TERKINI :

Wednesday, September 30, 2015

Apa kesudahan siasatan 1MDB & RM2.6 Bilion?

1. Saya percaya ramai yang tidak tahu sejauh mana siasatan terhadap skandal 1MDB dan RM2.6 bilion ini sedang berjalan.

2. Saya percaya ramai yang tidak tahu apa yang Tan Sri Mohamed Apandi Ali sedang lakukan sekarang dengan kedua-dua skandal ini setelah beliau dilantik menjadi Peguam Negara.

3. Saya juga percaya ramai yang tidak tahu sejauh mana siasatan pihak polis yang diketuai oleh Ketua Polis Negara terhadap kedua-dua skandal ini.

4. Saya dan rakyat Malaysia juga sudah lama tidak mendengar hasil siasatan yang dijalankan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap RM2.6 bilion dan SRC International.

5. Yang saya dan ramai rakyat Malaysia tahu, mereka yang serius mengkritik skandal ini pula yang diambil tindakan oleh pihak berkuasa dan yang terbaru adalah Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan yang ditahan di bawah SOSMA atas dakwaan cuba mensabotaj negara.

6. Beginikah tahap kecekapan badan-badan besar yang dipertanggungjawabkan untuk menyiasat skandal 1MDB dan RM2.6 bilion?

7. Apa yang menyebabkan badan-badan ini mengambil masa yang terlalu lama untuk menyiasat skandal ini?

8. Mengapa terlalu sukar untuk badan-badan ini untuk menemui bukti-bukti penyelewangan dan salah laku yang berlaku di dalam kedua-dua skandal ini?

9. Selama ini ramai yang memuji dan menyatakan bahawa PDRM dan SPRM adalah badan penyiasat yang cekap dan tangkas dalam menangani kes-kes rasuah dan jenayah. Tetapi apabila melibatkan skandal 1MDB dan RM2.6 bilion, ramai menjadi was-was dan ragu-ragu serta bernyata mengapa kedua-dua badan ini kelihatan tidak bermaya dan lembap?

10. Mengapa siasatan terhadap kedua-dua skandal ini dilihat seperti cuba dilengah-lengahkan?

11. Mengapa penyelewengan yang berlaku di dalam skandal ini perlu disembunyikan sedangkan umum mengetahui wujudnya penyelewengan dalam skandal tersebut.

12. Apa yang telah badan-badan ini lakukan terhadap Dato' Sri Najib dan suspek yang terlibat di dalam skandal tersebut?

13. Apa sudah jadi dengan badan-badan ini? Adakah mereka hendak menyelamatkan Dato' Sri Najib dan mereka yang terlibat atau hendak menyelamatkan Malaysia?

14. Akhirnya, adakah siasatan ini hanya sekadar satu lakonan dan sandiwara atau bagaimana?

15. Apa kesudahannya, rakyat mahukan jawapannya !

Amanah . Progresif . Peduli

‪#‎HarapanBaru‬

MOHD FITRI ASMUNI
Timbalan Ketua
Pemuda AMANAH (AMAN) Negeri Perak

Dr M: Undang-undang luar tak akan sentuh PM

Tun Dr Mahathir Mohamad berpendapat, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tidak mungkin akan dikenakan sebarang tindakan ketika berada di luar negara.

Menurut bekas perdana menteri itu, ini kerana operasi pencegahan pengubahan wang hanya bertindak terhadap "orang kecil" sahaja.

"Jika saya melakukan pengubahan wang haram, saya mungkin ditangkap. Tetapi jika anda memegang kedudukan yang tinggi, anda dikecualikan.

"Saya tak fikir masyarakat antarabangsa akan melakukan sesuatu... Jika kita mendapati terdapat wang yang boleh dipersoalkan, kita bekukan akaun tetapi mereka tidak melakukan apa-apa," katanya kepada wartawan hari ini.

Dr Mahathir berkata demikian ketika ditanya mengenai siasatan di luar negara mengenai skandal kewangan 1MDB serta individu yang dilaporkan rapat dengan Najib.

Najib kini berada di New York, Amerika Syarikat bagi menghadiri perhimpunan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).

Harga petrol RON95, RON97 dan diesel naik 10 sen

Harga minyak petrol RON95, RON97 dan diesel masing-masing naik 10 sen berkuatkuasa selepas tengah malam ini.

Menurut sumber-sumber, harga baru RON95 ialah RM2.05 seliter manakala RON97 naik kepada RM2.45 seliter.

Harga RON95 dan RON75 sekarang ialah masing RM1.95 seliter dan RM 2.35 seliter

Harga diesel pula naik dari RM1.80 kepada RM1.90 seliter, lapor Oriental Daily.

Tidak mustahil Mahathir juga akan dikenakan SOSMA...ini ulasan beliau..!!

Dr M: Saya dah tua untuk ditahan Sosma


Tun Dr Mahathir Mohamad tidak menolak kemungkinan beliau boleh ditahan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma) kerana lantang mengkritik Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Mahathir, 90, bagaimanapun berkata beliau sudah terlalu tua untuk dipenjarakan.

“Saya beliau sedia, saya terlalu tua, tidak berapa sihat dan boleh boleh berfikir dengan baik. Nyanyuk, kamu tahu?” katanya dalam sebuah forum pendidikan.

“Tetapi tiada alasan untuk orang nyanyuk ucap perkara salah,” kata Mahathir yang terkenal dengan kenyataan sinisnya.

Beliau ditanya sama ada menjangkakan akan turut ditahan seperti Datuk Khairuddin Abu Hassan, bekas ketua Umno Batu Kawan, selama 28 hari atas alasan cuba mensabotaj negara.

“Ini undang-undang, saya haru patuh. Jika saya bersalah saya harus hadapi penjara seumur hidup,” kata perdana menteri paling lama dalam sejarah Malaysia itu.

Amanah : Tuntut kebenaran pun langgar SOSMA?

 
Penahanan Naib Ketua Bahagian Umno Batu Kawan, Datuk Khairuddin Abu Hasan di bawah SOSMA dan sebelumnya bawah Kanun Keseksaan kerana memudaratkan proses demokrasi parlimen adalah sesuatu yang tidak perlu.

Ini memandangkan bahawa Khairuddin hanya ingin mendapat kebenaran dari kes 1MDB yang telah menjejaskan kepercayaan rakyat kepada kepimpinan Najib Razak sebagai perdana menteri Malaysia.

Penahanan ini membawa implikasi bahawa undang-undang negara digunakan untuk menyelamatkan pemimpin yang korup dan bukan untuk menjaga kepentingan negara dan awam.

Kami berpendirian bahawa SOSMA adalah undang-undang yang memberi kuasa kepada panel penyiasat dan menafikan hak kepada mahkamah dalam menentukan merit pendakwaan dan pengadilan di mahkamah terbuka.

Dewan di-Raja Selangor merasa amat dukacita ke atas Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik

'Kenyataan Rahim fitnah, menghasut'


ULASAN Dewan di-Raja Selangor merasa amat dukacita di atas kenyataan tidak bertanggungjawab yang dikeluarkan oleh Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik di dalam akaun Facebook beliau yang diterima pada 25 September 2015, memberi komen tentang pertukaran agama oleh Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah.

Dewan di-Raja Selangor dengan ini menafikan sekeras-kerasnya segala tohmahan dan fitnah berkaitan kenyataan ini yang merupakan satu pembohongan dan fitnah semata-mata.

Berikut dipetik kenyataan beliau:

“Berita pertukaran agama oleh putera Sultan Selangor, Tengku Amer Shah, ke Katholikisme amat menyedihkan umat Islam di seluruh Negara dan dunia.

"Kesedihan ini ditambah dengan dua tragedi yang menimpa umat Islam di Mekah dan Arafah. Moga hasrat Sultan Selangor bertemu Pope di Vatican City akan berhasil.”

Setelah membaca kandungan kenyataan yang dikeluarkan oleh Tan Sri Rahim Thamby Chik tersebut, Dewan di-Raja Selangor berpendapat dan merumuskan bahawa kenyataan tersebut berbaur hasutan dan mempunyai unsur-unsur fitnah yang boleh membangkitkan perasaan benci umat Islam kepada Raja Muda dan Sultan Selangor.

Apabila Ketua Dewan Ulama PAS sedia pertimbang keluar dari Kerajaan Selangor, Naib Presiden pula tak wala'..!!

Iskandar: Itu pandangan peribadi ketua Dewan Ulama



Kenyataan Ketua Dewan Ulama PAS, Datuk Dr Mahfodz Mohamed bahawa parti itu mempertimbang keluar daripada kerajaan Selangor dikatakan hanya pandangan peribadi.

Sebaliknya, Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Iskandar Abdul Samad menegaskan mereka akan terus kekal dalam kerajaan pimpinan menteri besar PKR itu, walaupun selepas Pakatan Harapan dibentuk.

“Itu pandangan peribadi, bukan pandangan PAS Selangor. Malah PAS Pusat bersetuju kita terus bersama di dalam kerajaan negeri Selangor.

“Kami di Selangor telah diarah untuk terus bersama dalam kerajaan,” kata Iskandar yang juga naib presiden PAS kepada Malaysiakini.

ADUN Cempaka itu mengingatkan bahawa Menteri Besar Mohamed Azmin Ali sendiri menegaskan Pakatan Harapan tiada kena mengena dengan kerajaan negeri Selangor.

Kes Lelaki Tampar Imam Masjid Negara - 'Saya mahu jumpa imam minta maaf'

http://www.ismaweb.net/wp-content/uploads/2015/09/tampar_arab_600.jpg

"I feel guilty, I want to see imam, I want to ask sorry (forgiveness). Can you call imam to come here? I feel very guilty".

("Saya berasa bersalah. Saya mahu berjumpa dengan imam, saya mahu minta maaf. Boleh tak anda panggil imam datang sini. Saya berasa sangat bersalah").

Demikian kata-kata Shabir Ahmad Khan, 31, lelaki warganegara India yang menampar imam Masjid Negara semasa solat Jumaat di masjid itu dua minggu lalu.

Shabir yang berada di kandang tertuduh di Mahkamah Majistret juga bertindak menepuk pipinya sendiri beberapa kali ketika pertuduhan dibacakan terhadapnya dalam bahasa Inggeris oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret Siti Radziah Kamarudin.

Dia didakwa di atas tiga pertuduhan iaitu mencederakan imam, menganggu solat Jumaat dan tinggal di Malaysia selepas tamat tempoh Pas Lawatan Sosial.

Shabir, yang bekerja sebagai pemandu peribadi, pada mulanya mengaku bersalah terhadap kesemua pertuduhan yang dibacakan namun pengakuannya tidak diterima oleh majistret setelah dia kelihatan keliru.

Demokrasi benarkan undi tidak percaya terhadap PM, kata Dr Mahathir kepada speaker


Undi tidak percaya kepada perdana menteri adalah sesuatu yang demokratik, kata bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad. – Gambar fail The Malaysian Insider, 30 September, 2015.
Undi tidak percaya terhadap perdana menteri sesuatu yang "sememangnya demokratik", kata Tun Dr Mahathir Mohamad, mengulas kenyataan Speaker Dewan Rakyat baru-baru ini berhubung Aturan Mesyuarat Parlimen tidak membenarkan langkah sedemikian diambil.

