TERKINI :

Sunday, July 19, 2015

Apabila Umno Pulak Yang Bimbang Harapan Baru Akan Musnahkan PAS

http://imagemap-generator.dariodomi.de/uploads/150719_064009_34f2401e5a14b56G.jpg
Kumpulan yang menamakan mereka sebagai Gerakan Harapan Baharu (GHB) dilihat sengaja ditubuhkan bagi melumpuhkan PAS, kata Pengerusi Majlis Ahli Parlimen Barisan Nasional (BNBBC), Tan Sri Shahrir Samad.

Menurut beliau, kewujudan kumpulan tersebut dilihat hanyalah untuk mengisi ruang membalas dendam dengan parti Islam tersebut.

Ini kerana, mereka yang terdiri daripada kumpulan ini ialah golongan profesional di dalam PAS yang sentiasa bercanggah pandangan dan pendapat dengan kumpulan ulama parti itu.


"Kewujudan GHB ini memang sengaja untuk membunuh PAS yang sedia ada. Dia akan menimbulkan masalah dengan membalas dendam, akan cuba untuk menunjukkan masih ada pengaruh, orang dia lebih disambut baik oleh DAP dan PKR, akan mengakibatkan pertandingan tiga penjuru.

"Dan jika wujud pertandingan tiga penjuru, saya nampak ruginya dan akhirnya akan membunuh PAS sendiri.

"Jadi dia akan menjadi pengacau dan lebih mendorong kepada kekalahan Pakatan Rakyat. Dia akan pecahkan sistem dua parti itu," katanya kepada The Rakyat Post baru-baru ini.

Malah jelasnya, kewujudan kumpulan tersebut dilihat lebih kepada memenuhi rasa kecewa ekoran kekalahan di dalam pemilihan tempoh hari.

Pada awalnya, kumpulan tersebut menggelarkan diri mereka sebagai G18 yang melibatkan 18 orang ahli-ahli PAS yang gagal pada Muktamar Tahunan ke-61 awal Jun lalu.

"Jadi disebabkan kalah dalam pemilihan parti sendiri serta meninggalkan parti induk dan menubuhkan parti baru, akhirnya dia akan dilihat sebagai kumpulan yang kecewa dan terdesak.

"Kerana nak menegakkan kepentingan, maka kata mereka tidak boleh menerima kekurangan parti dia sendiri, dia mesti hendak sentiasa menang dan tidak akan reda dengan kekalahan.

"Dalam sebuah parti mesti mempunyai falsafah yang sama, jadi kalau mereka kata tidak bersetuju dengan perjuangan PAS, sebab kalah itu tidak munasabah. Pada saya, ini bukan perjuangan," tambah Ahli Parlimen Johor Bahru itu.

GHB kini dipimpin oleh Mohamad Sabu yang sebelum ini merupakan Timbalan Presiden PAS.

Ia turut dianggotai oleh Khalid Samad, Hanipa Maidin, Dr Dzulkefly Ahmad, Datuk Mahfuz Omar, Suhaizan Kaiat dan beberapa yang lain.

- therakyatpost

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...