retorik dalam ceramah dan sebagainya.

9) Faktor lain lagi, mereka menganggap pimpinan PAS terpengaruh dengan dakyah Umno untuk membenci DAP. Dan mereka menganggap pemimpin atau ulamak yang bersetuju dengan pembatalan tahaluf siyasi adalah jumud dan tidak melihat pada sudut yang lebih luas. Hanya melihat pertelingkahan yang terpencil.

10) Mereka sekarang beriktikad bahawa Nakhoda PAS sudah ubah haluan, maka mereka mesti mencari kapal lain untuk ke destinasi. Sebab itu segala bai'ah dianggap batal kerana PAS sekarang bukan PAS semasa mereka berbai'ah.

Sekian

p/s: Falsafah mereka sekarang, bulan bukan hanya bercahaya, malah sisi gelap bulan juga ada.

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...