Menulis di blognya malam tadi, bekas perdana menteri itu berkata, walaupun Parlimen mungkin tidak mempunyai sebarang peruntukan untuk undi tidak percaya terhadap perdana menteri, Perlembagaan Persekutuan jelas menyatakan seorang perdana menteri perlu meletakkan jawatan jika tidak lagi mendapat sokongan majoriti ahli Parlimen.

"Jadi, adakah speaker cuba untuk mengetepikan Perlembagaan?" soal Dr Mahathir, merujuk kepada laporan berita awal bulan ini Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia berkata beliau tidak akan membenarkan usul undi tidak percaya yang akan dibentangkan terhadap perdana menteri.

Dewan Rakyat bakal bersidang semula bulan depan dan ahli Parlimen pembangkang selama ini giat mendesak penggubal undang-undang di pihak kerajaan Barisan Nasional untuk menyokong mereka dalam undi tidak percaya terhadap Datuk Seri Najib Razak yang ketika ini diselubungi banyak masalah, termasuk skandal kewangan yang didakwa membabitkan dirinya.

Pakatan Harapan: Empat persoalan, empat penyelesaian

http://www.freemalaysiatoday.com/wp-content/uploads/2015/09/Pakatan-Harapan.jpg

Saya kongsikan ucapan saya di sidang meja bulat pembangkang tempoh hari berkaitan penubuhan Pakatan Harapan supaya dapat memperdalam debat terbuka dengan lebih banyak perspektif.

Saya memberitahu sidang bahawa saya akan menyentuh empat isu klise yang kerap menjadi persoalan. Pertamanya, adakah pakatan baru itu ditubuh tergesa-gesa?

Sebenarnya, Pakatan Rakyat berakhir pada Jun 2015 walaupun sebenarnya ia gagal berfungsi untuk tempoh agak lama; setidak-tidaknya sejak krisis Menteri Besar Selangor, atau mungkin lebih awal lagi.

Jadi, sebuah pakatan perlu segera ditubuh kerana pembangkang harus bersedia dengan kemungkinan Umno menyingkirkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan menggantikannya dengan Datuk Seri Zahid Hamidi ataupun Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Kerana ada lompong besar dalam kepimpinan politik Malaysia. Lebih cepat diisi, lebih baik impaknya kepada rakyat yang mahu melihat pembangkang sebagai pengimbang kepada kerajaan Umno.

Kenakan GST pada topeng muka jerebu bagai tabur garam atas luka rakyat

http://www.roketkini.com/wp-content/uploads/2015/09/ng-sze-han-650x400.jpg

KUALA LUMPUR 29 SEPT: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kinrara, Ng Sze Han menyarankan Kerajaan Persekutuan supaya memansuh cukai barang dan perkhidmatan (GST) terhadap topeng muka jerebu.

Pada kenyataan media, hari ini, beliau berkata, topeng muka adalah keperluan kritikal berikutan negara dilanda jerebu yang bertambah buruk hingga ke tahap yang mengancam kesihatan.

Jadi, katanya, kerajaan harus bersungguh-sungguh membantu rakyat, bukan setakat menyeru orang ramai memakai topeng muka sedangkan rakyat perlu membayar keperluan itu beserta caj GST.

“Topeng muka jenis N95 contohnya, sehelai RM6 dan meningkat jadi RM6.35 selepas dikenakan GST. Ini membebankan kerana rakyat. Bayangkan kos tambahan setiap isi rumah untuk topeng muka setiap hari jika jerebu berterusan,” katanya.

Ekonomi negara: Zeti juga sudah bimbang

SUARA SORE
http://www.freemalaysiatoday.com/wp-content/uploads/2015/09/zeti1mdb.jpg

Kalau sebelum ini Gebenur Bank Negara Zeti Aziz selalu tampil dengan penuh keyakinan mengumumkan pertumbuhan Keluran Dalan Negeri Kasar (KDNK) dengan setiap tiga bulan sekali, atau pun diulang bila-bila masa diperlukan dengan penuh bangga, tetapi kini tidak lagi.

KDNK negara masih lagi berlegar di sekitar 4.5% hingga 5.5%.

Zeti yang sangat berhati-hati membuat kenyataan berhubung perkembangan ekonomi negara kerana suaranya sangat penting bimbang mempengaruh sentimen pelaburan, tampaknya tidak dapat terus mempertahankan "keselamatan" negara dalam aspek data ekonomi dan kewangan yang kian meruncing ketika ini.

Beliau akhirnya terpaksa juga bercakap dengan nada yang tidak menyenangkan pihak kerajaan apabila tidak dapat membohongi keadaan yang berlaku kini. Kita memahami apa dilakukan Zeti itu suatu keadaan yang sangat memaksa dirinya.

Beberapa hari lepas Zeti telah mengeluarkan kenyataan pedas dan menghiris jiwa kerajaan apabila beliau menduga kedudukan ringgit Malaysia kini yang merudum berbanding dengan mata wang asing tetap tidak akan stabil dan berada diparas rendah selagi isu 1MDB tidak diselesaikan.

Zeti secara terang-terang telah menyalakan skandal 1MDB menyebabkan pelabur kurang berminat untuk terus melabur di negara ini.

Yang dipenjara KHIR TOYO, Pengajarannya adalah untuk kita..

Shahbudin Husin,

Bekas Menteri Besar Selangor, Dr Khir Toyo akhirnya terpaksa merengkok di Penjara Kajang selama 12 bulan berikutan keputusan Mahkamah Persekutuan menolak sebulat suara rayuannya untuk menukar hukuman itu kepada bentuk khidmat sosial dengan memberikan rawatan gigi secara percuma selama dua tahun.

Melalui keputusan mahkamah paling tinggi itu, hanya pengampunan Sultan Selangor saja lagi selepas ini yang dapat meringankan hukuman yang diterimanya itu.

Dengan tidur di penjara yang tidak pernah terduga olehnya, mungkin malam ini dan beberapa malam seterusnya Dr Khir agak sukar melelapkan mata atau hanya mampu berjaga sepanjang malam sambil mengenang nasib dirinya.

Sebagai manusia, memang kita bersimpati dengan nasib yang menimpa dirinya. Tidak bersimpati pula bermakna kita sebagai manusia sudah hilang nilai-nilai kemanusiaan itu. 

Siapalah menduga daripada kedudukan yang tinggi sebagai ketua sebuah kerajaan negeri paling kaya, tiba-tiba menjadi penghuni penjara.

Namun, kita tidak boleh pula terlalu bersimpati dan kasihan sehingga menganggap perbuatan rasuah itu sebagai jenayah yang boleh dimaafkan. Dalam kehidupan dan beragama sekali pun, amalan rasuah memang amat ditegah kerana kesannya yang amat buruk kepada kehidupan serta tamadun manusia.

Anwar simbol solidariti politik Malaysia

Mohd Sayuti Omar,

RENUNGAN

Anwar menjadi lambang solidariti pembangkang.
Nafas maufakat diambil oleh Pakatan Harapan (PH) untuk menobatkan Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri (kalau pakatan pembangkang itu menang) tidak disenangi oleh sesetengah pihak.

Ada yang mempertikaikan tindakan itu dari segi relevannya dari beberapa perkara. Mereka menyoal apakah PH sudah tidak ada tokoh lain untuk diangkat menjadi PM selain Anwar?

Ada juga komen-komen bersifat individual meluahkan rasa muak dengan pembangkang yang tidak habis-habis untuk mengangkat Anwar sebagai pemimpin.

Tindakan itu bagi mereka seolah-olah hanya Anwar sahaja layak menjabat jawatan itu. Jelas mereka yang berperasaan begitu mereka yang tidak mengenali atau mengetahui keistimewaan yang ada kepada sosok ini kenapa beliau digilai untuk dijadikan PM walaupun beliau dihalang dengan berbagai cara dan tipudaya.

Ada juga yang secara berterus terang mengatakan Anwar sudah terlepas "puyan" (musim), tamat tempoh. Masa Anwar untuk jadi PM dalam usia selepas 70 tahun sudah terlalu lambat. Kalau PH menang pilihan raya nanti usia Anwar ketika itu sudah melebihi 70 tahun dan ia dilihat sudah tua dan letih dan tidak sesuai lagi.

Sg. Petani - Taman Jubli Perak kotor, penuh sampah sarap

Kotor, penuh sampah sarap

SUNGAI PETANI – Pusat riadah terkenal Taman Jubli Perak, di sini, tercemar dengan sampah sarap ditinggalkan pengunjung yang meraikan satu acara pada malam kelmarin.

Tinjauan Sinar Harian ke lokasi berkenaan jam 11 pagi semalam mendapati, longgokan botol plastik, bekas polistirena, sisa makanan, lilin dan kotak sampah bertaburan di sana sini sehingga mengundang persepsi tidak sihat dalam kalangan pengunjung lain.

Rosalwati Che Nat, 32, berkata, tindakan kurang sopan sesetengah pihak menunjukkan pengunjung di bandar ini masih belum mempunyai sikap keprihatinan terhadap penjagaan alam sekitar.

“Saya lihat banyak sampah-sarap termasuk sisa lilin di merata tempat termasuk di kerusi rehat dan ruang permainan kanak-kanak.

“Ia sekali gus mempamerkan budaya tidak sihat dalam kalangan pengunjung apabila mereka dengan sengaja meninggalkan sampah-sarap di lokasi awam seperti taman ini,” katanya.

R Nagendran, 28, berkata, pihak berkenaan sepatutnya memikirkan langkah terbaik sebelum menganjurkan sebarang aktiviti terutama menitikberatkan aspek kebersihan dan keprihatinan terhadap penjagaan alam sekitar.

Rumah Adun PKR Lunas dipecah masuk tiga lelaki bertopeng

Azman Nasrudin
SUNGAI PETANI - Rumah Adun Lunas, Azman Nasrudin, di Taman Kristal, di sini, dipecah masuk sekumpulan tiga lelaki bertopeng dan bersenjatakan pisau, awal pagi Isnin.

Azman daripada PKR berkata, kejadian berlaku kira-kira 4 pagi ketika beliau, isterinya Siti Hajar Abdullah, 42, serta empat anaknya, sedang tidur sebelum dikejutkan penyamun terbabit dan diikat serta dikumpulkan di sebuah daripada bilik rumahnya.

"Saya terjaga dari tidur selepas dikejutkan salah seorang penyamun, sambil sebilah pisau diacukan ke arah saya. Demi keselamatan saya sekeluarga, kami tidak melawan," katanya ketika ditemui pemberita di rumahnya di sini hari ini.

Penyamun terbabit, katanya, melarikan komputer riba milik anaknya, tablet, telefon bimbit, sedikit barang kemas dan wang tunai kira-kira RM300.

