TERKINI :

Wednesday, June 24, 2015

Reformasi 1998 & Penyembelihan 2015 - Adakah PAS jadi sejarah bersama UMNO selepas ini?

REFORMASI 98 DAN PENYEMBELIHAN 2015.


Aku nak menulis berkaitan tajuk ni sejak minggu lepas tapi sebok sikit, jadi aku nak tulis hari ni untuk sama-sama pikiaq.

Tahun 1998 Dato' Seri Anwar Ibrahim (DSAI) telah dipecat dari Kabinet dan kemudian dibuang dari Umno oleh Tun Mahathir. Pemecatan DSAI diikuti dengan fitnah dan pendakwaan rekaan di Mahkamah semata-mata utk menjustifikasikan tindakan Tun Mahathir. Malaysia melihat ianya suatu episode malang di mana seorang yang mempunyai jawatan nombor 2 dlm negara diperlakukan sebegitu hanya kerana tidak bersetuju dengan ketua, berbeza pendapat dan pendekatan atau dengan kata lain tidak wala' pada ketuanya.

Akibat tindakan pemecatan, pendakwaan, penderaan dan kezaliman tersebut, gelombang kebangkitan rakyat memuncak. ada ahli2 Umno yang tidak berpuashati dan bersimpati dgn DSAI telah keluar dr Umno memberikan sokongan kepada DSAI. Pengikut2 setia DSAI juga keluar mengikut beliau dan ada yang masih setia bersama Umno walau pun bersimpati dengan beliau. Ada kawan2 beliau ditangkap dan diISAkan seperti Menteri Dalam negeri sekarang yang ditangkap di Sabah.

Gelombang kebangkitan masyarakat membuak2. Ahli2 Umno ada yang menyertai PAS yang merupakan parti musuh Umno. Mereka menyertai PAS bukan kerana PAS baik tetapi kerana hendak lawan Umno.

Ketika itu ada Almarhum Ustaz Fadzil Noor, Presiden PAS yang mempunyai pemikiran dan strategi politik yang cerdik dan tangkas. Beliau menggerakkan GERAK yang menggabungkan NGO2 masyarakat. Ramai ahli Umno ingin menyertai PAS tetapi pendekatan dan strategi Ustaz Fadzil memang tidak terduga akal. Beliau lebih suka DSAI menubuhkan suatu parti baru untuk menggerakkan kebangkitan rakyat tersebut dan PAS menjadi pendokong gerakan dan parti baru tersebut. Akhirnya muncul Parti KeADILan Nasional. PKN ketika itu dianggotai oleh bekas ahli Umno dan juga aktivis masyarakat pelbagai kaum. Bermula dari situ KeADILan mengorak langkah sehingga sekarang menjadi Parti Keadilan Rakyat setelah bergabung dengan Parti Rakyat Malaysia (PRM).

Sekarang, anak-anak didik Ustaz Fadzil yang mempelopori pendekatan politik Ustaz Fadzil di dalam PAS telah disembelih dan dinyahkan daripada kepimpinan PAS. Mereka dinyahkan secara berjemaah. Bukan seorang bukan dua orang tetapi berkumpulan.

Dengan proses penyembelihan tersebut, PAS dilihat kembali ke zaman sblm era Ustaz Fadzil. Era di mana PAS dilihat ekstrim, PAS yang tertutup, jumud dan rigid.

Penyingkiran anak-anak buah Ustaz Fadzil ini dilihat masyarakat sebagai penyembelihan terancang. Masyarakat amat mengharapkan mereka ini memimpin PAS menentang kezaliman Umno bersama rakan2 PKR dan DAP. Sokongan kepada mereka yang disembelih ini amat kuat bkn shj daripada ahli2 PAS sendiri tetapi daripada masyarakat luar. Tiba2 mereka disingkirkan sebegitu rupa. Mesti ada yang tidak kena dgn PAS.

Bagi aku, sebenarnya penyembelihan mereka ini tiada beza dengan apa yang berlaku kpd DSAI dahulu. Cuma DSAI ketika itu adalah TPM dan di dalam kerajaan. Yang disembelih di dalam PAS bukan org kerajaan tetapi sebenarnya mereka adalah pentadbir PAS. Mereka yang terlibat ialah Timbalan Presiden, Naib Presiden dan jemaah2 menteri dlm PAS. Mereka bukan ahli biasa. Dulu hanya DSAI sahaja yang kena tetapi sekarang dlm PAS, yang kena ialah sekumpulan.

Tindakan menyingkirkan sekumpulan pemimpin yang melawan Umno tidak lain hanyalah memberikan nyawa kepada Umno yang hanya nyawa2 ikan skrg.

Jika dulu Ustaz Fadzil memainkan peranan penting menggarap kebangkitan masyarakat melawan kezaliman Umno sehingga tertubuhnya PKR, aku amat mengharapkan sahabat2 di dalam PKR yang terlibat semasa era Reformasi 98 melakukan perkara yang sama. Mereka perlu membantu mangsa2 sembelihan PAS untuk bangkit dan terus bangkit menggerakkan kebangkitan rakyat menjatuhkan Umno/BN bersama.

Ini adalah masa terbaik. Penyembelihan golongan ini ada hikmahnya. Lupakan PAS. Gerakkan kebangkitan yang baru dan aku yakin kebangkitan ini akan menjatuhkan Umno dan secara tidak langsung mensejarahkan PAS bersama Umno.

ZULHAZMI SHARIFF
24062015
SUMBER - KLIK SINI

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...