TERKINI :

Tuesday, August 4, 2015

Abaikan GHB, bangunkan Jemaah – Ustaz Nasrudin

https://pemudapenang.files.wordpress.com/2011/02/nasrudin-tantawi.jpg
MUKTAKHIR ini heboh media melaporkan tentang kewujudakn parti atau gerakan baharu yang muncul selepas Muktamar PAS ke- 61. Kewujudan kumpulan yang menamakan diri mereka sebagai Gerakan Harapan Baharu (GHB) ini dilihat sebagai satu gerakan yang menghimpunkan bekas pemimpin PAS yang tewas dalam pemilihan Muktamar PAS ke-61. Berikutan itu dikatakan mereka kini sedang giat berhimpun dan berceramah seluruh negara bagi menerangkan gerakan mereka.

Mengulas perkembangan ini, Pengarang Berita Kanan Harakah, WAN NORDIN WAN YAACOB menemubual Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi pada 27 Julai lalu bagi menjawab beberapa persoalan yang dilontarkan pemerhati, ahli dan media massa mutakhir ini. Ikuti wawancara ringkas bersama Ustaz Nasrudin yang juga Ahli Parlimen Temerloh

WARTAWAN: Ada pihak yang menganggap PAS sedang berdepan dengan krisis dalaman. Akhirnya membawa kepada penubuhan satu gerakan yang dikenali sebagai GHB. Bagaimana ustaz melihat perkembangan ini ?

USTAZ NASRUDIN: Sebagai sebuah parti, krisis atau pergolakan adalah cabaran yang perlu didepani.

Ia boleh berlaku pada bila-bila masa sahaja malah ia juga adalah sunnah perjuangan. Apa yang penting ialah bagaimana parti menanganinya.

Alhamdulillah, usia PAS yang sarat dengan pengalaman menghadapi krisis dalaman ini meletakkan PAS tidaklah terjejas teruk dengan apa yang berlaku.

Sebaliknya, ia menjadi proses mendidik ahli dan mematangkan kepimpinannya dalam mengharungi liku-liku perjuangan yang pastinya kian mencabar. Justeru itu, seluruh warga PAS tidak perlu resah dan gelisah menyaksikan apa yang berlaku dewasa kini. Namun dalam masa yang sama, kita tidaklah berpeluk tubuh dan membiarkan begitu sahaja anai-anai mereputkan tiang rumah kita.

Sehingga kini GHB belum ditubuh atau didaftar sebagai parti politik. Sebaliknya ia sebagai sebuah gerakan yang digerakkan oleh bekas pimpinan PAS dan dilihat dari kenyataan dan tindakan mereka adalah menuju ke arah penubuhan sebuah parti baharu.

Segala gerakkerja dan kempen selama mereka bergelar ahli PAS, bergerak dari dalam PAS dan usaha menarik ahli-ahli PAS menyertai hasrat penubuhan parti baru itu adalah satu pengkhianatan kepada parti sendiri. Menggunakan kemudahan parti seperti premis PAS untuk tujuan itu juga satu kesalahan yang tidak wajar dilakukan malah ia bukan akhlak yang mulia.

Sejauh mana gerakan ini sebenarnya berpengaruh dan apakah ahli akan terpengaruh ?

GHB ini satu gerakan yang baharu dan umumnya suatu baharu itu menggamit perhatian ramai untuk mengetahuinya dari dekat. Bukan sahaja GHB tetapi apa jua termasuk kuih di bazar Ramadhan pun, jika nama kuih itu ganjil dan pelik dari yang lain, maka ia menjadi tumpuan.

Bagaikan kuih Tepung Gomok yang seketika dulu ditukar nama sebagai kuih Suci Dalam Debu. Ramai pelanggan mengerumuni gerai terbabit kerana teruja dengan nama kuih tersebut. Namun bila didapati kuih Suci Dalam Debu itu hanya kuih Tepung Gomok maka hari berikutnya gerai itu kembali lengang seperti biasa.

Saya yakin ahli PAS bijak menilai antara kaca dan permata. PAS bagaikan permata yang tidak perlu diperkenalkan lagi malah saya percaya jauh disudut hati mereka yang menyertai GHB masih tersimpan rasa sayang dan terkilan untuk meninggalkan PAS.

Sungguhpun begitu kita kena terima hakikat, tidak semua orang minat permata. Tidak semua orang sanggup bergolok gadai untuk mempertahankan sebutir permata pesaka.

Ada orang yang hanya berpada dengan kaca semata - mata kerana tidak mahu lagi memiliki permata. Kita tidak boleh memaksa orang meminati apa yang kita minat sebagaimana kita juga tidak boleh paksa orang lakukan apa yang kita mahu.

Adakah gerakan serpihan sebegini boleh bertahan lama?

Saya tidak boleh mendahului ilmu Allah swt. dalam menentukan masa depan dan jangka hayat mereka. Pada masa yang sama, saya tidak mahu memandang kecil potensi mereka dan juga tidak mahu memandang rendah usaha yang dilakukan oleh mereka.

Justeru sebahagian mereka dulunya secara tidak langsung adalah guru politik saya yang sangat saya hormati.

Pun begitu saya teguh berpegang pada prinsip dan kaedah yang benar.

Pemimpin boleh pergi dan datang namun prinsip perjuangan mesti kekal dan istiqamah.

Jangka hayat sesebuah bangunan banyak bergantung kepada tapak dan struktur binaannya. Jika dibina pada tanah jerlus, maka hebat bagaimana pun seni bina bangunan itu, lambat laun ia akan jerumus menyembah bumi. Sementara jangka hayat sesebuah pertubuhan atau parti banyak bergantung kepada matlamat, objektif dan hala tuju serta gerakkerjanya.