"Sebaik sahaja keadaan selamat dan kelibat penyamun itu tidak kelihatan, saya terus ke Ibu Pejabat Polis (IPD) Kuala Muda kira-kira 5.30 pagi, untuk membuat laporan polis," katanya.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Superintendan Mohd Sabri Muhamad ketika dihubungi berkata polis sedang menyiasat kejadian itu dan setakat ini tiada tangkapan dilakukan. - Bernama

Tuesday, September 29, 2015

Khir Toyo dakwa dianiaya pemimpin UMNO

Khairil Ashraf | September 29, 2015

Beliau membuat penjelasan mengenai pelbagai isu kontroversi sepanjang menjadi Menteri Besar Selangor menerusi aktikel 'Catatan di belakang tirai besi' yang disiarkan di blognya.

Khir-Toyo_rumah_600

PETALING JAYA: Selepas dikekalkan hukuman penjara setahun oleh Mahkamah Persekutuan, bekas Menteri Besar Selangor, Dr Mohamad Khir Toyo tampil memberikan penjelasan terperinci mengenai kontroversi melibatkan dirinya.

Beliau mendakwa, seorang pemimpin UMNO menganiayai dirinya dengan mengupah jurugambar untuk mengambil gambar rumahnya menggunakan helikopter bagi menunjukkan kepada masyarakat kononnya rumah itu sebesar istana.

“Hakikatnya, rumah saya bukanlah antara terbesar di kawasan terbabit. Tidak mengapa, saya telah maafkannya,” tulisnya panjang lebar di blognya www.drkhir.com.

Menteri Besar Selangor selama lapan tahun itu menjelaskan, sepanjang perbicaraan pihak pendakwaraya tidak pernah mengemukakan sebarang fakta yang menunjukkan berlaku unsur rasuah.

Katanya, secara asasnya unsur rasuah seharusnya dalam keadaan beliau mendapat habuan kerana meluluskan sesuatu kepada Pengarah Syarikat Ditamas Sdn Bhd, Datuk Shamsuddin Hayroni

Adakah NAJIB akan tandatangan TPPA untuk mengelakan beliau disiasat oleh AMERIKA..???

AMERIKA TAKKAN SIASAT DAN TAHAN NAJIB, TAPI AKAN PASTI NAJIB TANDATANGAN TPPA.

http://media.themalaysianinsider.com/assets/uploads/articles/MAHATHIR_MOHAMAD_TPPA_MTEM_BOOK_LAUNCH_110714_TMINAJJUA_06.jpg

1. Sejak keluarnya berita di New York Time yang mengatakan Najib akan disiasat dan ditahan oleh pihak berkuasa Amerika atas laporan isu-isu yang berkaitan 1MDB, saya dengan penuh yakin tidak mempercayai tindakan bodoh ini akan dilakukan oleh Kerajaan Amerika.

2. Sebagai sebuah negara kuasa besar yang mempunyai kepentingan tertentu ke atas negara-negara seperti Malaysia sudah tentu akan mencari jalan bagi menundukan kerajaan- kerajaan seperti Malaysia menjadi lembu dicucuk hidung, mengikut telunjuk atau sebagai pecacai Amerika.

3. Kalau pun ada kes yang boleh disiasat Amerika ke atas Najib dalam isu-isu yang berkaitan 1MDB dan pemindahan RM2.67 bilion ke akaun peribadi Najib dengan menggunakan matawang Dollar Amerika AS700 juta namun ada perkara yang lebih besar yang akan Amerika memperolehi manfaatnya dengan memastikan Malaysia dan Najib menandatangani TPPA. Daripada mengambil tindakan ke atas Najib seorang adalah lebih baik menggunakan kesalahan jenayah yang dilakukan Najib untuk menjajah Malaysia. Inilah kebijaksanan Amerika.

4. Najib berjaya melepaskan diri daripada disiasat oleh Amerika tetapi Malaysia dan rakyat terperangkap dalam pejajahan TPPA Amerika. Najib berjaya menyelamatkan dirinya seorang tetapi memenjarakan 30 juta rakyat dan negara Malaysia dalam penjara TPPA Amerika.

UNDURKAN NAJIB,RAKYAT SELAMAT, MALAYSIA BERKAT.

DATO' HJ MAHFUZ HJ OMAR
Ahli Parlimen Pokok Sena
29 Sept 2015/15 Zulhijjah 1436H

Bukan semua pengundi Cina sokong DAP, kata PAS

Naib Presiden PAS Datuk Mohd Amar Nik Abdullah mendakwa bukan semua masyarakat Cina marah kepada PAS selepas parti itu tidak lagi menjalin sebarang kerjasama dengan DAP. – Gambar fail The Malaysian Insider, 29 September, 2015.
Bukan semua pengundi daripada masyarakat Cina menyokong DAP, dakwa Naib Presiden PAS Datuk Mohd Amar Nik Abdullah.

Timbalan menteri besar Kelantan itu berkata ini berdasarkan kaji selidik dijalankan PAS selepas parti itu mengesahkan memutuskan hubungan dengan DAP pada muktamar tahunannya Jun lepas.

"Jangan ada tanggapan semua orang Cina sokong DAP ... DAP juga tidak boleh menganggap dia mendapat sokongan (100%) daripada masyarakat Cina (ketika ini)," katanya kepada pemberita ketika ditemui di pejabatnya di Kota Darul Naim, Kota Baru, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai sokongan masyarakat Cina terhadap parti itu selepas PAS tidak menyertai Pakatan Harapan yang ditubuhkan pada minggu lepas dan dianggotai PKR, DAP dan parti yang dalam proses didaftarkan Parti Amanah Negara (Amanah).

Amar mendakwa bukan semua masyarakat Cina marah kepada PAS selepas parti itu tidak lagi menjalin sebarang kerjasama dengan DAP.

"Dalam konteks masyarakat Cina di Kelantan, masih elok hubungan (masyarakat itu) dan (mereka) masih menyokong PAS. (Ia berdasarkan) kaji selidik yang kita buat.

Aksi JDT II, Kedah pusingan kedua pada Selasa ini

PERLAWANAN Kumpulan A Piala Malaysia 2015 membabitkan perlawanan pasukan Johor Darul Taz'im (JDT) II menentang Kedah di Stadium Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG) semalam terpaksa dipinda berikutan jerebu.

Bagaimanapun, dalam satu kenyataan dikeluarkan Jawatankuasa Pertandingan Tempatan (JKPT), Persatuan Bola Sepak Malaysia memutuskan aksi berkenaan akan dilangsungkan di Stadium Darul Aman pada 29 September ini.

"Setelah mengambil kira faktor yang tersebut di atas dan persetujuan kedua-dua pasukan yang terlibat, JKPT menetapkan perlawanan pusingan pertama antara Kedah dan JDT II akan terlebih dahulu berlangsung di Alor Setar pada Selasa ini berbanding jadual asal pada 27 Oktober.

"Ini bermakna, JDT II hanya akan menjadi tuan rumah di pusingan kedua pada 27 Oktober di Pasir Gudang," kata kenyataan itu.

AMK, Wanita desak Salleh Man letak jawatan

BUTTERWORTH - Angkatan Muda Keadilan (AMK) dan Wanita PKR Pulau Pinang hari ini mendesak Timbalan Pesuruhjaya Pas negeri, Datuk Mohd Salleh Man mengosongkan jawatan Yang Dipertua (YDP) Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP) yang disandangnya.

Ketua AMK Pulau Pinang, Asrol Sani Abdul Razak berkata desakan itu wajar kerana Pas tidak lagi bersama dalam pentadbiran kerajaan negeri seperti diumumkan Ketua Menteri Lim Guan Eng.

Beliau berkata, pengumuman ketua menteri itu jelas menunjukkan kerajaan negeri tidak mengiktiraf Pas dalam pentadbiran negeri dan Salleh yang merupakan wakil rakyat Pas harus mengosongkan jawatan YDP MAIPP.

"Kami mohon supaya kerajaan negeri mencadangkan wakil PKR untuk jawatan YDP MAIPP itu bagi mengantikan wakil Pas apabila penggalnya tamat akhir tahun ini," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata, pelantikan setiap YDP MAIPP adalah untuk tempoh dua tahun dan tempoh untuk Salleh dijangka tamat akhir tahun ini.

Sementara itu, Ketua Wanita Keadilan negeri, Nur Zarina Zakaria berkata, jawatan YDP MAIPP wajar diberikan kepada PKR kerana parti itu adalah kedua terbesar di Pulau Pinang dengan 10 Adun.

Pelantikan YDP MAIPP untuk tempoh dua tahun setiap penggal ditentukan oleh Yang di-Pertuan Agong selepas cadangan calon dikemukakan kerajaan negeri. - Bernama

DAP masih ‘rakan sepasukan’ Pas di Selangor

SHAH ALAM – Pas Selangor masih menganggap DAP sebagai rakan politik dalam kerajaan negeri Selangor dan tiada keperluan parti Islam itu untuk berundur dari pentadbiran negeri itu berdasarkan kemenangan PR pada PRU13 lalu.

Setiausahanya, Mohd Khairuddin Othman berkata, walaupun parti Islam itu sudah memutuskan hubungan dengan DAP pada muktamar lalu, namun kerjasama sebagai sebuah pasukan dalam kerajaan negeri masih berjalan seperti biasa.

“Tidak timbul soal tahaluf siyasi, sebab kita dalam kerajaan, bermakna kita masih bekerjasama dengan PKR, malah DAP juga kita anggap rakan kita dalam kerajaan dalam semua peringkat.

“Pendirian kita adalah kekal dalam kerajaan, tiada isu lagi, kerajaan Selangor hari ini adalah kerajaan yang menang pada pilihan raya dulu,” katanya kepada Sinar Online, hari ini.

Beliau mengulas kenyataan bekas aktivis Pas, Mohd Riza Kamaruddin semalam yang menggesa parti Islam itu meninggalkan kerajaan negeri Selangor sekiranya masih enggan bekerjasama dalam Pakatan Harapan.

Mohd Riza berkata, sekiranya Pas berkeras tidak mahu menyertai pakatan pembangkang baharu yang ditubuhkan PKR, Parti Amanah Negara (Amanah) dan DAP, maka parti Islam itu harus memutuskan segala hubungan dan keluar dari Selangor.

Dalam pada itu, Khairuddin juga berkata setakat ini tiada sebarang perbincangan antara Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali dengan kepimpinan Pas Selangor tentang kedudukan parti Islam itu dalam kerajaan negeri Selangor.

“Siapa pun boleh cakap suruh (Pas) keluar Selangor, biar realistik, jangan nak main politik. Tiada isu (Pas) keluar kerajaan negeri Selangor.

“Tiada perbincangan (kedudukan Pas dalam kerajaan) kerana urusan berjalan seperti biasa dan kita masih Exco dalam kerajaan Selangor,” ujarnya.

Beliau turut mempersoalkan kewujudan Pakatan Harapan di Selangor untuk mengambil alih peranan Pas, sedangkan kerajaan negeri Selangor tertubuh berdasarkan kemenangan pakatan pembangkang yang lama.

“Soalnya Pakatan Harapan duduk di mana di Selangor? Soalnya Pakatan Harapan ada ke di Selangor ini?” soalnya lagi.

Khir Toyo dipenjara 12 bulan di penjara Kajang

PUTRAJAYA: Mahkamah Persekutuan mengekalkan hukuman 12 bulan penjara terhadap bekas Menteri Besar Selangor, Dr Mohamad Khir Toyo yang didapati bersalah kerana rasuah.

