TERKINI :

Wednesday, August 5, 2015

DAP undang Rahman Dahlan makan malam kenal pendana DAP



DAP hari ini mengundang pengarah komunikasi strategik Barisan Nasional ke majlis makan malam bagi meraih dana parti itu pada 12 Ogos depan jika kerajaan benar-benar berminat mengetahui sumber kewangan mereka.

Ahli Parlimen Segambut Lim Lip Eng berkata, Datuk Abdul Rahman Dahlan boleh membeli tiket meja makan malam pada harga RM750 dan berpeluang mengenali orang awam yang mendanai operasi DAP selama ini.

"Kami menjemput beliau ke majlis makan malam kami supaya beliau sendiri dapat kenal orang awam yang menyokong DAP ini," kata Lim kepada pemberita di selepas menyerahkan satu surat kepada Bank Negara Malaysia, pagi ini.

Cabaran itu dilontarkan Lim kepada Rahman selepas DAP dicabar mendedahkan sumber kewangannya jika parti itu berminat mengetahui sumber derma politik RM2.6 bilion yang diterima terus ke dalam akaun peribadi Datuk Seri Najib Razak.

Majlis makan malam meraih dana yang dimaksudkan Lim itu akan berlangsung pada jam 7.30 malam di Dewan Sivik Majlis Bandaraya Petaling Jaya dengan tema The 1MDB Titanic: New Hopes Brighter Future.

Ia antara lain akan menampilkan ahli politik veteran DAP Lim Kit Siang serta bekas timbalan presiden PAS Mohamad Sabu sebagai tetamu penyeri majlis. – 5 Ogos, 2015.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/dap-undang-rahman-dahlan-makan-malam-kenal-pendana-dap#sthash.tv352S5x.dpuf

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...