Mana-mana pertubuhan yang dibina atas dasar tidak puas hati, dendam dan semangat bersaing semata-mata maka ia bagai membina bangunan di tanah jerlus.

Namun sejarah sedikit sebanyak boleh dijadikan sandaran. Boleh Ustaz ceritakan bagaimana parti serpihan tidak boleh survive lama seperti berjasa dan hamim? Ya , sejarah ialah catatan pengalaman dan ilmu berguna buat kita orang yang terkemudian untuk mempelajarinya dan mengambil iktibar.

Faktor utama kenapa parti serpihan tidak mampu bertahan lama adalah kerana faktor “binaan di tanah jerlus” yang saya maksudkan tadi.

Mereka menubuhkan parti serpihan kerana tidak puas hati dengan beberapa kelemahan dan krisis yang berlaku. Sedang realitinya, parti serpihan itu juga tidak sunyi dari kelemahan ketara dan krisis dalaman.

Lantas ada pula yang mengambil sikap keluar dari parti tersebut dan mereka tidak lagi mampu survive parti mereka.

Pengalaman yang saya lihat, parti serpihan agak lama bertahan apabila mereka ada dana kewangan yang banyak dan kuasa politik yang kuat seperti berjaya memenangi pilihanraya.

Apabila mereka kalah pilihanraya dan dana pula tidak mencukupi untuk operasi, maka ia akan luput dan luntur perlahan-lahan dibawa zaman.

Bagaimana status wakil rakyat dalam GHB dan yang keluar PAS sedangkan mereka sebelum ini menang atas tiket PAS?

Tentu sahaja wakil rakyat ini akan diselubungi rasa bersalah dan tidak senang hidup sepanjang masa justeru mereka melakukan perkara yang salah dan salahnya adalah besar.

Mana-mana wakil rakyat PAS yang lompat parti, ia bukan sahaja mengkhianati amanah rakyat dan jemaah tetapi juga melanggar janji setia dan ikrar baiahnya sewaktu menggalas amanah tersebut. Risikonya sangat besar dan tidak selayaknya mereka tikam jemaah dari dalam sebegitu. Nasihat Ustaz kepada ahli terhadap propaganda GHB dan apa yang harus ahli lakukan?

Terus beristiqamah dengan perjuangan Islam yang kita dokong ini.

Banyakkan bersabar dan jangan gopoh bertindak. Usah diturut rasa kecewa dan emosi yang gundah. Bertenang dan banyakkan menghayati sejarah perjuangan Islam dalam menghadapi ujian-ujian getir di sepanjang zaman. Jangan sekalikali menjauhkan diri dari program jemaah untuk mendapatkan motivasi perjuangan dan pencerahan yang benar dan tepat terhadap isu yang berbangkit. Awasi adu domba media tertentu dan spinning yang dilakukan oleh mereka.

Perkara terpenting ialah abaikan GHB dan tumpukan perhatian kepada pembinaan parti atau jemaah kita. Perkasakan organisasi, juarai isu rakyat, santuni mereka dan kukuhkan engagement dengan semua pihak.

Maksimakan gerak kerja memenangi pilihan raya secara teknikal dan taktikalnya. Rancakkan penerangan kepada rakyat mengenai isu semasa dan buktikan keupayaan parti kita bergerak merentas cabaran dan rintangan semasa.

Jangan bazirkan masa dengan asyik mencabut kemuncup di stokin sedang pintu gol ternganga luas tanpa dimanfaatkan bagi menghasilkan gol kemenangan.

HARAKAH: Ada pihak yang menganggap PAS sedang berdepan dengan krisis dalaman. Akhirnya membawa kepada penubuhan satu gerakan yang dikenali sebagai GHB. Bagaimana ustaz melihat perkembangan ini ?

USTAZ NASRUDIN: Sebagai sebuah parti, krisis atau pergolakan adalah cabaran yang perlu didepani.

Ia boleh berlaku pada bila-bila masa sahaja malah ia juga adalah sunnah perjuangan. Apa yang penting ialah bagaimana parti menanganinya.

Alhamdulillah, usia PAS yang sarat dengan pengalaman menghadapi krisis dalaman ini meletakkan PAS tidaklah terjejas teruk dengan apa yang berlaku.

Sebaliknya, ia menjadi proses mendidik ahli dan mematangkan kepimpinannya dalam mengharungi liku-liku perjuangan yang pastinya kian mencabar. Justeru itu, seluruh warga PAS tidak perlu resah dan gelisah menyaksikan apa yang berlaku dewasa kini. Namun dalam masa yang sama, kita tidaklah berpeluk tubuh dan membiarkan begitu sahaja anai-anai mereputkan tiang rumah kita.

Sehingga kini GHB belum ditubuh atau didaftar sebagai parti politik. Sebaliknya ia sebagai sebuah gerakan yang digerakkan oleh bekas pimpinan PAS dan dilihat dari kenyataan dan tindakan mereka adalah menuju ke arah penubuhan sebuah parti baharu.

Segala gerakkerja dan kempen selama mereka bergelar ahli PAS, bergerak dari dalam PAS dan usaha menarik ahli-ahli PAS menyertai hasrat penubuhan parti baru itu adalah satu pengkhianatan kepada parti sendiri. Menggunakan kemudahan parti seperti premis PAS untuk tujuan itu juga satu kesalahan yang tidak wajar dilakukan malah ia bukan akhlak yang mulia.

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...