Hakim Besar Malaya, Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin yang mempengerusikan panel lima hakim memutuskan hukuman penjara adalah bersesuaian dalam kes berkenaan.

Malah panel hakim turut menolak permohonan supaya meringankan bentuk hukuman kepada khidmat masyarakat dan menyifatkan ia adalah tidak memadai.

Beliau yang kelihatan tenang ketika hukuman dibacakan, diarahkan menjalani hukuman penjara di Penjara Kajang.

Pada 22 September lalu, panel mencapai keputusan tersebut berdasarkan beberapa alasan termasuk pertuduhan tidak mempunyai sebarang kecacatan dan beliau adalah menteri besar merupakan seorang penjawat awam ketika kesalahan dilakukan.

Mohamad Khir mendapatkan untuk dirinya dan isteri dua lot tanah dan sebuah banglo bernilai RM6.5 juta dengan harga RM3.5 juta lapan tahun lepas.

Beliau yang juga bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Panjang, didakwa melakukan kesalahan itu di kediaman rasmi Menteri Besar Selangor di Seksyen 7 Shah Alam pada 29 Mei 2007.

Najib: Hanya saya saja PM main golf dengan Obama

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak masih tersenyum bangga apabila boleh bermain golf dengan Presiden Amerika Syarikat Barack Obama pada Disember lalu.

"Saya kini, untuk rekod, sebagai perdana menteri tunggal yang boleh bermain golf dengan Obama," katanya berseloroh dalam pertemuan dengan pelajar Malaysia di New York semalam.

Dalam rakaman ucapan yang diperolehi Malaysiakini, Najib berkata bahawa beliau tidak mendapat manfaat dari segi politik daripada perlawanan golf itu.

"Saya lakukannya kerana saya fikir ia adalah langkah positif untuk kita membina hubungan peribadi dengan presiden Amerika Syarikat. Saya lakukannya demi Malaysia, saya lakukannya demi rakyat.

"Malangnya masanya salah, saya tidak mendapat sebarang keuntungan politik," katanya, yang mengundang ketawa hadirin.

Najib berseloroh mengenai kecaman yang diterimanya sewaktu bermain golf dengan Obama sedangkan negeri di Pantai Timur mengalami banjir.

Husam bertanya lagi berkenaan balak di Kelantan...

Dengan Nama Allah, Maha Pemurah Maha Pengasih

FAKTA-FAKTA ISU PENSWASTAAN TEBANGAN BALAK KPK
(2,000 ekar setahun untuk tempoh sepuluh tahun dengan harga bersih RM 1,370 se ekar)

01. Untung bersih mengikut harga pasaran sekarang bagi setiap tan balak adalah tidak kurang dari  RM 500 se tan.

02. Kawasan KPK mempunyai 8 tan - 12 tan minima balak se ekar (Mengambil kira had tebangan).

03. Ini bermakna keuntungan bersih se ekar sepatutnya adalah di antara RM 4,000 -  RM 6,000. (RM 500 x 8 tan = RM 4,000 atau RM 500 x 12 tan = RM 6,000)

04. Dengan itu, keuntungan bersih KPK  sepatutnya di antara RM 8 juta hingga  RM 12  juta setahun (RM 4,000 x 2,000 ekar = RM 8 juta atau RM 6,000 x 2,000 ekar = RM 12 juta)

05. Bagi tempoh 10 tahun (20,000 ekar) keuntungan yang patut dijana adalah antara RM 80 juta hingga RM 120 juta.

06. Sedangkan mengikut kertas cadangan Souncern yang dibentangkan dalam mesyuarat lembaga pengarah KPK pada bulan Disember 2014, bayaran bersih se ekar yang akan dibayar kepada KPK hanyalah sebanyak RM1,372.70 sahaja. (RM 1,370 dibahagi RM 500 = 2.74 tan se ekar)

07. Adakah munasabah kawasan KPK hanya mempunyai kurang dari tiga tan se ekar??

08. Ini bermakna, keuntungan yang akan diberikan oleh Souncern adalah hanya sebanyak RM 2.7 juta setahun.

09. Mengikut kertas itu juga, Souncern mencadangkan KPK memeterai perjanjian untuk tempoh 10 tahun, melibatkan kawasan sebanyak 20,000 ekar.

10. Bagi tempoh 10 tahun keuntungan yang dijanjikan hanya sebanyak RM 27.4 juta sahaja.

11. Berasaskan perkiraan ini, KPK akan mengalami kerugian keuntungan di antara RM 52 juta hingga  RM 92 juta bagi tempoh sepuluh tahun (Tidak termasuk 30% keuntungan tambahan yang dijanjikan kerana diragui ianya boleh terjadi  atau tidak).

12. Ini belum mengambil kira kemungkinan pengeluaran sebenar adalah lebih besar, kayu yang dikeluarkan bermutu tinggi dan harga kayu akan meningkat pada masa akan datang.

13. Angka keuntungan bersih RM 500 se tan dan pengeluaran purata KPK antara 8-12 tan se ekar, saya perolehi daripada maklumat dalaman dan orang yang arif  dengan kawasan KPK dan industri kayu.

Saya dimaklumkan, 6,000 ekar pertama kawasan yang diserahkan kepada Souncern telah pun di"tagging".

Ini bermakna KPK sudah pun mengetahui nilai sebenar yang ada di dalam kawasan berkenaan.

Nilainya lebih tinggi dari tawaran yang diterima.

14. Saya difahamkan KPK tidak melantik mana-mana penilai bagi pihaknya bagi urus niaga ini.

15. Souncern pula dikatakan melantik penilainya sendiri. Nilai yang diletakkan adalah RM1,950.00 se ekar kasar.

16. Bagi urus niaga sepenting ini, adalah sangat menghairankan mengapa KPK tidak melantik satu penilai bebas untuk menilai asetnya.

17. Souncern adalah syarikat yang dimiliki oleh Sern Kou Berhad, Syarikat tersenarai di Bursa Saham Kuala Lumpur.

18. Tidak ada dalam pengetahuan saya KPK diberikan tawaran  saham dalam syarikat induk Souncern iaitu Sern Kou.

19.  Semakan saya menunjukkan harga saham Sern Kou telah meningkat daripada 40 sen se saham pada akhir Disember (tarikh KPD membuat keputusan) naik kepada 69 sen sebelum ditutup pada 65 sen se saham pada Hari Raya Korban 2015 baru-baru ini.

Bermakna, syarikat berkenaan mendapat faedah yang lebih besar dari khazanah KPK.

20. Saya hairan mengapa tidak ada susunan korporat yang lebih menyeluruh di mana KPK diberikan saham dalam Sern Kou untuk mendapat faedah yang maksima dari urus niaga ini.

21. Sebagai kesimpulannya, saya masih berpendirian keuntungan bersih yang ditawarkan kepada KPK adalah sangat rendah.

22. Saya berpendirian jika tawaran terbuka dilakukan, KPK boleh mendapat keuntungan yang lebih besar.

23. Adalah menjadi tugas saya selaku Adun yang berjuang atas nama Islam untuk menjaga kepentingan terbanyak rakyat yang memberikan amanah dengan cara yang saya fikirkan berkesan untuk menghentikan amalan melepaskan khazanah Negeri Kelantan di bawah nilai pasaran secara berterusan satu demi satu sekarang.

Husam Musa
Adun Salor
15 Zulhijjah 1436/29 September 2015

RUU Persendirian: Siapa dalang di sebalik 4 individu?

KUALA LUMPUR: Jabatan Penerangan PAS Pusat mempersoalkan dalang disebalik empat individu yang bertindak memfailkan permohonan untuk mencabar rang undang-undang persendirian, bagi membuka laluan kepada pelaksanaan hudud dibentangkan di parlimen.

Pengarahnya Ahmad Amzad Hashim berkata, tindakan mereka menyaman Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang kerana kemukakan rang undang-undang tersebut sesuatu yang sangat janggal.

"Usul itu sangat munasabah. Takkanlah negara kita yang sudah lebih 58 tahun Merdeka, kita masih tidak mahu berbuat sesuatu dengan taraf Mahkamah Syariah di Malaysia yang bidang kuasanya lebih rendah dari Mahkamah Rendah Sivil yang biasa?

"Takkanlah Pendaftar Mahkamah rendah lebih berkuasa dari Ketua Hakim Tertinggi Mahkamah Syariah?

"Negara kita ini adalah negara yang meletakkan Islam sebagai agama rasmi. Kenalah ada usaha untuk meningkatkan walau sedikit, baru ada gunanya kuasa politik masih ada pada umat Islam," katanya kepada Harakahdaily.

Malah tegasnya, mereka yang mula mendakwa wujudnnya percanggahan perlembagaan adalah jelas datangnya daripada DAP.

"Sudahkah empat orang berkenaan mendapatkan deklarasi bahawa Private Bill (PB) itu salah? Setakat ini melalui kenyataan awam yang dibuat oleh Ketua Hakim Negara dan juga Bekas Ketua Hakim Negara, tidak membayangkan apa-apa pelanggaran perlembagaan atau undang-undang.

"Mengapa tidak dapatkan dulu tafsiran, pengisytiharan mahkamah bahawa PB itu melanggar perlembagaan. Jika benar salah, barulah munasabah tindakan saman berkenaan," katanya.

Justeru katanya, rakyat sudah mula mempersoalkan siapa di sebalik empat individu berkenaan dan profil mereka mempunyai hubungkait dengan beberapa parti politik seperti Amanah dan DAP mula tersebar di alam maya.

Hari ini Mahkamah Tinggi menangguhkan permohonan empat individu iaitu Mansoor Saat, Azira Aziz, Hasbeemaputra Abu Bakar dan Hazwany Jamaluddin yang mencabar RUU persendirian oleh Abdul Hadi Awang pada 5 oktober ini. – HARAKAHDAILY 28/9/2015

Pemuda Pas seru selesai isu Duta Besar China cara diplomasi

KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) menyeru semua pihak bertenang dan menyerahkan isu kenyataan Duta Besar China, Dr Huang Kui Kang kepada pihak kerajaan untuk diselesaikan secara diplomasi antara dua negara.

Terbaru, Kedutaan China juga telah memberikan respons dan dilihat mempertahankan tindakan dutanya.

"Maka, kita sangat berharap agar pihak Kementerian Luar Negeri bertindak segera untuk menyelesaikan kes ini di meja rundingan dengan segera bagi mengelakkannya terus berlarutan.

"Jangan biarkan pihak-pihak tertentu mengambil kesempatan atas isu yang berlaku dengan menyemarakkan api perkauman sehingga bertindak tidak rasional dan mengundang ketidakstabilan negara," ujar Timbalan Ketua DPPM, Muhammad Khalil Abdul Hadi dalam satu kenyataan.

Katanya, DPPM bertegas supaya urusan hal ehwal negara tidak dicampuri oleh negara luar dan mengalu-alukan permohonan maaf daripada pihak Kedutaan China bagi meredakan isu ini.

Di samping itu, ujar beliau DPPM juga komited membantah mana-mana isu perkauman sempit yang boleh menjejaskan keharmonian dan perpaduan antara kaum di Malaysia.

