TERKINI :

Tuesday, August 4, 2015

Isu Derma RM2.6 Bilion : ABIM berasa terhina dengan penjelasan SPRM

Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) berasa terhina dengan penjelasan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dana besar dimasukkan ke akaun Datuk Seri Najib Razak.

Presidennya Amidi Abd Manan berkata, penjelasan bahawa dana RM2.6 bilion itu dari penderma dan bukan 1MDB “memperbodoh rakyat secara terang-terangan”.

“Kenyataan seperti ini adalah satu kenyataan yang mengkhianati rakyat Malaysia,” katanya ketua NGO Islam terkenal itu.

“Khianat terhadap kepercayaan rakyat yang mengamanahkan tugas untuk terus menjaga integriti dan kredibiliti institusi kerajaan.”

Amidi (gambar) berhujah, semua rakyat tahu bahawa jumlah derma yang begitu besar hampir mustahil untuk berlaku dalam dunia hari ini.

Tambahan, katanya, ia berlaku secara tersembunyi dan boleh mengundang fitnah besar.

“Pelbagai soalan yang membeliti tubuh badan Datuk Seri Najib Tun Razak menjadi semakin busuk dengan kenyataan seperti ini,” katanya.

“Persoalannya, siapakah penderma? Ke mana dibelanjakan?Apakah tujuan sumbangan? Adakah ia melibatkan sebarang perjanjian? Terus menghitamkan imej beliau selaku perdana menteri Malaysia,” katanya.

ABIM turut mengulangi gesaan popular pengkritiknya supaya Najib bercuti daripada tugasnya sebagai perdana menteri memandangkan pelbagai dakwaan terhadapnya.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam menjelaskan dana RM2.6 bilion yang didakwa dimasukkan ke dalam akaun Najib adalah sumbangan penderma.

Ia, kata suruhanjaya itu lagi, bukan berpunca daripada dana syarikat pelaburan negara 1MDB.

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...