TERKINI :

Sunday, July 19, 2015

Thai nafi waran tangkap mereka yang jumpa Justo



http://www.kwiknews.my/sites/default/files/styles/kwik_inner_cover/public/Xavier-Andre-Justo1.jpg?itok=eqBWUF38
Polis Thailand menafikan telah mengeluarkan waran tangkap terhadap individu yang dikatakan bertemu dengan bekas pengarah PetroSaudi International, Xavier Andre Justo.

"Tidak, tidak ada waran tangkap, kerana ia (pertemuan yang dikatakan itu) berlaku di Singapura," kata jurucakap polis Thai, Major Jeneral Prawut Thavornsiri ketika dihubungi Malaysiakini.

Beliau diminta mengulas khabar angin yang diedarkan di Malaysia bahawa waran tangkap telah dikeluarkan terhadap individu berkenaan.

Ini selepas polis Thai semalam mendedahkan sekurang-kurangnya 10 orang telah bertemu dengan Justo yang berkemungkinan membeli maklumat daripadanya.

Polis tidak mendedahkan identiti mereka tetapi berkata mereka termasuk hartawan media, seorang ahli politik pembangkang dan juga ahli parti Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak sendiri, Umno.

Pihak berkuasa Thai sedang menyiasat Justo kerana didakwa cuba memeras ugut PetroSaudi untuk 2.5 juta franc Swiss, bagi maklumat yang dituduh dicurinya dari bekas majikannya itu.

Siasatan mendedahkan Justo didakwa cuba menjual maklumat itu kepada pihak ketiga selepas cubaan memeras ugut itu gagal.

Prawut memberitahu Malaysiakini bahawa tawaran untuk membeli maklumat daripada Justo meningkat kepada AS$2 juta.

"Di dalam kontrak, katanya dua juta, dalam dolar AS," katanya.

Bagaimanapun, Prawut berkata tidak jelas sama ada transaksi sebenarnya telah berlaku.

Khabar angin bahawa polis Thai akan mengeluarkan waran tangkap terhadap mereka yang dikatakan telah bertemu Justo telah beredar di media sosial sejak semalam.

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...