Selain itu, tambahnya DPPM bimbang sekiranya kenyataan Duta China tersebut turut menggambarkan perspektif yang diterima oleh negara-negara luar terhadap Malaysia mengenai tatacara hidup kepelbagaian kaum dan agama di Malaysia, tahap demokrasi serta hak asasi manusia yang dipraktiskan di negara ini.

"Jika benar, ini satu lagi igauan buruk buat Perdana Menteri," katanya. - HARAKAHDAILY 29/9/2015

H60K: Pas tidak umpan ahli dengan duit

KUALA TERENGGANU - Pas tidak akan sesekali mengumpan ahlinya dengan wang untuk memastikan kehadiran ramai ke Himpunan Hijau yang akan berlangsung di Kelantan pada 17 Oktober depan.

Pesuruhjaya Pas Terengganu, Satiful Bahri Mamat berkata, sebaliknya peserta akan menggunakan tenaga, usaha dan wang sendiri untuk hadir ke himpunan itu yang dianggap penting bagi menunjukkan sikap istiqamah terhadap parti dan mengukuhkan kekuatan sedia ada.

Menurutnya, kehadiran yang ramai tanpa sebarang upah sudah cukup membuktikan ahli parti mempunyai tekad kuat memastikan matlamat perjuangan Pas tercapai.

“Setiap perhimpunan besar sudah tentu melibatkan pemantapan organisasi, menggembleng kekuatan. Kita tidak bagi duit kerana ia adalah asas untuk benar-benar membina kekuatan ahli.

“Tanpa duit, insha-ALLAH kita masih dapat memastikan kehadiran yang ramai,” katanya kepada Sinar Harian, di sini.

Pas menganjurkan Himpunan Fastaqim atau 60,000 (H60K) yang turut dikenali sebagai Himpunan Hijau yang akan berlangsung di Stadium Sultan Muhamad IV, Kota Bharu, Kelantan pada 17 Oktober ini.

Pas Terengganu turut menyokong himpunan itu dan akan mengerahkan seramai mungkin ahlinya dari negeri ini untuk turun ke perhimpunan itu.

Satiful Bahri berkata, perhimpunan kali ini juga istimewa kerana diadakan bersempena 60 tahun Pas bertapak di Kelantan, di samping Kelantan sendiri merupakan negeri kuat Pas atau pangkalan kukuh yang boleh menzahirkan kekuatan Pas.

“Kita akan hantar seramai mungkin untuk turut serta ke program tersebut bermula dari Kemaman hingga ke Besut,” katanya.

Sementara itu, ditanya sama ada ia bertujuan untuk membuat perbandingan dengan Himpunan Merah baru-baru ini, beliau memberitahu bahawa ia tiada kena mengena dengan himpunan tersebut.

Jelasnya, Himpunan Hijau berbeza kerana ia bukanlah demonstrasi jalanan dan pihaknya berkumpul di tempat yang telah ditetapkan.

Beliau turut menegaskan bahawa himpunan tersebut dibuat dalam keadaan aman dan jauh sekali akan menimbulkan kekacauan.

“Kita pernah anjur himpunan 100K di Kedah dan tidak ada apa-apa kekacauan, apatah lagi himpunan ini kita buat di Kelantan, kawasan yang Pas perintah.

“Perhimpunan ini juga bukanlah berasaskan perkauman dan sebarang penganjuran berasaskan perkauman tidak sepatutnya berlaku dalam sebuah negara demokrasi,” katanya.

PM Malaysia: Muhajir Cina?

“XIFU, benarkah Islam halalkan rasisme atau perkauman?”

Soalan ‘penumbuk’ daripada rakan soka gakkai. Dakwah dalam masyarakat multikultural semakin ‘gila’ kerana Islam dikaitkan dengan macam-macam isu sehingga ke rasisme.

Saya terus bagi jawapan mudah, “Kalau orang kata bahawa neneknya kata bahawa gurunya kata bahawa Islam suruh beli Samsung Galaxy Note 5, lu percayakah?”

“Check dulu apa Islam cakap. Refer pada al-Quran,” saya nasihat. “Jangan dengar cakap sana, cakap sini saja. Islam agama Tuhan, bukan cakap-cakap orang atau media.”

Rasisme adalah perkataan Inggeris. “Perkauman” asalnya perkataan Arab tetapi sudah berubah makna bila digunakan dalam Bahasa Malaysia. Perkataan Arab yang Nabi SAW guna ialah “asabiyah”.

Ibnu Khaldun jelaskan makna asabiyah. Seorang ibu mempunyai naluri fitrah untuk lebih sayang pada anaknya sendiri daripada anak orang lain. Naluri fitrah ini adalah asabiyah. Seorang Cina akan lebih condong kepada membela kaumnya sendiri daripada kaum lain. Perasaan ini adalah fitrah.

Tetapi perasaan ini adalah salah kalau sifat asabiyah menzalimi hak-hak asasi kemanusiaan. Asabiyah adalah seperti perasaan marah, kata Ibnu Khaldun.

Tidak salah mempunyai perasaan marah supaya tidak dayus tetapi adalah salah kalau perasaan marah itu gagal diurus dengan baik. Perasaan asabiyah juga berguna untuk bela agama kalau diuruskan dengan baik.

Kita sudah ada banyak kursus Anger Management. Kita perlu juga kursus Asabiyah Management!

Kita imbas kembali sejarah asabiyah secara ringkas untuk faham Asabiyah Management. Nabi SAW dan sahabat-sahabatnya yang awal adalah berasal dari Makkah. Majoriti ialah daripada qabilah Quraysh tetapi al-Quran telah menamakan mereka sebagai Muhajirin.

Pihak Muhajirin ditindas dengan zalim di Makkah. Maka, mereka diberi citizenship oleh dua qabilah Madinah untuk berhijrah ke sana iaitu qabilah Aws dan Khazraj. Al-Quran telah menamakan mereka ini sebagai Ansar. Ansar adalah Bumiputra Madinah. Muhajirin adalah sebenarnya pendatang atau penumpang.

Tetapi yang peliknya, Bumiputra Madinah ini menunjukkan akhlak tamadun yang begitu tinggi kerana bukan sahaja mereka terus memberi status kerakyatan, mereka juga melantik Muhajirin untuk memimpin Madinah.

Bagaimana wujud kepercayaan yang tinggi ini yang merupakan langkah pertama Asabiyah Management? Kepercayaan ini terbina hasil akhlak management sendiri yang telah menunjukkan contoh good governance. Nabi SAW dikenali sebagai al-Amin (yang beramanah) sejak sebelum menjadi Nabi lagi.

Selain daripada Abu Bakr, Umar al-Khattab yang memang terkenal hebat, seorang sahabat yang bernama Abu Ubaidah al-Jarrah juga dikenali sebagai al-Amin.

Maknanya, Muhajirin mempunyai jemaah menteri yang diyakini. Aws dan Khazraj yang telah lama berperang antara satu sama lain tidak akan menundukkan asabiyah mereka kepada kepimpinan asabiyah Quraysh kalau akhlak Muhajirin adalah rasis dan samseng!

Akhlak Muhajirin begitu terpuji sehingga Aws dan Khazraj, walaupun asabiyah mereka amat kuat, rela melepaskan kepimpinan ke tangan Muhajirin. Tidak timbul isu ketuanan Ansar, Bumiputra atau bukan Bumiputra.

Ahli politik atau ulama politik kontemporari suka merujuk kepada Ibnu Khaldun tentang asabiyah sebagai reaksi kepada masalah rasisme di negara.

Biasanya kekuatan majoriti ditonjolkan sebagai syarat asabiyah Islam tetapi mereka tidak pula tekankan bahawa Ibnu Khaldun juga telah meletakkan ‘Sharaf’ (akhlak Mulia) sebagai syarat utama. Kekuatan bukan terletak pada kiraan batang hidung sahaja tetapi juga pada kemuliaan akhlak.

Nabi SAW pula secara berperingkat memindahkan wacana asabiyah kepada wacana ‘Ummah’. Ansar dilayan sama seperti layanan terhadap Muhajirin kerana mereka dianggap ummah yang satu.

Maka, adakah sesuai bila seorang Cina atau India berhijrah ke Islam, kita kekal menganggapnya mualaf? Penumpang, bukan penyumbang?

Masyarakat multikultural sedang tunggu dan lihat pencapaian mualaf ini dalam dunia Islam Malaysia. Benarkah Islam rahmat untuk semua? Mungkinkah satu hari nanti PM adalah seorang Cina Muslim dalam satu negara yang sepatutnya berpegang pada wacana ummah?

Bangsa Melayu telah menunjukkan akhlak dan kepimpinan yang dihormati selama ini. Masih boleh diislahkan lagi supaya menjadi contoh kepada yang ingin kenal Islam. Selamat Hari Raya Korbankan Ego. Islahkanlah!

* Abdul Naser Tun Rahman Tokoh Pendakwah Perak

Lang Merah tekad buru kemenangan

PERTEMBUNGAN pasukan Liga Perdana, Kedah dan Johor Darul Ta'zim (JDT) II dalam kempen Piala Malaysia malam ini pasti mencuri tumpuan peminat tanah air.

Apa tidaknya, aksi yang sepatutnya diadakan di Pasir Gudang Sabtu lalu tidak dapat berlangsung berikutan jerebu bakal menjadi titik noktah kedua-dua pasukan memburu slot ke suku akhir.

Bagi pengendali Lang Merah, Tan Cheng Hoe, kemenangan menjadi keutamaan anak buahnya apatah lagi kelebihan bermain di halaman sendiri sebelum menghadapi Lions XII pada Jumaat.

"Ya, kita ada sedikit masa dan rehat serta faktor bermain di Alor Setar bagi dua aksi selepas ini. Jadi, pemain tak boleh mencicirkan sebarang mata kerana JDT II pasti hadir dengan azam tinggi untuk mengecewakan kita.

"Saya mengingatkan pemain supaya berhati-hati dan jangan pandang mudah lawan walaupun aksi terakhir mereka tewas kepada Lions tempoh hari," katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Cheng Hoe turut memuji sumbangan trio awang import, Liridon Krasniqi, Sandro da Silva Mendonca dan Chidi Edeh yang terbukti berkesan di sebalik momentum kecemerlangan dipamerkan Hijau Kuning setakat ini.

"Namun, kita juga harus beri kredit kepada pemain tempatan yang banyak membantu kejayaan pasukan. Saya juga lega apabila kesemua pemain bebas daripada sebarang masalah kecederaan dan hukuman penggantungan perlawanan," katanya.

Sementara itu, beliau menggesa kepada seluruh penyokong negeri jelapang padi dan sekitar supaya hadir membanjir Stadium Darul Aman yang boleh memuatkan kapasiti 32,387 penonton.

"Saya amat berharap penyokong dapat hadir ke stadium pada perlawanan ini untuk menaikkan semangat dan motivasi pemain," katanya.

Monday, September 28, 2015

AMANAH nafi peguam yang saman Hj.Hadi adalah ahli dan peguam mereka

Adalah di maklumankan, Azira(Kes saman Hj Hadi 'Isu Private Bill') bukannya ahli Parti Amanah Negara(AMANAH) atau Peguam AMANAH.

Beliau hadir di Majlis Perlancaran AMANAH 16 September 2015 sebagai NGO 'Demi Malaysia', Peguam dan Aktivis BERSIH 4.0.

Kesemua dakwaan yang sedang berlegar di Media sosial ketika ini adalah tidak tepat, fitnah dan tiada kena mengena dengan Parti Amanah Negara.
 
Saman yg dikemukakan adalah bukan soal hudud tetapi private bill yg berkaitan dengan hal-hal menyentuh hal-hal yg melibatkan penafsiran perlembagaan negara.

Yg bakal dibentangkan diparlimen melalui private bill bukanlah undang HUDUD tetapi prubahan /penambahan hukuman yg melibatkan rotan bagi mahkamah syariah.

p/s private bill yg dikemukakan oleh MP Marang ialah satu cadangan utk meminda Akta355 @ akta mahkamah syariah 1965 yg tidak ada kaitan pun dgn enakmen kanun jenayah syariah ii kelantan (1993) 2015.

Pindaan yg dicadangkan hanyalah sekadar mengubah kadar hukuman yg boleh dikenakan drp denda rm5000, penjara 3 thn dan sebatan 6 kali kpd mengikut hukum syarak, sedangkan bidangkuasa jenayah masih terhad spt yg asal iaitu kesalahan2 berhubung kekeluargaan islam shj.
 

Pakatan Harapan perlu hayati aspirasi bersama

BANTING - Rundingan meja bulat yang berlangsung membuahkan hasil dengan wujudnya pakatan baru, Pakatan Harapan biarpun tanpa kehadiran wakil Pas, namun ia tidak merencatkan perbincangan bagi merangka formula untuk mewujudkan sebuah barisan alternatif baru untuk berdepan dengan Barisan Nasional dalam Pilihan raya Umum ke 14.

Pensyarah Pengurusan Strategik Kualiti, Fakulti Pengurusan dan Ekonomi, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Dr. Kamarudin Musa berkata, sebuah barisan alternatif yang kuat memerlukan setiap anggota pendukung memahami dan menghayati aspirasi bersama, menumpukan kepada kepentingan bersama, berfokus kepada keserasian.

Menurutnya, parti-parti politik yang bergabung membentuk Pakatan Harapan mesti meletakkan kepentingan rakyat dan pembinaan negara bersumberkan aspirasi perlembagaan sebagai agenda utama.

“Pakatan Harapan tidak seharusnya mengulangi kegagalan Pakatan Rakyat apabila adanya anggota gabungan yang mengambil sikap membelakangi aspirasi bersama.

“Pakatan Harapan perlu wujud atas dasar strategik ke arah hala tuju politik berteraskan sistem dua parti sebagai usaha untuk memperkukuh dimensi demokrasi,” katanya kepada Sinar Harian mengulas mengenai senario yang berlaku sejurus Rundingan Meja Bulat dilakukan.

Dr. Kamarudin berkata, penyokong Pakatan Harapan juga perlu melihat lebih jauh, bukan semata-mata proses penyertaan pilihan raya tetapi mekanisme jangka panjang untuk pendidikan politik serta pembangunan kesedaran politik bagi mewujudkan kematangan penglibatan politik.

Katanya, Pakatan Harapan perlu menjadi model dalam konteks kepedulian perjuangan rakyat selain mengelak daripada terjerumus dalam konflik ideologi dan pendekatan politik secara terbuka.

“Jika Pakatan Harapan mahu dipandang aktif, ia perlu menunjukkan hakikat ianya relevan diwujudkan serta mampu berperanan aktif dalam mempengaruhi landskap persekitaran politik di Malaysia,” katanya

Katanya, dengan mempunyai kemahiran mengurus konflik dan ideologi, ia dapat menjadi model pakatan politik yang berwibawa sekali gus dapat menarik kepercayaan dan keyakinan rakyat.

Ringgit pulih jika selesai dua isu

SHAH ALAM - Nilai ringgit akan kembali pulih sekiranya isu kejatuhan harga minyak dan 1 Malaysia Development Berhad (1MDB) dapat diselesaikan serentak.

Ahli Jawatankuasa Kluster Ekonomi dan Kewangan, Majlis Profesor Negara (MPN), Prof Dr Abdul Rahim Abdul Rahman berkata, jika salah satunya selesai, ia belum dapat menyelesaikan masalah kejatuhan ringgit.

“Walaupun 1MDB dapat diselesaikan, itu belum bermakna ringgit akan pulih kerana ia turut bergantung kepada situasi kejatuhan minyak dunia.

“Begitu juga sebaliknya. Saya berpendapat kedua-duanya perlu diselesaikan serentak,” katanya, semalam.

Menurutnya, isu 1MDB hanya mempengaruhi keyakinan pelabur asing yang ingin datang melabur di negara ini walaupun harga minyak kembali meningkat.

Beliau mengulas kenyataan Gabenor Bank Negara, Tan Sri Zeti Akhtar Aziz yang yakin ringgit akan naik semula sekiranya isu 1MDB dapat diselesaikan.

Kata Abdul Rahim, harga minyak akan kembali naik apabila keadaan ekonomi di negara besar seperti China, Amerika Syarikat dan Eropah kembali pulih.

“Saya tidak fikir harga minyak akan kembali meningkat pada tahun ini melihatkan kepada ekonomi China yang belum ada perubahan drastik.

“Mungkin dalam enam bulan akan datang, keadaan akan berubah sedikit tetapi bergantung kepada ketiga-tiga negara besar itu (China, Amerika dan negara-negara Eropah),” katanya.

5 Oktober keputusan permohonan bantahan awal Hadi

KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi di sini menetapkan 5 Oktober bagi memutuskan permohonan bantahan awal yang dikemukakan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan empat yang lain untuk membatalkan saman berhubung pembentangan rang undang-undang bagi meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 pada sidang Parlimen.

Hakim Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa-kuasa Khas) Datuk Asmabi Mohamad menetapkan tarikh itu selepas mendengar hujahan peguam Datuk Sulaiman Abdullah mewakili Abdul Hadi selaku defendan dan Peguam Kanan Persekutuan Shamsul Bolhassan.

Shamsul mewakili Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia, dua Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat iaitu Datuk Ismail Mohamed Said dan Datuk Seri Dr Ronald Kiandee serta setiausaha Dewan Rakyat Datuk Roosme Hamzah, yang turut dinamakan sebagai defendan dalam tuntutan saman itu.

Prosiding dalam kamar itu turut dihadiri peguam Siti Kasim mewakili empat individu yang mengemukakan saman itu - Mansoor Saat, Azira Aziz, Hasbeemaputra Abu Bakar dan Hazwany Jamaluddin.

Shamsul ketika ditemui pemberita berkata pihaknya memfailkan bantahan awal itu dengan alasan pemohon sepatutnya memfailkan permohonan itu melalui semakan kehakiman dan bukan saman pemula.

"Ini kerana mereka (empat pemohon) itu mencabar berhubung proses membuat keputusan oleh pihak berkuasa awam seperti Parlimen. Jadi, menyerang proses membuat keputusan perlu melalui semakan kehakiman di bawah Perintah 49 Perintah Tetap Parlimen," kata Shamsul.

Sepatutnya hari ini ditetapkan untuk mendengar permohonan Abdul Hadi untuk membatalkan saman keempat-empat individu itu dengan alasan mereka (pemohon) tidak mempunyai hak untuk menghalang cadangan, pembentangan dan perbahasan mengenai perkara berkenaan.

Abdul Hadi, yang memfailkan permohonan itu pada 2 Julai lepas turut mendakwa saman pemula yang difailkan keempat-empat pemohon itu juga tidak mempunyai merit dan sebagai anggota Dewan Rakyat, beliau mempunyai hak keistimewaan serta imuniti.

Hari ini juga ditetapkan untuk mendengar permohonan injunksi keempat-empat individu itu bagi menghalang Hadi dan empat yang lain daripada membentangkan rang undang-undang bagi meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 pada sesi sidang Parlimen.

Keempat-empat individu itu yang memfailkan saman pemula pada 12 Jun lepas turut memohon satu deklarasi bahawa pembentangan mengenai pindaan itu merupakan satu kemungkiran terma-terma Buku Jingga Pakatan Rakyat oleh Abdul Hadi. – Bernama

Duta China: Minta maaf? Maaf, tiada komen

Di tengah-tengah isu diplomatik kedua-dua negara, duta China Huang Huikang berkata beliau hanya tahu dipanggil oleh Wisma Putra melalui akhbar sahaja.

Huang juga menolak lawatannya ke Jalan Petaling, Kuala Lumpur sehari sebelum ura-ura himpunan yang boleh mengakibatkan rusuhan sebagai sebuah kontroversi.

“Sejak bila ia jadi isu?” soalnya kembali ketika ditanya pemberita.

Huang berkata mempunyai niat baik terhadap Malaysia dan langkah beliau turun padang di kawasan perniagaan itu tidak harus disalah tafsir.

“Saya beritahu pelancong China secara praktikal Kuala Lumpur selamat, makmur dan (negara ini) tunjukkan sikap baik terhadap pelancong asing,” katanya.

Beliau menggesa pelancong China untuk melawat Malaysia semasa cuti umum Hari Kebangsaan.

“Saya harap niat baik saya tidak disalah anggap,” katanya dalam sebuah forum di Kuala Lumpur pagi ini.

Ketika ditanya berhubung gesaan akhbar Umno Utusan Malaysia yang mahu beliau meminta maaf susulan kenyataannya di Jalan Petaling atau pulang ke China, diplomat itu enggan mengulasnya.

“Maaf, tiada komen. Tiada,” balasnya sambil tersenyum.

Panggilan ke Wisma Putra itu dilapor ditarik balik oleh pemangku menteri luar selepas dikatakan tidak mengikut protokol.

Gesa sebarkan dasar perjuangan Pas

TUMPAT – Pendokong Pas perlu menjadi seperti ‘televisyen Pas’ di kedai kopi bagi menerangkan dasar perjuangan parti itu.

Naib Presidennya, Idris Ahmad berkata, mereka adalah jentera penerangan yang bercakap di tempat tumpuan ramai untuk memberitahu kepada masyarakat mengenai dasar perjuangan Pas yang tidak pernah berubah.

Menurutnya, Pas yang memberi kesejahteraan kepada semua kaum, sama sekali menolak politik perkauman dan keadaan yang boleh menimbulkan huru-hara kerana Islam tidak mengizinkan menindas serta bertindak zalim walaupun kepada bukan Islam.

“Sebab itu Pas dengan tegas mengatakan tidak terlibat dalam perhimpunan baju merah pada 16 September lalu. Walaupun pimpinan Umno ajak Pas menyertainya, tetapi kita kata tidak kerana ajaran Islam bukan macam itu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ceramah sempena Perasmian Bangunan Wisma Purnama di Kampung Belukar, Wakaf Bharu, malam kelmarin. Turut berceramah, Timbalan Ketua Pemuda Pas Malaysia, Khalil Hadi.

Hadir sama, Adun Wakaf Bharu, Datuk Che Abdullah Mat Nawi.

Dalam pada itu, Idris berkata, sejak 1990, semua kaum di negeri ini termasuk Cina, India mahupun Siam terus memberi sokongan kepada Pas.

Menurutnya, tidak timbul mereka menentang Islam dan perlaksanaan hudud kerana mereka faham pemerintahan di bawah Pas.

Rakyat menderita akibat kemajuan tidak seimbang

NEW YORK - Ketika pemimpin dunia menerima pakai agenda pembangunan mampan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi tempoh 15 tahun akan datang, pada sidang kemuncak di sini, Malaysia melahirkan kebimbangan bahawa kemajuan global telah menjadi tidak seimbang dengan jutaan rakyat masih menderita.

"Kini, kira-kira 800 juta rakyat masih hidup dalam kemiskinan dan menderita kelaparan," kata Datuk Seri Najib Tun Razak pada sidang kemuncak Agenda 2030 pada Ahad (Isnin di Malaysia). Najib berkata walaupun sasaran mengurangkan kadar kemiskinan tegar telah dicapai, namun dunia masih jauh daripada mencapai matlamat keseluruhan untuk membasmi kemiskinan dan kelaparan.

"Ini, mesti kekal menjadi teras agenda pembangunan pasca 2015 - dan ia adalah penting untuk memastikan tiada individu yang tercicir di belakang," katanya.

Perdana Menteri berkata jutaan rakyat masih menderita disebabkan jantina, umur, kecacatan, etnik atau lokasi geografi. - Bernama

Mahathir terima anugerah 'The Star of Soekarno'

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menerima anugerah 'The Star of Soekarno' yang diberikan Yayasan Pendidikan Soekarno (YPS) di Jakarta malam tadi.

Anugerah itu sebagai pengiktitarafan terhadap ketokohan, keberanian dan kepimpinan beliau dalam memperjuangkan suara hak asasi manusia di peringkat antarabangsa.

Pengasas YPS Rachmawati Soekarnoputri yang mengalungkan pingat bintang itu kepada Dr Mahathir berkata, penganugerahan itu adalah sebagai tanda persahabatan dan pengiktirafan sumbangan para pemimpin di peringkat dunia.

Dr Mahathir dalam ucapannya berkata, walaupun beliau tidak pernah bertemu dengan Surkarno, namun presiden pertama Indonesia itu merupakan idolanya semasa beliau masih seorang pelajar.

Katanya, disebabkan itu, anugerah berkenaan sangat bermakna dalam hidupnya kerana beliau dapat memiliki satu tanda kenangan yang berkaitan dengan semangat Surkarno.

"Ketika Indonesia bergelut memperjuangkan kemerdekaan dari penjajahan Belanda di bawah pimpinan Surkarno dan Hatta (Mohammad Hatta, Timbalan Presiden pertama Indonesia), Malaysia belum lagi terbentuk dan masih di bawah pentadbiran British dan semangat Sukarno kemudiannya mula menyerap dalam kalangan pemimpin Tanah Melayu untuk menuntut kemerdekaan," katanya.

Anugerah 'The Star of Soekarno' itu mula diberikan kepada para pemimpin luar Indonesia pada 2001 dan selain Dr Mahathir, tiga penerima lain ialah bekas Presiden Cuba Fidel Alejandro Castro Ruz, bekas Presiden Venezuela Hugo Rafael Chavez dan Pemimpin Korea Utara Kim Jong Un.

- Bernama

Penahanan Khairuddin di bawah Sosma tidak sah

SHAH ALAM - Penahanan bekas Naib Ketua Umno Bahagian Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma), tidak sah di sisi undang-undang. Presiden Persatuan Kebangsaan Hak Asasi Manusia (Hakam), Datuk S Ambiga berkata, Sosma bertujuan menangani kesalahan yang memudaratkan keselamatan awam dan negara, atau Persekutuan atau mana-mana bahagian Persekutuan.

Namun Ambiga berkata, timbul persoalan adakah tindakan Khairuddin memfailkan laporan di luar negara berkenaan 1 Malaysian Development Berhad (1MDB) memudaratkan keselamatan awam dan negara.

“Laporan tersebut mungkin telah menyebabkan sesetengah pihak berasa tidak selesa tetapi itu tidak boleh menjadi asas bagi satu penangkapan,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Ambiga berkata, Hakam mengambil pendirian sama dengan Majlis Peguam dan badan bukan kerajaan (NGO) lain termasuk warga Malaysia, mengecam tindakan yang disifatkan sebagai menindas dan bertentangan dengan kedaulatan undang-undang.

Katanya, dalam perbandingan begitu ketara, individu yang mengugut untuk mengadakan rusuhan di Jalan Petaling pula dipandang ringan.

“Ini menyerlahkan lagi penyalahgunaan kuasa dan tindakan-tindakan penguatkuasaan ini mempunyai agenda politik,” katanya.

Justeru, kata Ambiga, Khairuddin patut dibebaskan dengan segera dan sikap pihak berkuasa yang giat mencabul hak asasi manusia dengan sewenang-wenangnya mestilah dihentikan.

Jumaat lalu, Khairuddin ditahan polis di rumahnya di Mont Kiara beberapa hari sebelum mengadakan pertemuan dengan Biro Siasatan Persekutuan (FBI) di Amerika Syarikat, esok.

Beliau dibebaskan setelah ditahan di bawah Seksyen 124C Kanun Keseksaan, bagaimanapun ditangkap semula ketika beliau meninggalkan kompleks mahkamah di bawah Seksyen 124K dan 124L Kanun Keseksaan atas kesalahan mengancam keselamatan negara.

Sunday, September 27, 2015

Apabila Umno puji PAS sebab tolak untuk bersama Pakatan Harapan

Puji Pas tolak Pakatan Harapan

ALOR SETAR - Pendirian Pas tidak menyertai Pakatan Harapan dipuji kerana berpegang pada prinsip dan perjuangan parti itu, berbanding parti dalam gabungan itu yang dilihat lebih memperjuangkan kepentingan peribadi serta legasi keluarga masing-masing.

Timbalan Pengerusi Umno Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah berkata, tindakan Pas disifatkan bijak dalam mempertahankan kepentingan parti dan ahlinya.

“Saya puji pemimpin Pas dalam hal ini. Ini menunjukkan pihak luar tidak boleh mempermainkan parti itu yang sudah begitu lama bertapak.

"Keputusan dibuat pemimpin Pas itu membuktikan ketegasan terhadap pendirian mereka, tidak seperti DAP atau PKR,” katanya, pada majlis Korban Perdana anjuran Umno Bahagian Alor Setar bersama syarikat Usima Group, di Taman Wira Mergong, semalam.

Menurutnya, Pakatan Harapan tanpa penglibatan Pas merugikan pakatan baharu itu berikutan Pas sudah lama memperoleh sokongan rakyat mahupun orang Melayu.

“Rakyat negara ini lebih mengenali Pas atau BN (Umno), berbanding arti baharu. Saya percaya pakatan itu tidak mampu bertahan lama tanpa Pas,” katanya.

Ahmad Bashah yang juga Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan berkata, PR sebelum ini dilihat berjaya kerana mendapat sokongan Pas, namun tanpa sokongan parti itu, tidak mustahil pakatan baharu itu ‘longgar’.

“Saya percaya apabila Pas tidak bersama DAP, PKR dan Parti Amanah Negara (Amanah), pakatan baharu ini tidak mampu bertahan. Pas tetap dengan pendiriannya, jika tak bersetuju dengan perjuangan pakatan, parti itu rela keluar dari pakatan sebab tiada kepentingan peribadi,” katanya.

Mengulas tindak-tanduk PKR dan DAP sebelum ini yang banyak membuat keputusan berlandaskan kepentingan peribadi, Ahmad Bashah berkata, kedua-dua parti itu sudah lama ‘menggula-gulakan’ Pas.

“Dari awal lagi, PKR dan DAP bertindak demi kepentingan peribadi dan keluarga mereka, bukan kepentingan ramai atau ahli.

"Contohnya, DAP mahu kekalkan legasi keluarga Lim Kit Siang manakala PKR mahu legasi Datuk Seri Anwar Ibrahim terus berkuasa, yang lain digula-gulakan sahaja,” katanya.

Menurutnya, Amanah pula sekadar parti serpihan Pas ditubuhkan atas kepentingan peribadi pemimpin tertentu.

“Pada mulanya memang dapat sambutan, selepas beberapa lama, akan nampaklah bibit-bibit kepentingan individu tertentu dalam parti itu.

"Mereka tubuhkan parti ini pun ada kepentingan sendiri, bukan mahu perjuangkan kepentingan orang Melayu atau Islam,” katanya.

Kerajaan Najib dalang baju merah, kata Tun M

MELAKA - Bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad mendakwa kerajaan adalah dalang di sebalik himpunan baju merah yang berlangsung pada 16 September lalu.

Beliau berkata, sebahagian besar peserta perhimpunan tersebut terdiri daripada ahli Umno dan masyarakat Felda yang diberikan kemudahan pengangkutan serta wang saku untuk menghadiri perhimpunan berkenaan.

“Kebanyakan peserta yang hadir ke perhimpunan tersebut datang dari Felda menggunakan bas kerajaan dan mereka diberi duit dan makanan. Jadi ia seolah-olah kerajaanlah di belakang perhimpunan itu.

“Hanya orang di dalam kerajaan yang boleh membenar dan menggunakan kemudahan tersebut,” katanya kepada pemberita pada sidang media selepas menghadiri Human Rights Public Forum sempena United Nation’s International Day of Peace 2015 yang dianjurkan Mallaca Bar di sini, semalam.

Sementara itu, Mahathir berkata, sentimen perkauman tidak dibangkitkan dalam perhimpunan Bersih 4.0 yang disertainya sebelum ini.

Bagaimanapun, katanya, beliau melihat isu tersebut sengaja diwujudkan sendiri oleh kerajaan melalui himpunan baju merah.

“Saya berada di perhimpunan baju kuning itu tetapi mereka tak berkata apa-apa tentang perkauman. Mereka hanya mahukan Perdana Menteri berundur. Itu sahaja,” katanya.

Dalam pada itu, Mahathir berkata, situasi negara dalam pelbagai aspek hanya akan pulih selepas siasatan terhadap 1MDB selesai.

Wan Azizah: Pembangkang tiada RM2.6b singkir Najib

Pembangkang tidak mempunyai RM2.6 bilion 'wang derma' untuk mendapatkan MP BN menyeberang dengan menyokong undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berseloroh di Seberang Jaya dan berkata "pihaknya juga tidak mempunyai niat untuk membeli mereka".

"Jika kita mempunyai kuasa terhadap RM2.6 bilion, ia mungkin membantu kita, sebab itulah cara ia (berfungsi)," katanya sambil senyum sinis kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat tahunan PKR cabang Permatang Pauh pagi ini.

Azizah berkata demikian ekoran Najib yang kini berdepan tekanan besar mengenai isu sumbangan RM2.6 bilion yang didakwa diterima dari penderma negara Arab tanpa dinyatakan namanya.

Wang tersebut dilaporkan disimpan dalam akaun beberapa bank peribadinya sebelum pilihan raya umum 2013 dan Najib menegaskan wang itu tidak digunakan untuk kepentingan peribadi.

Najib turut berdepan dengan kritikan antarabangsa dalam menguruskan firma pelaburan 1 Malaysia Development Berhad (1MDB).

Wan Azizah ditanya bila pembangkang akan membentangkan undi tidak percaya bagi menyingkirkan Najib kerana kebanyakan MP pembangkang menyatakan sokongan terhadap langkah itu.

Dr Wan Azizah yang juga ADUN Kajang berkata pembangkang sedang berbincang cara terbaik untuk melakukannya, termasuk "melakukannya di luar Parlimen".

Penahanan Jamal selama semalaman sahaja bukti double standard pihak berkuasa - Peguam Hak Asasi Manusia

Pembebasan Ketua Umno Bahagian Sungai Besar Datuk Jamal Md Yunos selepas ditahan semalaman bukti 'double standard' yang diamalkan pihak berkuasa, kata peguam hak asasi manusia Eric Paulsen, berikutan keputusan polis tidak menahan reman pemimpin perhimpunan baju merah itu.

Pengarah eksekutif Lawyers for Liberty itu berkata, walaupun mereka sentiasa menegaskan pentingnya memartabatkan hak kebebasan bersuara, ia ada batasannya dalam keadaan tertentu, seperti dalam kes hasutan terhadap keganasan dan ucapan kebencian.

"Kami terkejut dengan 'double standard' yang terang-terangan dalam kes Umno atau personaliti pro Umno seperti Jamal dan pada waktu sama, tindakan keras diambil terhadap penentang kerajaan dan ahli politik pembangkang atas sebab yang sangat tidak kontroversi,” katanya.

Beliau turut mempersoalkan tahanan reman yang dikenakan ke atas ahli politik pembangkang, aktivis dan penentang kerajaan yang menyertai perhimpunan aman dan ucapan tidak berbahaya sedangkan Jamal hanya ditahan 1 malam walaupun didakwa terlibat mencetuskan keganasan dan mengancam rusuhan kaum.

"Memberi layanan istimewa kepadanya tetapi memohon reman untuk rakyat yang menegakkan hak seperti (Datuk) Ambiga (Sreevenasan), Adam Adli (Abd Halim) dan Hishamudin Rais hanya memberi gambaran buruk terhadap pihak berkuasa," katanya kepada The Malaysian Insider ketika mengulas pembebasan Jamal malam tadi.

Ditanya sekiranya beliau berpendapat Jamal perlu ditahan reman, Paulsen berkata:"Jika konsisten dalam amalan diguna pakai, berdasarkan keseriusan kesalahan itu, dan lain-lain hal, ya dia sepatutnya (direman)."

Jamal ditahan pada Jumaat malam berhubung satu protes yang dikatakan akan diadakan semalam di Jalan Petaling.

Protes itu bagaimanapun kemudiannya dibatalkan atas nasihat polis.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Zainudin Ahmad berkata, Jamal ditahan bagi membantu siasatan berhubung kenyataannya yang mendakwa rusuhan akan berlaku di Jalan Petaling itu.

Sementara itu, Pengerusi Bersih 2.0 Maria Chin Abdullah berkata, Jamal yang harus dipenjarakan kerana mengapi-apikan sentimen perkauman, bukannya Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan, yang ditahan selama 29 hari mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) (Sosma ) 2012 kerana membuat laporan ke atas syarikat kerajaan sarat hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Maria berkata, Khairuddin, bekas ahli Umno yang dipecat itu, seperti ramai lagi rakyat Malaysia, hanya mencari jawapan kepada skandal sekitar syarikat pelaburan negara milik Kementerian Kewangan itu.

Selepas membuat rentetan laporan polis dengan pihak berkuasa asing berhubung isu 1MDB, Khairuddin ditahan mengikut Seksyen 124C Kanun Keseksaan dan selepas dibebaskan 6 hari kemudian, ditangkap semula di bawah Sosma.

Sebelum ini, ahli politik pembangkang dan aktivis ditahan reman hingga 6 hari, termasuk mereka yang ditangkap kerana merancang perhimpunan #TangkapNajib di Kuala Lumpur baru-baru ini .

"Kalaulah aktivis sosial yang lain, tentu mereka akan dihukum penjara lebih lama. Lihat saja apa yang berlaku semasa Bersih 3. Seseorang memecahkan halangan (masuk ke Dataran Merdeka) dan serta-merta ditahan," kata Maria.

Beliau berkata, Jamal seharusnya disiasat atas tuduhan melakukan "ugutan jenayah".

"Pihak berkuasa sememangnya hendak menutup mulut (Khairuddin) berbanding dengan mereka yang di belakang perhimpunan baju merah. Saya percaya perhimpunan baju merah adalah untuk Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Razak) dan bertujuan untuk mengalihkan perhatian.

"Dan cara mereka melayan Jamal mencerminkan sentimen itu.

"Pihak polis perlu menyiasat Jamal lebih lanjut. Apa yang beliau lakukan tidak wajar. Apa pula yang dilakukan Khairuddin hingga beliau dipenjarakan? Membuat laporan polis bukan satu jenayah," katanya. – 27 September, 2015.

Kita akan teruskan hingga tamat penggal nanti - Azmin

KUALA LUMPUR: Pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor kekal seperti biasa tanpa sebarang rombakan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (exco), kata Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali.

Katanya, ini berikutan kerajaan negeri yang ada ketika ini dibentuk selepas mendapat mandat rakyat dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) pada 2013 lalu.

“Ini adalah kerajaan yang diberi kepercayaan oleh rakyat pada PRU13 dan kita akan teruskan hingga tamat penggal nanti,” katanya dipetik Selangor Kini.

Beliau berkata demikian kepada media pada Program Qurban Perdana Menteri Besar Selangor ke Sabak Bernam sempena Hari Raya Aidil Adha di Masjid Masjid Sultan Muhammad Shah, Parit 10, Sabak Bernam, hari ini.

10 exco kerajaan negeri terdiri daripada 4 Adun PKR, masing-masing tiga daripada PAS dan DAP.

Najib perlu letak jawatan Menteri Kewangan

KUALA LUMPUR: PAS bertegas bahawa Datuk Seri Najib Razak perlu melepaskan jawatan Menteri Kewangan dan penasihat 1MDB dengan serta-merta.

Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, ini supaya kedua-duanya tidak lagi bercampur-aduk dan pihak Kementerian Kewangan dapat mengambil tindakan sewajarnya ekoran nasihat daripada Gabernor Bank Negara.

"Apakah Najib bimbang tanpa beliau sebagai Penasihat 1MDB mahupun Menteri Kewangan, 1MDB tidak mampu bertahan daripada siasatan yang cuba dijalankan pelbagai pihak?" tanya beliau dalam satu kenyataan.

Berikut kenyataan penuh beliau.

Berita-berita negatif mengenai negara Malaysia terus datang berpusu-pusu sehinggakan Pengerusi CIMB, Datuk Nazir Razak melahirkan kebimbangan mengenai masalah kewangan yang sedang dialami negara.

Semalam, Moody Corp’s telah mengeluarkan satu carta perbandingan yang menunjukkan Malaysia dikategorikan di dalam ‘junk’.

Negara yang mendapat taraf ‘junk’ adalah negara yang mempunyai jurang terbesar antara penilaian rasmi kreditnya oleh agensi antarabangsa dan apa yang ditunjukkan melalui aktiviti kredit yang sebenarnya.

Dengan berita siasatan terhadap pengaliran dana haram yang dikaitkan dengan 1MDB di seluruh dunia terutamanya laporan Wall Street Journal dan New York Times, hasilnya nilai Ringgit menjunam mencecah RM4.40 kepada USD1 dan menghampiri RM3.10 kepada SGD1.

Sebelum ini, Gabenor Bank Negara Tan Sri Akhtar Zeti Aziz berkata nilai Ringgit akan pulih sekiranya isu 1MDB dijawab dengan sepenuhnya.

Sedihnya saranan Zeti langsung tidak disambut Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak selaku Menteri Kewangan malah dibiarkan dicemuh oleh 1MDB.

Sikap membisu Najib menonjolkan bahawa seluruh Kementerian Kewangan dan beliau tidak dapat bertindak dengan adil kerana Najib masih bertugas selaku Penasihat 1MDB.

Bahkan, ia memberikan gambaran yang sangat negatif kepada kewangan negara apabila Menteri Kewangan lebih mempercayai kata-kata satu syarikat yang dinasihati beliau daripada gabenor bank sendiri.

Oleh itu, PAS bertegas bahawa Najib perlu melepaskan jawatan Menteri Kewangan dan penasihat 1MDB dengan serta-merta supaya kedua-duanya tidak lagi bercampur-aduk dan pihak Kementerian Kewangan dapat mengambil tindakan sewajarnya ekoran nasihat daripada Gabernor Bank Negara.

Apakah Najib bimbang tanpa beliau sebagai Penasihat 1MDB mahupun Menteri Kewangan, 1MDB tidak mampu bertahan daripada siasatan yang cuba dijalankan pelbagai pihak? - HARAKAHDAILY 25/9/2015

Pakatan Harapan langkah berani, kata Mat Sabu

SHAH ALAM - ‎Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) Mohamad Sabu menyifatkan penubuhan Pakatan Harapan merupakan satu langkah awal dan berani yang dilakukan parti-parti pembangkang yang mahu bersatu semula untuk membentuk muafakat politik baharu.

Oleh itu, ujarnya langkah awal ini perlu diikuti dengan dialog dan perbincangan terus menerus dan serius dengan parti-parti politik yang ingin bersama Pakatan Harapan.

"Sesungguhnya rakyat mahu melihat arah tuju Pakatan Harapan  dan yang paling penting manifesto rakyat menjelang PRU14.

"Maka pandangan semua pihak termasuk NGO, orang perseorangan atau kesatuan, perlu dikutip agar manifesto yang akan dihasilkan benar-benar mantap dan dijulang secara bersama," katanya dalam satu kenyataan medianya hari ini.

Mengulas lanjut, Mohamat atau dikenali dengan panggilan Mat Sabu berkata, Amanah menyeru kepada "semua ahli dan penyokong dan mereka yang bersimpati", untuk terus berusaha memantapkan Pakatan Harapan dan melebarkan  pengaruh.

"... serta menyebarkan segala maklumat yang betul dalam memberi pengharapan kepada rakyat untuk membuat perubahan, terutama dengan keadaan Malaysia sekarang yang cukup parah khasnya dari sudut ekonomi dan perkauman.

"Kita juga mengharapkan semua parti-parti pembangkang yang lain dan juga NGO agar turut bersama dalam usaha menyelamatkan Malaysia dan membebaskan penderitaan rakyat  yang semakin menjdi-jadi akibat salah laku, rasuah yang menjadi budaya baharu di negara ini," katanya.

‎Pakatan Harapan ditubuhkan baru-baru ini selepas rundingan meja bulat antara DAP, PKR dan Amanah sebulat suara bersetuju untuk menubuhkan pakatan pembangkang baharu di sebuah hotel.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...